Pengenalan
Teater Bercerita
Melalui teater
bercerita, teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip
sesebuah cerita di hadapan kelas. Teater bercerita mengutamakan penggunaan
suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Murid dapat memahami,
menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan
mereka. Murid lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang
dijalankan.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.Teater Bercerita melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.
Langkah-langkah Teater Bercerita.
i. Guru atau
murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
ii. Murid diberi
peluang membaca cerita terlebih dahulu.
iii. Murid lain
boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
iv. Murid akan
menyampaikan cerita, dan murid lain beraksi mengikut watak dalam cerita
tersebut.
v. Guru dan
murid memberi ulasan berdasarkan aktiviti teater bercerita tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan