Tarikh 16 Mei disambut sebagai Hari Guru. Semua murid dan guru akan mengadakan sambutan, majlis, jamuan ataupun penyampaian hadiah. Begitupun adakah kita mengetahui mengapa Hari Guru disambut pada tarikh
tersebut?.
Sebenarnya,
tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam
tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative
Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran
(Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen
tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar
Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Objektif Hari Guru Malaysia
Objektif Hari Guru Malaysia
Menitikberatkan
peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik
perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan
perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan
martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang
untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,
persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara
objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Logo Hari Guru
Putih -
Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Perak - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang - membawa erti yang terkandung dalam bendera
Malaysia.
Merah - Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru - Menunjukkan perpaduan muhibah.
Merah - Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru - Menunjukkan perpaduan muhibah.
Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang
memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman
dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa
memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara
murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala
lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa
menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan
kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu
garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini
menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.
IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan