Kaedah
merupakan prosedur-prosedur mengajar yang terbentuk melalui pendekatan
pengajaran yang tertentu . Teknik pula merupakan cara-cara mengajar yang khusus
dalam sesuatu kaedah pengajaran.
KAEDAH
PENGAJARAN BAHASA
·
kaedah
Nahu –Terjemahan/ traditional
·
kaedah
membaca
·
kaedah
Terus
·
kaedah
fonetik/linguistic
·
Kaedah
Eklektif
·
Kaedah
Audio-Lingual
Kaedah
Nahu Terjemahan
Tujuan kaedah Nahu Terjemahan :
1 ) Membolehkan pelajar-pelajar
memahami nahu sesuatu bahasa dan juga
melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul.
2 ) Membolehkan pelajar-pelajar
menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya.
3 ) Melengkapkan pelajar dengan
perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.
4) Membolehkan pelajar-pelajar membaca
dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan
membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.
Kaedah Bacaan
Kaedah bacaan ini merupakan satu “ short cut “ untuk penguasaan bahasa.
Tujuan
1 ) Untuk memperkembangkan
kebolehan mereka membaca.
2 ) Membolehkan pelajar
mempelajari bahasa kedua/ asing tanpa terjemahan.
Teknik
Mengajar
1.
Guru
cuba menggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir kursus itu pelajar
dapat membaca bersendirian.
2.
Pelajar-pelajar dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan
betul dan menggunakan pola-pola
pertuturan yang simple.
3.
Bacaan
secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami teks yang dibaca.
4.
Latihan
bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang membolehkan
pelajar-pelajar mengingatkan struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang
penting pada fahaman teks.
5.
Pembelajaran
tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya membolehkan pelajar-pelajar
mengenali beberapa bentuk katakerja, katanama dan lain-lain.Penghasilan
struktur-struktur ayat secara aktif tidak diutamakan.
6.
Biasanya
kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, pelajar-pelajar
diperkenalkan dengan system bunyi bahasa
yang dipelajari dengan cara mendengar dan bertutur dengan menggunakan
rangkaikata simple
7.
Bila
ini sudah tercapai pelajar-pelajar membaca buku teks, ini diikuti dengan
latihan lisan dan menjawab soalan.
Kaedah Terus
Kaedah ini dikenali sebagai
kaedah tentera kerana kaedah ini mula
digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua
dahulu.
Tujuan
1 ) Membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran
bahasa,contohnya mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis.
2 ) Membolehkan pelajar-pelajar
menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan.
Teknik
Mengajar
1 ) Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan
pelajar-pelajar itu terus dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak
diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturan
ini ditiru oleh pelajar-pelajar. Terjemahan tidak digunakan langsung.
2) Segala makna perkataan yang tidak
difahami dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti,
perrkataan berlawan dan lain-lain.
3) Pelajaran tatabahasa diajar secara
induktif ,pola-pola ayat yang hendak diajar dilatihtubi dahulu sehingga
pelajar-pelajar dapat menguasainya. Undang-undang tatabahasa hanya diajar
selepas penguasaan struktur ayat .
4 ) Bahan-bahan bacaan yang digunakan
merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengann latihan lisan yang dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan