Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

11 Mei 2013

Transformasi Sosio Budaya Berteraskan Islam di Malaysia


Transformasi Sosio-Budaya Berteraskan Islam
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah membawa banyak perubahan dan pembaharuan kepada penduduk tempatan bukan sahaja dalam aspek kebudayaan malah dalam aspek politik ekonomi dan sosial.
Islam telah membawa satu ajaran yang rasional, radikal dan progressif. Walaupun begitu, pembaharuan yang terdapat di Asia Tenggara berlainan sedikit dengan apa yang terdapat di negara-negara Timur Tengah. Pembaharuan di negara-negara Timur Tengah lebih berbentuk keaslian kerana disana lahirnya Islam , tetapi pembaharuan di Asia Tenggara berbau Hinduisme-Buddhisme – Animisme kerana pengaruh ini sudah sebati dan lebih awal tertanam dalam jiwa masyarakat tempatan. Namun begitu unsur-unsur ini diberi bentuk baru terutama perkara-perkara yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Kedatangan Islam telah banyak membawa perubahan dan pembaharuan kepada masyarakat tempatan dan boleh dikatakan jiaka kita membincangkan sejarah kebudayaan Asia Tenggara, ia adalah satu reformasi budaya masyarakat Asia Tenggara.

Pembaharuan Kepercayaan & Akidah
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Asia Tenggara mengamalkan pelbagai bentuk agama dan kepercayaan seperti Hindu, Buddha an Animisme. Sebelum kedatangan Islam, terdapat banyak tuhan dengan pelbagai bentuk rupa mengikut kepercayaan dan agama masing-masing. Bagi mereka, semua benda mempunyai semangat atau kuasa dan semangat itu dipuja kerana dipercayai akan memberi sesuatu kepada mereka. Kedatangan Islam telah merombak fahaman lama dan sebaliknya memperkenalkan fahaman baru yang lebih dinamis , iaitu percaya kepada kebenaran. Islam membawa menusia mempercayai tentang kewujudan dan keesaan Alllah. Kepercayaan ini merupakan hakikat yang maha tinggi , rasional dan universal. Kepercayaan aqidah dalam membentuk metafizik menersui ilmi tasauf dan roh keagamaan yang bersifat intelektual dan akidah menjalar ke dalam pemikiran orang ramai secara terbuka yang menyebabkan timbulnya intelektualisme dan rasionalisme yang tidak pernah terlihat wujud sebelum kedatangan Islam.
Dalam erti kata lain, Islam telah mengalihkan pandangan hidup masyarakat Asia Tenggara yang sebelumnya menitikberatkan kepada khayalan, dongeng, dewa , penunggu dan sebagainya ke satu alam pemikiran akal, sistematik, hakikat untuk menjadikan manusia berakal dan dapat menggunakan pemikiran dengan cara yang waras serta cerdas.
Allah berfirman dalam al-Quran :
“Tiadakah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dah berbakti kepada-Ku (Allah)
Pembaharuan yang ketara sekali ialah mewujudkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan ummah tanpa mengira asal usul, keturunan, kedudukan dan taraf. Sebelum Islam, manusia hidup dalam kasta-kasta yang tidak mewujudkan perpaduan dalam institusi manusia. Masyarakat hanya berinteraksi dan berhubung dalam kelasnya sahaja. Islam cukup berbeza kerana Islam mengajar manusia hidup bermasyarakat.
Allah berfirman dalam al-Quran :
“Di tempat kehinaan ke atas mereka di mana sahaja mereka hidup kecuali orang yang mempunyai hubungan dengan Allah dan mempunyai hubungan dengan manusia.
Pembaharuan kepercayaan dan akidah adalah untuk menyeru manusia mempercayai keEsaan Allah dan menyembah-Nya , disamping meninggalkan segala bentuk kepercayaan lama dengan menyedarkan mereka tentang hakikat yang sebenarnya, iaitu Allah mencipta langit, bumi dan manusia serta segalanya.

Pembaharuan Kepercayaan Adat
       Kedatangan Islam telah membawa perubahan dan poembaharuan dalam kepercayaan adat masyarakat Melayu Asia Tenggara. Namun begitu, masyarakt ini masih tidak dapat memisahkan kehidupan mereka dengan pengaruh Hindu yang sudah lama bertapak di Asia Tenggara. Dalam konteks ini, mereka masih lagi mempercayai kepada keramat dan semangat yang digunakan oleh bomoh atau pawang dalam mentera dan jampi. Di samping itu, masyrakat ketika itu masih lagi memuja keramat berdasarkan kepada sesuatu benda seperti kubur dan pokok besar. Keramat dalam Islam ialah kejadian luar biasa dengan pertolongan Allah kepada orang-orang yang benar-benar taat pada perintah-Nya. Orang-orang Melayu di Asia Tenggara masih lagi memuja keramat dengan membawa telur ayam, pulut kuning (pulut semangat) , ayam panggang dan sebagainya dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu pertolongan. Kedatangan Islam telah menghapuskan perbuatan sia-sia ini dengan mengalihkan pandangan masyarakat Melayu Islam di Asia Tenggara kepada kebesaran Allah yang Maha Agung , Yang Maha Esa dan yang dapat memberi sebarang pertolongan kepada hamba-Nya.
Selain  itu , mandi safar , adat perkahwinan dan adat menyambut kelahiran dengan ciri-ciri budaya Islam diperkenalkan. Islam mempunyai kepercayaan dan adat sendiri, seperti nikah kahwin, pembahagiaan harta pusaka, maulud Nabi dan Asyura. Dalam hal ini , kedatangan Islam telah banyak membawa perubahan dan pembaharuan kepada masyarakat tempatan dan menyedarkan bahawa amalan dan kepercayaan karut yang diamalkan itu adalah sia-sia dan bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Oleh itu, hendaklah ditinggalkan kerana perbuatan itu akan mendatangkan kerugian dan kemudaratan dari segi zahir dan batin. Islam mengajar manusia mencari keuntungan dunia dan akhirat.

Pembaharuan Politik
Kedatangan Islam telah membawa pembaharuan dan perubahan dalm bidang politik dan pentadbiran kepada masyarakat Melayu Nusantara, iaaitu memperkenalkan sistem pemerintahan beraja. Sebagaimana yang diketahui , sebeum kedatangan Islam , sistem pemerintahan beraja telah wujud dalam struktur pemerintahan di Nusantara dengan corak dan ciri yang tersendiridan tidak ada sebarang garis panduan.Setelah kedatangan Islam,konsep ini diperkuatkan lagi dengan raja sebagai ketua negara dan ketua agama seperti yang dilakukan oleh “Khalifah al-Rasyidin”. Dalam konsep pemerintahan Islam, pemerintahan Islam, pemerintah hendaklah bertanggungjawab menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama dengan meninggalkan kepentingan diri.
Pada zaman keagungan pemerintahan kerajaan-kerajaan di Nusantara terdapat banyak prinsip dan perundangan Islam yang diamalkan walaupun tidak dengan sepenuhnya. Umpamanya tiap-tiap kesalahan jenayah seperti zina, mencuri dan membunuh akan dihukum mengikut hukuman Islam. Pegawai-pegawai kerajaan atau pemerintah yang dilantik hendaklah melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab. Konsep pemerintahan ini terdapat dalam pola pemerintahan Islam. Nabi Muhammad SAW dalam menjalankan pemerintahan selalu meminta pandangan daripada para sahabat. Dengan demikian kedatangan Islam  telah melatih dan mengubah sistem pemerintahan lebih maju dan dinamis , sistem yang diterima Allah.
Islam telah mewujudkan perpaduan umat dengan membentuk satu proses kesedaran kebangsaan , iaitu kebangsaan Islam . Proses kesedaran ini dapat dilihat apabila negeri-negeri Islam di Nusantara mempertahankan kedudukannya daripada pencabulan yang dilakukan  oleh penjajah-penjajah Barat (Kristian). Pembaharuan daalam konteks ini bukan sahaja dalam aspek ibadat, tetapi telah mengambil bahagian secara positif dan serius ddalam politik untuk membentuk satu corak pemerintahan yang berdasarkan pemerintahan Islam, kemajuan dan penmbangunan akan tercapai dan negeri akan sentiasa berada dalam kesejahteraan dan keharmonian.

Tiada ulasan: