Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

11 Mei 2013

Pendekatan Pengajaran



Dalam pengajaran bahasa terdapat  empat pendekatan pengajaran iaitu :

·         Pendekatan Deduktif
·         Pendekatan  Induktif
·         Pendekatan Eklektif
·         Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Deduktif
Pendekatan pengajaran  ini  mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun  peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru –guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya  memulakan pengajaran bahasa  mereka dengan  huraian  undang-undang bahasa  yang hendak diajar sebelum  memberi contoh-contoh penggunaannya.

Contohnya ,apabila seseorang  guru mengajar  ayat tunggal , guru  akan memberi  takrif ayat tersebut sebelum   menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya .

Pendekatan  Induktif

Pendekatan ini pula  mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut.

Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian  berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu murid-murid  supaya  sampai  kepada  takrif ayat tunggal.



Pendekatan  Eklektif

Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh murid-murid. Murid-murid dipandu untuk sampai  kepada undang-undang bahasa. Murid-murid kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama .

Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh.Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk  menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah  merangkumi  kecekapan bahasa yakni penguasaan  system tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi,kecekapan  yang pertama membolehkan seseorang murid  menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej  kepada khayalaknya . Kecekapan  yang kedua membolehkan murid tersebut  menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.
Pengajaran  dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur  bahasa yang tepat  dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru .
Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid-murid  akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih.Pendekatan pengajaran  ini lebih berpusatkan murid daripada guru.

Tiada ulasan: