Kemahiran mengarang dikatakan sebagai
kemahiran yang tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim
dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002). Roselan
Baki (2003), berpendapat menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang kompleks.
Untuk itu perlu merangka karangan kandungan isi
dan nilai atau pengajaran yang sesuai dalam penulisan ulasan. Terdapat juga murid yang
melakukan pengulangan isi,
kesalahan tatabahasa
termasuklah kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat yang bercelaru serta
tidak boleh mengolah ayat menjadi ayat gramatis.
Kamarudin Hj.
Husin (1998), pula menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi
melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya
unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan
menunjukkan wacana dan penglahiran idea yang jelas dan tersusun.
Sulaiman
Masri(1990), karangan merupakan susunan perkataan yang membentuk ayat, dan ada
pula disusun sehingga menjadi perenggan, fakta dan fikiran, disusun menjadi
satu kesatuan. Ini bermakna, perkataan dalam ayat boleh disusun tanpa fakta dan
fikiran, sebaliknya fakta dan fikiran tidak boleh disusun tanpa menggunakan
sejumlah perkataan yang asalnya terpisah, menjadi ayat dan perenggan. Jelaslah,
mengarang merupakan kemahiran berbahasa yang tinggi, dan pelajar boleh
menguasai kemahiran mengarang dengan baik jika menguasai tiga kemahiran asas
iaitu kemahiran mendengar, berutur dan membaca.
Nik
Safiah Karim (2004), menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar
untuk dikuasai untuk itu murid perlu
menguasai kemahiran menulis ayat untuk menghasilkan karangan. Untuk mengajar
murid menghasilkan karangan pelbagai bentuk, guru bahasa Melayu memerlukan
imaginasi yang jelas, kosa kata yang banyak, dan keupayaan menyampaikan isi
atau fakta secara sistematik.
Umumnya,
penulisan karangan juga memerlukan perancangan supaya murid dapat meluahkan idea
atau membina karangan dengan menggunakan ayat gramatis. Dalam hal ini, guru
perlu terlebih dahulu mengajar murid membina ayat tunggal dan diikuti dengan
membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung dan kosa kata yang sesuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan