Lokasi :
Pusat Kegiatan Kurikulum Negeri , Melanggang Kiulu Tamparuli
Jurulatih
air : Encik Victor P.L Salanggang
Aktiviti
air merupakan satu cabaran bagi semua peserta terutamanya kepada rakan-rakan
saya yang tidak pandai berenang. Sebelum
memulakan aktiviti ini kami
diberi taklimat tentang keselamatan ketika melakukan aktiviti di dalam sungai
dan cara-cara memakai jaket keselamatan. Segala
arahan dan panduan yang disampaikan oleh Jurulatih Air, Encik
Victor perlu dipatuhi. Sesungguhnya aktiviti
ini merupakan satu cabaran kepada diri saya dan rakan-rakan yang lain dan
memberik satu pengalaman baharu dan bermakna. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri kepada saya ketika
berada di dalam sungai.
Kerjasama dalam kumpulan dan kejujuran dalam diri juga
perlu ada pada semua rakan ketika kami menyeberangi sungai Kiulu secara berkumpulan.
Kami diminta berpegang tangan dalam mengharungi
arus sungai yang deras. Aktiviti ini mencabar kekuatan fizikal dan mental serta permuafakatan dalam kumpulan supaya berjaya
menyeberangi arus sungai yang deras. Dalam naluri saya terfikir, arus yang
dilalui ini merupakan rintangan atau dugaan yang dalam kehidupan kita yang
mesti kita hadapinya dengan sabar dan tabah bagi mencapai hasrat dan impian. Walau sebesar atau sesukar manapun masalah yang
datang dalam kehidupan kita, kita tidak boleh lari daripada masalah tersebut
dan kita perlu menyelesaikannya menghadapinya dan menyelesaikan dengan telus.
Setelah aktiviti itu kami diminta berjalan melalui
batu-batan yang licin semasa kemudian masuk ke dalam sungai untuk aktiviti
menyelam dan mengapungkan diri di atas permukaan air. Aktiviti ini juga memerlukan
kecekalan dan keupayaan diri mengapung dan berenang menuju ke kawasan yang
ditetapkan. Aktiviti ini sangat menyeronokan walaupun ada dalam kalangan rakan saya
yang merasa takut untuk melakukannya namun
mereka terus diberikan semangat supaya berani dan tidak berputus asa untuk
melakukannya.
Semangat keyakinan juga boleh diterapkan dalam diri peserta apabila
aktiviti air iaitu mengapung diri mengikut arus sungai yang deras. Aktiviti ini
sangat mencabar dan semua peserta diberi semangat untuk melakukan aktiviti ini berbekalkan jaket keselamatan yang dipakai. Ada
dalam kalangan rakan-rakan terutamanya perempuan takut untuk melakukan aktiviti
ini namun ianya dapat diatasi dengan bantuan daripada beberapa orang peserta yang lain dalam mengharungi aktiviti tersebut. Saya juga
terlibat membantu rakan-rakan yang lain terutamanya perempuan yang tidak pandai
berenang dan memberikan sedikit kekuatan mental supaya mereka lebih berani.
Aktiviti air
yang terakhir merupakan satu aktiviti yang mencabar dan menguji kekuatan mental
iaitu terjun ke dalam sungai dalam lubuk arus yang deras lalu berenang mengikut
arus. Aktiviti ini memerlukan keyakinan yang
tinggi pada diri dan peserta perlu berkeyakinan dalam melakukannya dengan selamat. Peranan jurulatih air yang sentiasa
prihatin amat mengagumkan terutamanya mereka yang telah mendapat pengiktirafan dalam
aktiviti air.
Secara umumnya aktiviti air ini memberi pengalaman
baru kepada semua pelajar PGSR, dan yang jelas semua aktiviti ini menampakkan
sikap kerjasama antara kumpulan dan kejujuran yang ada dalam diri pelajar.