4.0 PAKAIAN
Semua graduan
diingatkan untuk memakai pakaian rasmi/formal semasa pendaftaran. Kegagalan
mematuhi etika berpakaian penjawat awam membolehkan pihak pengurusan
konvokesyen menghalang anda dari mendaftar untuk menghadiri konvokesyen.
4.1 PAKAIAN AKADEMIK
Semua graduan
mesti mengenakan pakaian akademik (jubah) dan mortar board (penerima ijazah
sahaja) sepanjang majlis konvokesyen.
Jubah akademik
graduan (disediakan oleh pihak IPG Kampus).
Anda dikehendaki
melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik (Lampiran 1) dan membawanya
bersama semasa mengambilan Pakaian Akademik.
Urusan pinjaman
pakaian akademik selepas dari tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh IPG
kampus tidak akan dipertimbangkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi IPG
Kampus masing-masing.
Graduan
yang tidak mematuhi syarat berpakaian seperti yang dinyatakan TIDAK
DIBENARKAN masuk dewan Majlis Konvokesyen.
|
|
4.2 Pakaian
Graduan Lelaki:-
Sepasang Baju
Melayu warna gelap, bersampin kemas atau
Lounge suit
termasuk seluar berwarna hitam , atau
Kasut kulit hitam
dan stokin hitam.
Pakaian selain
daripada yang dinyatakan di atas adalah TIDAK DIBENARKAN.
4.3 Pakaian
Graduan Perempuan:-
Jubah akademik
graduan (disediakan oleh pihak IPG Kampus).
Baju kurung /baju
kurung moden /Pakaian tradisional yang tidak mencolok mata
Graduan yang
mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
Kain jenis ‘lace'
boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining'.
Warna pakaian
adalah pilihan sendiri.
| |
Kasut bertutup
dan bertumit (court shoes) sekurang-kurangnya 1.5 inci.
Pakaian
fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali.
Pakaian gaun atau
‘skirt' melebihi paras lutut, ‘blouse' tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan
seluar adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI
|
Pengikut
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM)
( muat turun borang )
30 April 2013
Pakaian Graduan
18 April 2013
Penyakit Darah Tinggi
Rawatan penyakit darah tinggi dengan menggunakan
ayat-ayat al-Quran
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit darah tinggi akan diberi
ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa
kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
1. Surah Al-Qasas ayat 42 hingga 50
2. Surah Yunus ayat 48 hingga 61
3. Surah Al-Anbiya’ ayat 51 hingga 72
4. Surah Al-Furqan ayat 41 hingga 52
5. Surah An-Nahli ayat 51 hingga 64
6. Surah Huud ayat 41 hingga 53
1. Surah Al-Qasas ayat 42 hingga 50
2. Surah Yunus ayat 48 hingga 61
3. Surah Al-Anbiya’ ayat 51 hingga 72
4. Surah Al-Furqan ayat 41 hingga 52
5. Surah An-Nahli ayat 51 hingga 64
6. Surah Huud ayat 41 hingga 53
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran
tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Qasas
tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Yunus tiga kali pada
waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga
empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah
swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit
hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit
datang untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya
dapat kami mengenal pasti (diagnose) jikalau ada penyakit-penyakit lain
yang menyebabkan penyakit darah tinggi, atau terdapat kesan-kesan sampingan
yang disebabkan oleh penyakit darah tinggi ini, dan seterusnya bolehlah kami
rawat dan beri ayat-ayat Al-Quran yang lain yang sesuai dengan penyakit yang
dialami oleh pesakit.
Adalah dinasihatkan agar pesakit
yang ingin berubat dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran ini tidak berhenti
terus mengambil ubat-ubat yang telah diberi oleh pihak hospital, tetapi boleh
mengurangkan dos pengambilan ubat-ubat hospital secara perlahan-lahan mengikut
kadar pemulihan pesakit. Terapi penyembuhan melalui ayat-ayat
Al-Quran ini memakan masa, disiplin dan kesabaran. Kaedah rawatan ini bukan lah
seperti “magic”, hari ini pesakit membaca ayat-ayat yang diberi dan esok nya
pesakit mengharap penyakit itu sembuh. Pesakit mesti yakin 100% akan mukjizat
ayat-ayat Al_Quran dalam penyembuhan penyakit.
Kaedah rawatan dengan menggunakan
ayat-ayat al-Quran ini juga berkonsep “2 in 1” atau “Dua dalam Satu”. Selain
kita mendapat penyembuhan dari Allah swt dari penyakit yang kita alami, kita
juga mendapat pahala dari amalan membaca ayat-ayat Al-Quran ini. Maklumbalas
dari ramai pesakit-pesakit kami yang telah mengamalkan ayat-ayat al-Quran ini,
mereka rasa tenang dan tenteram setelah membaca ayat-ayat al-Quran ini dan
dengan sendirinya hilang rasa stres dan tekanan emosi. Apabila stres dan
tekanan emosi pesakit dapat dikuasi, dengan sendirinya tekanan darah pesakit
akan menurun dan menjadi normal. Subahanallah, itulah mukjizat al-Quran!
Diharap agar kepada semua pembaca
yang ada menghidapi penyakit darah tinggi untuk jangan jemu berdoa kepada Allah
swt memohon penyembuhan dengan penuh tawaduk dan istiqamah pada setiap
hari. InshaAlah, Allah swt memandang dan sentiasa menilai akan usaha dan
kegigihan hamba-hambaNya dalam usaha untuk sembuh dari satu-satu penyakit.
Islam menganjurkan umatnya berdoa untuk kesihatan. Sesungguhnya junjungan kita Nabi Muhamamad saw pernah bersabda:
“Tidak ada sesuatu yang diminta lebih disukai oleh Allah dari Afiat (kesejahteraan kesihatan)” - Riwayat At-Tarmizi
Islam menganjurkan umatnya berdoa untuk kesihatan. Sesungguhnya junjungan kita Nabi Muhamamad saw pernah bersabda:
“Tidak ada sesuatu yang diminta lebih disukai oleh Allah dari Afiat (kesejahteraan kesihatan)” - Riwayat At-Tarmizi
17 April 2013
Thyroid
PENGENALAN
Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia.
Fungsinya ialah mengeluarkan hormon.
Antara hormon yang terpenting ialah T3
(triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma
(pengeluaran tenaga) manusia.
Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan
yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan
bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3
dan T4.
Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah
80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb.
T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori
kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan
ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah
pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang
berada di bahagian otak kita.
Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi
thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang
kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari
mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4.
Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan
berlakunya masalah thyroid.
JENIS JENIS PENYAKIT TAIROD
1
|
Hyperthyroidism
/ Thyrotoxicosis
|
2
|
Hypothyroidism
|
PENYAKIT THYROTOXICOSIS Thyrotoxicosis
berlaku apabila kilang tairod mengeluarkan terlalu banyak hormon tairod, yang
mana ianya mengawal tahap metabolisma badan kita. Hormon tairod yang berlebihan
mempercepatkan metabolisma, ini memberi kesan kepada banyak proses-proses badan
dan organ. Gejala ini biasanya berlaku pada wanita berbanding lelaki dan sering
terjadi semula. Jika penyakit ini tidak dirawati, ianya akan membawa kepada
komplikasi yang lebih serius. Mereka yang berisiko menghidap penyakit ini
ialah :
Perempuan
|
|
|
Genetik
|
Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang
lain
|
|
|
Usia lebih 60 tahun
|
|
Merokok
|
GEJALA
|
Bengkak
di leher
|
|
Tidak
tahan panas
|
|
Degupan
jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
|
|
Haid
tidak teratur, haid kurang atau tidak datang
|
|
Kesuburan
turun
|
|
Konsentrasi
kurang
|
|
Kulit
lembap
|
|
Lemah
dan sukar tidur
|
|
Mata
menjadi besar
|
|
Mood
yang tidak menentu
|
|
Kejang
otot , cirit bagi sesetenganh kes
|
|
Resah
dan gelisah
|
|
Oesteoporosis
|
|
Pengeluaran
peluh yang banyak dan tangan terketar-ketar
|
|
Rambut
tidak kuat
|
|
Turun
berat badan walaupun selera naik
|
KOMPLIKASI
|
Kerosakkan jantung.
|
|
Hakisan tulang atau tulang menjadi nipis.
|
|
Penyakit mata semakin teruk walaupun diberi
rawatan.
|
SEBAB Sebab-sebab terjadinya penyakit thyrotoxicosis ini
belum lagi diketahui sepenuhnya, tetapi merujuk kepada:
|
Gangguan pada sisitem imuniti yang mencetuskan
pengeluaran berlebihan hormon tairod.
|
|
Pembesaran nodul dalam kilang tairod.
|
RAWATAN Ubat
|
Propranolol, atenolol, inderal melegakan rasa
berdebar, mengawal tekanan dan mengawal rasa gelisah
|
|
Carbimazole dan propylthiouracil untuk mengawal
hyperthyroidism
|
|
Antibiotik sekiranya ada jangkitan kuman
|
Radioaktif iodine Membuang
tisu sel thyroid yang terlebih aktif. Selepas rawatan, sel ini akan mengecut
dan jumlah hormon yang dikeluarkan menurun. Tidak sesuai untuk yang sedang
mengandung, menyusukan anak. Bagaimanapun rawatan ini mungkin menyebabkan
pesakit mendapat hypothyroidism (sila lihat di bawah) dan terpaksa mengambil
ubat sepanjang hayat mereka. Pembedahan Sebahagian
thyroid gland akan dibuang. Mungkin rawatan pilihan kepada kanak-kanak dan
orang yang mengandung. Pemakanan
Ambil lebih brokoli, cabbage, cauliflower, soya,
kekacang
|
|
|
Ambil Calsium dan Magensium untuk membantu proses
metabolisma yang betul (ingat penyakit thyroid ialah penyakit yang berkaitan
dengan metabolisma)
|
|
Kurangkan pengambilan makanan yang diproses,
gula, kaffein dan alkohol
|
|
Pengambilan herba juga boleh diamalkan. Ia lebih
bergantung kepada merawat tanda-tanda seperti passionflower (untuk membantu
merawat kegelisahan, kunyit dan ginkgo biloba (menambahkan konsentrasi)
|
PENYAKIT HYPOTHYROIDISM Hormon
thyroid (T3 dan T4) rendah. Antara penyebabnya ialah :
|
Chronic autoimmune thyroiditis - pembengkakan dan
kerosakkan tisu tairod.
|
|
Kurang iodine dalam pemakanan
|
|
Radiasi
|
|
Rawatan radioaktif iodine
|
|
Thyroid gland dibuang
|
Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyroidism
|
Badan rasa lemah
|
|
Daya ingatan menurun
|
|
Hilang deria rasa dan bau
|
|
Kadar pengepaman jantung perlahan
|
|
Kulit jadi kuning - lesu, pucat
|
|
Kulit kering
|
|
Masalah kesuburan
|
|
Menjadi pekak, tinitus (telinga berbunyi)
|
|
Kejang otot dan bengkak
|
|
Myxedema - cecair keluar ke tisu menyebabkan
puffiness (terutamanya di muka)
|
|
Pendarahan haid banyak (heavy period)
|
|
Percakapan lambat
|
|
Pertambahan berat badan
|
|
Rambut gugur
|
|
Rasa mengantuk
|
|
Rendah nafsu seks
|
|
Sakit kepala
|
|
Sembelit ;Suara menjadi serak; Tak
tahan sejuk .
|
Rawatan
a
|
Ubat thyroxine (Jenama original Oroxine) diberi
sekali sehari
|
b
|
Ambil lebih iodine dalam makanan (makanan laut
dsb.)
|
c
|
Pengambilan herba untuk merawat tanda-tanda
seperti horsetail.
|