Rawatan penyakit darah tinggi dengan menggunakan
ayat-ayat al-Quran
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit darah tinggi akan diberi
ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa
kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
1. Surah Al-Qasas ayat 42 hingga 50
2. Surah Yunus ayat 48 hingga 61
3. Surah Al-Anbiya’ ayat 51 hingga 72
4. Surah Al-Furqan ayat 41 hingga 52
5. Surah An-Nahli ayat 51 hingga 64
6. Surah Huud ayat 41 hingga 53
1. Surah Al-Qasas ayat 42 hingga 50
2. Surah Yunus ayat 48 hingga 61
3. Surah Al-Anbiya’ ayat 51 hingga 72
4. Surah Al-Furqan ayat 41 hingga 52
5. Surah An-Nahli ayat 51 hingga 64
6. Surah Huud ayat 41 hingga 53
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran
tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Qasas
tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Yunus tiga kali pada
waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga
empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah
swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit
hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit
datang untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya
dapat kami mengenal pasti (diagnose) jikalau ada penyakit-penyakit lain
yang menyebabkan penyakit darah tinggi, atau terdapat kesan-kesan sampingan
yang disebabkan oleh penyakit darah tinggi ini, dan seterusnya bolehlah kami
rawat dan beri ayat-ayat Al-Quran yang lain yang sesuai dengan penyakit yang
dialami oleh pesakit.
Adalah dinasihatkan agar pesakit
yang ingin berubat dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran ini tidak berhenti
terus mengambil ubat-ubat yang telah diberi oleh pihak hospital, tetapi boleh
mengurangkan dos pengambilan ubat-ubat hospital secara perlahan-lahan mengikut
kadar pemulihan pesakit. Terapi penyembuhan melalui ayat-ayat
Al-Quran ini memakan masa, disiplin dan kesabaran. Kaedah rawatan ini bukan lah
seperti “magic”, hari ini pesakit membaca ayat-ayat yang diberi dan esok nya
pesakit mengharap penyakit itu sembuh. Pesakit mesti yakin 100% akan mukjizat
ayat-ayat Al_Quran dalam penyembuhan penyakit.
Kaedah rawatan dengan menggunakan
ayat-ayat al-Quran ini juga berkonsep “2 in 1” atau “Dua dalam Satu”. Selain
kita mendapat penyembuhan dari Allah swt dari penyakit yang kita alami, kita
juga mendapat pahala dari amalan membaca ayat-ayat Al-Quran ini. Maklumbalas
dari ramai pesakit-pesakit kami yang telah mengamalkan ayat-ayat al-Quran ini,
mereka rasa tenang dan tenteram setelah membaca ayat-ayat al-Quran ini dan
dengan sendirinya hilang rasa stres dan tekanan emosi. Apabila stres dan
tekanan emosi pesakit dapat dikuasi, dengan sendirinya tekanan darah pesakit
akan menurun dan menjadi normal. Subahanallah, itulah mukjizat al-Quran!
Diharap agar kepada semua pembaca
yang ada menghidapi penyakit darah tinggi untuk jangan jemu berdoa kepada Allah
swt memohon penyembuhan dengan penuh tawaduk dan istiqamah pada setiap
hari. InshaAlah, Allah swt memandang dan sentiasa menilai akan usaha dan
kegigihan hamba-hambaNya dalam usaha untuk sembuh dari satu-satu penyakit.
Islam menganjurkan umatnya berdoa untuk kesihatan. Sesungguhnya junjungan kita Nabi Muhamamad saw pernah bersabda:
“Tidak ada sesuatu yang diminta lebih disukai oleh Allah dari Afiat (kesejahteraan kesihatan)” - Riwayat At-Tarmizi
Islam menganjurkan umatnya berdoa untuk kesihatan. Sesungguhnya junjungan kita Nabi Muhamamad saw pernah bersabda:
“Tidak ada sesuatu yang diminta lebih disukai oleh Allah dari Afiat (kesejahteraan kesihatan)” - Riwayat At-Tarmizi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan