Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

29 Jun 2013

Kesilapan Penggunaan Kata



Perkataan seperti lima, sepuluh, seratus, lima ribu, semua, segala, sejumlah, beberapa, sekalian, seluruh, sebilangan, sepertiga, berabad-abad, berkotak-kotak, masing-masing, setiap, setengah-setengah dan sebagainya tergolong dalam kata bilangan yang menunjukkan jamak atau banyak.
Dalam  penggunaan  kata  bilangan  dalam  ayat,  kita  selalu  membuat  kesilapan dengan menggandakan perkataan yang mengikutinya atau tidak mengeja sepenuhnya kata bilangan berkenaan sebagai satu bentuk yang mematuhi sistem morfologi tatabahasa bahasa Melayu.

Kesilapan yang sering kita gunakan dalam penggunaan kata bilangan adalah seperti contoh yang berikut,

i)Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang mengikuti kata bilangan.

SALAH
BETUL
Banyak organisasi-organisasi
Banyak perkara-perkara
Empat unsur-unsur yang berikut…… Kebanyakan pekerja-pekerja Keseluruhan peserta-peserta
Lima peratus (5%) daripada pembeli- pembeli
Penambahan jumlah anak-anak Ramai pengguna-pengguna Segala maklumat-maklumat Semua surat-surat
Banyak organisasi
Banyak perkara
Empat unsur yang berikut Kebanyakan pekerja Keseluruhan peserta
Lima peratus (5%) daripada pembeli

Penambahan jumlah anak
Ramai pengguna Segala maklumat Semua surat
 

SAMA ITEM HARGA BERBEZA

Semasa membeli sos cili dan sos tomato pada pek yang sama mendapati perbezaan harga antar dua kedai..
sama tapi tak serupa HARGA nya...

23 Jun 2013

Perubahan Makna Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri



Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya perkataan “belayar” pada suatu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layer sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.

Demikian juga perkataan “ tangan”, pada asalnya dIrujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah mancakupi makna ‘menguruskan’, ‘ mengendalikan’, dalam ayat seperti “ Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini”. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa melayu”. Dalam contoh ini, perkataan ‘gejala’ bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri.

Selain daripada itu perkataan “ hayat” dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan “hidup” tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran berikut, “ Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu”.

Dalam ayat ini perkataan “ menghayati” bukanlah membawa maksud “ menghidupkan” tetapi “ mengikuti dengan sepenuhnya”. Perkataan “hantu” dalam contoh “ Kejadian itu menghantui fikirannya”, “hantu” itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna “ mengganggu”.

Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya telah berubah menjadi “ kawasan perumahan” , “ kawasan perindusterian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti Taman Negara Bako.

Demikian juga dengan perkataan “ datuk”, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk kepada “bapa kepada ayah seseorang” malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka.

Perkataan “ sahaya” berasal dari bahasa Sanskrit dan membawa maksud “abdi” dan “sahaya” itu dalam aspek penggunaan bahasa Melayu merujuk kepada “ hamba” dengan cara yang halus. Tetapi kini, “saya” ( daripada “sahaya”) digunakan sebagai kata ganti diri pertama.

Demikianlan perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri dimana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.