Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuka ruang
untuk semakan dan pengemaskinian data guru-guru dalam sistem online e-OPERASI.
Semua guru diminta untuk menyemak dan memastikan ketepatan data masing-masing
dalam sistem yang dimaksudkan.
Adalah
diingatkan bahawa data dalam sistem e-OPERASI tiada
kaitan dengan sistem EMiS online.
Ingatan ini diberi kerana masih ada fahaman segelintir guru yang mengatakan
data dalam e-OPERASI
dihubungkan dengan data EMiS.
Oleh itu
semua guru diingatkan supaya tidak menyerahkan tugas semakan dan pengemaskinian
data dalam sistem e-OPERASI ini kepada Guru Data Sekolah. Ini
kerana Guru Data Sekolah tidak pernah
dilantik untuk menguruskan data dalam sistem e-OPERASI.
Sesi semakan dan pengemaskinian data dalam e-OPERASI
ini dibuka bermula pada 01 Ogos hingga 27 Ogos 2012.
Semua guru
yang ingin menyemak dan mengemaskini data perlu berdaftar sebagai pengguna sistem
ini yang boleh dicapai melalui e-OPERASI. ID Pengguna dan Kata Laluan
yang pernah diwujudkan sama ada dalam sistem e-OPERASI
atau e-GTukar boleh digunakan dan ianya sah walau pun seseorang guru itu telah
bertukar sekolah.
Sila
maklumkan kepada PK1 atau Guru Besar sekiranya terdapat kesilapan pada data
dalam medan yang tidak boleh dibuat pindaan oleh guru-guru sendiri. Hanya kumpulan
pengurusan ini sahaja yang boleh membuat pindaan pada data guru. Sebarang
kesulitan, sila berhubung dengan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah di PPD
masing-masing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan