Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

29 Februari 2012

Kedayan Sabah - Asal usul


Sejarah asal-usul
Hasil kajian ini,kita mendapati banyak teori yang menjelaskan tentang asal-usul kaum Kedayan ke Sabah.  Terdapat sumber menyatakan Kedayan merupakan bangsa campuran Orang Jawa dan Masyarakat Melayu Brunei . Sumber ini merujuk kepada  peristiwa Sultan Brunei Ke 5 iaitu Sultan Bolkiah (1473-1521) yang pada ketika itu singgah di tanah Nusantara seperti di Kepulauan Jawa, Sumatra, Kalimantan dan termasuklah  di tanah Jawa[1]  Sultan Brunei telah  menyaksikan aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi dan menawarkan mereka untuk menetap di Brunei.

Keterangan ini juga merujuk kepada kenyataan tulisan Harrison and Harrison [2]1956 turut menjelaskan kewujudan kaum Kedayan dating dari Jawa Majapahit ketika itu dipercayai bermula pada abad ke-14 dan ke-15 di Kota Batu Brunei. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini kaum Kedayan banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait,Bandar Seri Begawan dan Muara (Jerudong). Pada keagungan tamadun Brunei, kaum Kedayan ini telah  berpindah-randah sehinggalah mereka berkembang ke  Sabah dan  Sarawak.

Dalam pada itu sejarah dan kebudayaan Melayu (1995 : 1120) pula mencatatkan bahawa terdapat sumber lisan yang menyatakan orang Kedayan ini berasal dari Indonesia. Setelah beberapa abad mereka menetap di Brunei, mereka berhijrah ke Sabah dan Sarawak. Sehingga ini, pengkaji yang membuat penyelidikan atas asal usul orang Kedayan sering mengaitkan tempat nenek moyang suku kaum ini dengan kepulauan Indonesia, khususnya dari Jawa.
Namun Hose (1912) dalam kajian sejarah suku kaum Kedayan mendapati bahawa suku kaum ini mempunyai pertalian darah dengan pribumi di Kalimantan, oleh itu beliau mencapai keputusan bahawa orang Kedayan berasal dari Kalimantan[3].-

Sejarah kedatangan kaum Kedayan ke Sabah bermula dari Selatan Negeri Sabah apabila kawasan ini menjadi sebahagian daripada pemerintahan kerajaan Brunei ketika itu. Kawasan-kawasan yang terlibat ialah di Kg Malintaman (Merintaman), Kg Ulu Sipitang,, Mesapol, Kg. Banting dan Kg Luagan di Sipitang  merupakan antara penempatan kaum Kedayan terbanyak di Sabah. Selain itu kaum ini juga terdapat di Mempakul dan Limadan di Kuala Penyu, Kg.Lingkungan , Kg.Inuman dan Kg.Bukau di Beaufort. Manakala di Papar kaum ini terdapat di Kg.Kelanahan dan Kg Kelatuan.

Dalam tinjauan  yang dibuat di Kg Banting Sipitang,mendapati bahawa sesetengah warga tua yang menetap di kampung berkenaan menyatakan cerita lisan yang diwarisi turun-temurun mendapati bahawa kedatangan kaum Kedayan di Sabah bermula di Kampung Banting ini. Ianya bermula apabila berlakunya penghijrahan masyarakat Kedayan dari  Brunei Darusalam, dan Limbang Sarawak. Cerita ini didukung oleh cerita lisan yang disebarkan dari mulut ke mulut (oral literature) dan menjadi  genre cerita rakyat dan legenda. Begitupun ada juga mengatakan kedatangan kaum ini ke Sabah semasa kegemilangan  Kesultanan Brunei telah membawa banyak penduduk dari negara itu untuk menetap di Sipitang terutamanya di Mesapol dan di kawasan persisiran pantai barat di Sabah.
             
            Setakat ini, tidak banyak kajian dilakukan ke atas orang Kedayan baik yang dilakukan oleh sejarawan atau ahli antropologi. Salah seorang pengkaji sejarah dan budaya orang Kedayan ialah Allen Richmond  Maxwell JR. Beliau telah melakukan penyelidikan penuh peringkat PhD-nya atas budaya suku Kedayan di Lembah Labu, Brunei Darussalam yang berjudul Urang Darat, An Ethnographic Study of The Kedayan Of Labu Valley, Brunei, Yale University[4]. Di samping itu, Maxwell (1980) juga menghasilkan sebuah tulisan yang berjudul "On the Various Spelling of the Word Kadayan" (Brunei Museum Journal, Vol. 2, 1970), berhubung dengan pelbagai ejaan dan panggilan orang Kedayan. Akibatnya terhasilah bermacam-macam ejaan yang berlainan seperti "Kadaian", "Kadayan", "Kadian", "Kadien", "Kadyan", "Karayan", "Kedyan", "Kedien" dan "Kerayan". Bagaimana pun pada masa kini, hampir semua bahan cetak termasuk Kamus Dewan, Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu menggunakan ejaan "Kedayan".

Selain Maxwell, tidak banyak kajian secara teliti telah dilakukan atas sejarah dan budaya suku kaum ini. Menurut Bantong Antaran (1985), bahawa asal nama Kedayan itu telahpun wujud bersama-sama dengan kewujudan kesultanan Brunei. Pada mulanya, semua penduduk Brunei hanya lebih dikenali sebagai ‘Melayu’ dan tidak mempunyai suku kaum yang dipanggil atau dikenali sebagai Kedayan ketika sebelum wujudnya kesultanan Brunei ketika itu.
           
            Di Sipitang Sabah, penduduk pertama yang menetap di situ dikenali sebagai ‘orang darat’ ialah masyarakat Kedayan dan Lundayeh[5]


[1] http://eyamkedayan.blogspot.com/2008/05/asal-usul-kedayan.html
[2] Harrison & Harrison,1970
[3] En. Low Kok On, BA., MA. (USM)2000, Pensyarah Sastera Rakyat.

[4] A.R.Maxwell Jr.research for PhD(Yale University) on linguistic of Kadayan in Brunei
[5] Amde Sidik ,The Mystic of Borneo Kedayan,Kota Kinabalu: Borneo Publishers,2007.

Kedayan Sabah - Bahasa


Etnik  di Sabah menggunakan lebih daripada 50 bahasa, yang dituturkan sekurang-kurang lebih daripada 80 dialek[1].Bahasa Kedayan merupakan satu-satunya bahasa yang berbeza dari rumpun bangsa Melayu . Perbezaan yang ketara yang terdapat pada bahasa Kedayan dengan bahasa Melayu ini ialah dari segi bilangan huruf abjad. Abjad bahasa Kedayan hanya terdiri daripada 18 huruf, iaitu terdapat hanya 3 huruf vokal iaitu a, i, dan u; manakala hanya 15 huruf konsonan, iaitu b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t, w, dan y.
Bahasa ibunda yang menjadi tradisi kaum ini, vokal o dan e hampir tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Kedayan. Umpamanya:
  • besar = basaa
  • otak = utak
  • kota = kuta.
Vokal o hanya wujud sebagai gandingan kepada konsonan r, umpamanya taloo untuk 'telur', dengan o berfungsi sebagai konsonan gantian. Konsonan bahasa Melayu yang tidak digunakan dalam bahasa Kedayan ialah f, q, r, v, z ( x tidak wujud dalam abjad bahasa Melayu). Bagaimanapun, ketinggalan konsonan r merupakan satu huruf paling nyata. Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, perkataan bahasa Kedayan akan berbunyi seperti berikut:
  • r = aa; umpamanya besar = basaa
  • r = ii; pandir = pandii
  • r = oo atau r = uu; telur = taloo atau taluu
  • r = ing
  • air = aing.
Kecuali ketika mengikut dasar sistem ejaan bahasa Melayu yang menetapkan bahawa semua perkataan pinjaman perlu sedapat-dapatnya mengekalkan bunyinya, bahasa Kedayan hanya dapat menggunakan 18 huruf yang tersebut.
Dialek Melayu Kedayan pula dianggap sebagai salah satu dialek atau bahasa minoriti di negara ini. Hal ini  berlaku kerana masyarakat Kedayan akan menggunakan bahasa Melayu Brunei ketika berkomunikasi. Ini diperkuatkan lagi apabila puak ini bertembung dengan etnik-etnik atau puak-puak yang lain yang terdapat di negara ini, Dialek Kedayan dalam penggunaan kata sapaannya untuk berkomunikasi ataupun berinteraksi, dalam setiap bahasa sememangnya telah menentukan norma dan juga sistem atau aturan sosial mereka.

Penggunaan sistem sapaan ini merupakan salah satu cara bagi menghormati seseorang di samping bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan sebagai menghormati orang ydang disapa Salah satu contoh adalah kata ‘biskita’ atau ‘kita’ (awak) digunakan apabila bertemu dengan seseorang yang lebih tua daripada penutur. Sapaan ‘kawu”(kau)  pula biasanya digunakan kepada rakan penutur yang seusia atau yang lebih muda daripada penutur.

Bahasa Kedayan
Bahasa Melayu
Abak-abak
berdebar-debar
Abal-abal
Menirap
Agatah
Pergi
Aing
Air
Ambulong
Sagu
Ambuyat
Makanan daripada sago
Andang
Kekal
Ani
Ini
Antap
terlampau; terlalu
Atu
Itu
Awu
Ya
Babal
Bodoh
Bagas
Bekas
Baibun
Bergurau
Bajaur
Merayau
Bakamih
Kencing
Bangas
Basi
Bapadah
Berkata
Bapanyap
Berkemas
Basaa
Besar
Batah
Lambat
Batis
Betis
Belurih
mendapat hasil
Belusir
Berlari
Berinut
berjalan lambat
Betinting
berjalan ketinting
Bida
Hodoh
Bini -bini
perempuan
Bisai
cantik ; lawa
Bisdurang
Mereka
Bubus
Bocor
Damit
Kecil
Dandam
rindu ; dendam
Dangani
Temankan
Gauk
Nakal
Gigiran  , bibiran
Melatah
Giuk
Ulat
Gulaian
Sayur
Hambat
pukul ; rotan
Hantap

Hindik
Tending
Hulun
Suruhan
Ikung
ekor
Inda
Tidak
Jalama
Manusia
Kadikamu
Kamu
Karau
Keras
Kawu
kamu ; kau ; awak
Kediaku
Aku
Kurapak
Cakap
Lacah
Lantai basah
Lagat
Kotoran degil
Lagau
Panggil
Lampong
Lampu
Lidut
Lambat
Luan
Selalu
Malamaie
Senja;petang
Malimpang
Baring
Mengujar
Mencari
Miani
Begini
Miatu
Begitu
Mua
Muka
Ngalih
Penat
Ngam
Betul
Nuun
Berjalan ; meninggal dunia
Patuha
Datuk
Pabinian
Isteri
Palakian
Suami
Pulak
patah
Salajur
terus; sekaligus
Sepanggal
Sepotong
Ucapnya
Katanya
Unjar
Cari


[1] http://donlokns.blogspot.com/2008/09/folkor-sabah_29.html