PENGGUNAAN
ASSDA DAN MCUS MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA ULASAN NILAI MURNI TAHUN
LIMA
1.0 ABSTRAK
Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan menjadi masalah kepada murid-murid
kerana kurang memahami cara menulis ayat majmuk. Untuk menghasilkan ulasan
nilai murni yang baik, murid-murid perlu menggunakan penanda wacana dan kata
bantu yang sesuai. Sehubungan dengan masalah itu telah mendorong kajian ini
dilakukan terhadap 25 orang murid Tahun Lima yang terdiri daripada 13
orang lelaki dan 12 orang murid perempuan. Kajian ini menumpukan kepada kemahiran membina ayat ulasan dengan
menggunakan penanda wacana dan kata
bantu yang betul dalam ayat ulasan nilai murni. Dengan memperkenalkan
teknik ASSDA + MCUS telah membantu
murid menulis ulasan nilai murni dengan ayat majmuk.
Dapatan kajian menunjukkan perubahan dan penggunaan teknik ini telah dapat
mengatasi kelemahan murid. Kajian ini juga dapat membantu murid menulis ayat
yang lengkap dan menepati petikan yang dibaca. Murid - murid juga dapat
memperoleh markah yang lebih baik berbanding sebelumnya. Kajian ini juga
mencadangkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan teknik ini
akan dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang.
Kata Kunci : nilai murni, ayat majmuk, penanda wacana,
kata hubung, kata bantu.
2.0 PENDAHULUAN
Kemahiran menulis adalah
satu bentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang penting kerana kemahiran
menulis berkaitan dengan dua perkara iaitu kemahiran meluahkan idea agar dapat
dibaca dan kemahiran menggunakan lambang tulisan bagi mencatatkan idea
tersebut.
Kemahiran menulis
ini juga merupakan
salah satu kemahiran
bahasa yang ditekankan
dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Dalam kurikulum baru, kemahiran menulis merupakan salah satu
kemahiran penting yang perlu
dikuasai oleh murid-murid kerana ia merupakan kemahiran yang paling kompleks.
Kamaruddin Hj.
Husin (1988), tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi.
Jika tulisan itu dibunyikan semua ia dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk
melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa
rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah proses memberikan
simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai
kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut
peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang
jelas tersusun.
Menurut Raminah
Hj. Sabran (1985), penulisan ialah proses pelahiran perasaan, fikiran, dan idea
ke dalam bentuk grafik (disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat
dibaca dan difahami maksudnya).
Yahya
Othman(2005) berpendapat, penulis itu dapat memberikan kefahaman kepada pembaca
apabila penulis itu dapat menguasai kemahiran menulis secara mendalam dalam
bidang penulisan. Penulisan tentang sesuatu
yang disampaikan itu juga dapat menyatakan pandangan atau idea dalam bentuk
penulisan supaya memberikan kefahaman kepada pembaca.
Juriah Long dan
rakan-rakan (1990), menulis adalah suatu proses untuk menyampaikan buah
fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau
pembaca dengan menggunakan bentuk grafik. Ini
bermakna, bahan-bahan yang ditulis adalah suatu idea yang tersirat dan tersurat
apabila dijelaskan dalam bentuk penulisan.
3.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokus kepada
masalah menulis ulasan nilai murni pada bahagian C Bahasa Melayu berdasarkan
petikan. Memandangkan masalah murid-murid dalam menulis ulasan nilai murni
berpunca daripada kurang mahir dalam penulisan maka pengkaji mengambil
inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian ini bagi membantu murid-murid supaya
dapat menulis ulasan yang baik dan cemerlang.
Kajian A.
Chellamal Bagavathy (2005),
guru-guru bahasa
kerap menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa
Melayu
kerana murid-murid sukar untuk memahami penulisan. Pencapaian
dalam karangan masih kurang memuaskan disebabkan faktor kelemahan murid, sikap kurang berminat terhadap pelajaran, kelemahan strategi pengajaran, kesilapan memilih tajuk, kekurangan isi,
pembahagian perenggan, tidak merangka karangan, pengulangan isi, kesalahan tatabahasa, kesuntukan masa, tidak mengikut jumlah perkataan, tidak dapat mengenal pasti format dan penggunaan bahasa dialek.
Manakala
Nadzeri Isa (2001) iaitu penggunaan bahan rangsangan dalam pengajaran penulisan
karangan telah berjaya meningkatkan prestasi penulisan karangan dalam kalangan
murid. Sehubungan dengan itu, bahan
rangsangan (petikan) nilai murni yang disediakan hendaklah sesuai dan mudah difahami oleh murid.
Sehubungan itu pengkaji mengambil
inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian ini bagi membantu murid-murid supaya
dapat menguasai kemahiran menulis ulasan nilai murni yang baik dan cemerlang.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4 .1 Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan teknik ASSDA
dan MCUS.
4.2 Objektif Khusus
i.
Meningkatkan
kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan teknik ASSDA, MCUS dan
kata bantu
ii.
Membantu meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan ASSDA, MCUS dan kata bantu.
iii.
Meningkatkan prestasi murid dalam penulisan Bahasa Melayu
kertas 2 bahagian C.
4.3 Persoalan Kajian
Kajian
tindakan dilaksanakan untuk menjawab soalan- soalan seperti berikut:
i.
Adakah murid-murid dapat meningkatkan kemahiran
menulis ulasan nilai murni pada bahagian C ?
ii.
Adakah dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan ASSDA, MCUS dan kata bantu.?
iii.
Adakah murid- murid boleh meningkatkan
prestasi dalam penulisan Bahasa Melayu kertas 2 bahagian C?
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 25
orang pelajar Tahun Lima yang terdiri daripada 13 pelajar lelaki dan
12 pelajar perempuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan