Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

24 April 2012

Kampung Pimping

Sungai Kampung Pimping

Kampung Pimping

Pembelajaran Masteri

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK PEMBELAJARAN MASTERI
Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.
Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda.

ELEMEN PENTING DALAM PEMBELAJARAN MASTERI
 Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan memperjelaskan bagaimana ianya akan dinilai. Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada hari tersebut dan bagaimana proses penilaian akan dilaksanakan. Antara aspek penting yang perlu diperjelaskan termasuklah tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, kemahiran yang diajar, nilai-nilai yang diterapkan serta aspek atau instrumen penilaian yang akan digunakan dalam pembelajaran.
             Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri. Berdasarkan pembelajaran masteri, pelajar harus diberi peluang belajar mengikut minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Di samping itu pelajar juga diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka secara berperingkat-peringkat. Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah atau beralih kepada peringkat seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Misalnya, dalam suatu mata pelajaran, pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1.
             Terdapat beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan pelajar belajar mengikut kadar mereka sendiri , antaranya:
      i.        Modul dan pakej pembelajaran.
    ii.        Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka (frame) (“Programmed Instruction”).
   iii.        Audio-tutorial.
   iv.        “Keller Plan” iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya.
    v.        Pembelajaran berbantukan komputer.
       Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas beserta dengan langkah pemulihan yang sesuai. Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan.
             Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai. Bagi menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir yang hendak dicapai terlaksana atau sebaliknya, guru perlu melaksanakan penilaian kepada pelajar pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Bentuk penilaian boleh juga disediakan sama ada secara lisan atau bertulis, misalnya menggunakan lembaran kerja atau latihan.

Mastery Learning


KONSEP PEMBELAJARAN MASTERI
 Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama

TUJUAN PEMBELAJARAN MASTERI
 Tujuan Pembelajaran Masteri adalah untuk memastikan semua pelajar mencapai objektif pelajaran dan membolehkan masa yang mencukupi untuk setiap pelajar mencapainya.
 Pembelajaran masteri perlu dilaksanakan kerana guru perlu mengetahui bahawa murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain seperti kebolehan membaca dan kebolehan menulis. Seterusnya, murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Ini disebabkan oleh kebolehan setiap murid untuk memahami sesuatu pembelajaran berbeza seperti sesetengah murid mudah memahami pembelajaran melalui aktiviti nyanyian. Akhirnya, murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan. Perkara ini untuk memastikan tiada murid yang tercicir dalam pengajaran dan pembelajaran.

 PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN
1.     Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.
2.    Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah dan aktiviti supaya pelajar dapat menguasai sesuatu dalam masa yang singkat.
3.    Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar.
4.    Guru perlu mendorong pelajar untuk menguasai sesuatu yang diajar.
5.    Masa harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai hasil pembelajaran yang ditentukan.
6.    Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.
7.    Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.
8.    Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.
9.    Pembelajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil, pengetahuan disusun daripada mudah kepada yang sukar supaya boleh difahami murid.
10. Semua murid normal boleh menguasai semua yang diajarkan oleh guru.

22 April 2012

BAHASA MELAYU KLASIK

Awang Sariyan- bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi bahasa Melayu, sesudah bahasa Melayu Purba dan bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik  bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam.

 Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh. Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara.
Kehadiran agama Islam -mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan bahasa Melayu Kuno kepada bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan  rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya.
Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau- ditemui dalam manuskrip Melayu Lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di beberapa buahnegara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah ialah kitab Aqaid al-Nasafi yang bertarikh 1590 (988H).Terdapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh (1600), Hikayat Seri Rama (1633), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini menunjukkan bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu.Dari segi fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada datalisan. Awang Sariyan mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada tiga sahaja, iaitu i, a dan u (daripada vokal Arab alif,ya dan wau). Namun demikian dapat diandaikan bahawa bahasa Melayu klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang tterdapat dalam bahasa Melayu, iaitu a, e pepet, e taling, i, o, dan u. Dari segi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam bahasa Melayu Moden. Pelambangan bunyi getaran alveolar r yang jelas menggunakan huruf „ra  dalam bahasa Arab.
Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik. Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong dalam bahasa Melayu Moden, iaitu ai, au dan oi. Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga berlaku bagi proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif.

Rumpun Bahasa Melayu

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun bahasa Austronesia. Asal-usul bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris terpecah kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-China. Rumpun Austronesia pula ipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna- Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima- Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.
Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi. Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan. Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut.

Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji   pengkaji Barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, dibahagian timur negara India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India. Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama. Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara.

11 April 2012

PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Laporan kajian adalah sama seperti di dalam kertas cadangan hanya perlu ditambah beberapa perkara/dokumen bagi menunjukkan bukti bahawa kajian itu telah dilaksanakan dan objektif telah tercapai.
1.      Nama dan alamat penuh organisasi
2.      Nama dan Ahli-ahli Jawatankuasa Penyelidik (Kumpulan Penyelidik)
3.      Abstrak
4.      Tajuk Kajian
5.      Refleksi Masalah
6.      Fokus Kajian (Isu keperihatinan yang dikaji)
7.      Objektif kajian (am dan khusus)
8.      Kumpulan Sasaran
9.      Tindakan/aktiviti yang telah dilaksanakan
10.  Dapatan/hasil kajian
Nyatakan dengan jelas apakah impak atau hasil yang diperoleh selepas kajian dilaksanakan.
11.  Penilaian dan Refleksi.
Mengulas perkara-perkara yang berlaku dan dihadapi semasa proses / aktiviti dilaksanakan sama ada terhadap diri penyelidik atau maklum balas atau tindakan-tindakan spontan yang dilakukan oleh responden.
12.  Cadangan untuk tindakan selanjutnya.
13.  Ulasan/ Kesimpulan
Menyatakan perasaan penyelidik secara keseluruhan tentang kajian yang telah dijalankan.
 14.  Lampiran.
a.      Bahan-bahan atau instrumen yang digunakan oleh penyelidik, atau
b.      Laporan atau Dokumentasi aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan 
15. Pembentangan / Seminar

PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Kertas cadangan ditulis untuk memberi garis panduan kepada penyelidik tentang apa yang ingin dilaksanakan supaya objektif kajian tidak tersasar. Selain itu, anggaran perbelanjaan dan skedul kajian perlu dilampirkan.
 1.      Nama dan alamat penuh organisasi
2.      Nama atau Ahli-ahli Jawatan kuasa Penyelidik (kumpulan Penyelidik)
 3.   Tajuk kajian
Tajuk mestilah berbentuk positif sahaja misalnya: meningkatkan, menambahkan, menjadikan, menghasilkan dan sebagainya.
4.   Refleksi masalah
Menyatakan imbasan peristiwa, masalah yang timbul dan dapatan daripada data atau rujukan tertentu.
5.   Fokus kajian
Menjurus kepada skop yang paling kecil di dalam kelompok isu atau masalah yang ada.
6.   Objektif  kajian (am dan khusus)
Menyatakan impak dan hasil yang diharapkan daripada kajian yang dilaksanakan.
7.   Kumpulan sasaran
Nyatakan satu kumpulan sasaran yang kecil (sekurang-kurangnya 30%) daripada sampel kajian. Pemilihan responden boleh dipilih secara rawak atau mengikut kriteria-kriteria tertentu yang difikirkan sangat perlu.
8.   Tindakan/aktiviti yang dicadangkan
Menyatakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan untuk dilaksanakan untuk mengubah kebiasaan atau boleh mencapai objektif.
9.   Alatan/bahan kajian yang dicadangkan
Senarai bahan atau peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan kajian.
10. Anggaran Kos Kajian
Senarai kos bahan dan pakej yang diperlu dibelanjakan.
 11. Skedul/Jadual Pelaksanaan Kajian
Jadual boleh dibuat dalam bentuk jadual atau carta gantt.

07 April 2012

Kembara Nautica

Lawas Sarawak

Merentas Zon Pedalaman Sabah
8.30    Pekan Beaufort       -  Makan di Restoran Brunei
9.20    Pekan Sipitang
10.45  Pekan Lawas Sarawak    - Tamu beli barang – Esplanded lawas
12.30  Simpang ke Tenom  - Menuju ke Tenom
13.38  Pekan Tenom          - Rehat kejap
14.52  Pekan Keningau     - Makan Pizza
16.30  Pekan Tambunan   - Hujan lebat
17.38  Pekan Dongongan Penampang
18.22  Pekan Papar
Nautica '08

bersama Perodua Nautica

06 April 2012

Penulisan Karangan

UNIT 1    :    STRATEGI  MANJAWAB SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT.
 
1.      Teliti gambar yang diberikan dan memahami idea keseluruhan gambar tersebut,
2.      Mengenal pasti aktiviti atau perkara yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar.
3.      Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan bahan tersurat sahaja
4.      Jangan memberikan nama khusus kepada watak tertentu yang terdapat dalam         gambar. Gunakan gelaran secara umum untuk watak tersebut.
5.      Pastikan ayat yang dibina menggunakan tatabahasa dan ejaan yang betul.    
  
 UNIT  2  :     STRATEGI MENGARANG YANG BERKESAN
A.     Pilih soalan yang tepat.
         a.         Baca semua soalan.
         b.         Pilih tajuk karangan  berserta format yang benar-benar kamu kuasai.
         c.         Cari isi-isi penting yang tepat dan sesuai dengan kehendak soalan.
 B.      Carilah Kunci Soalan   
          I).        Kunci karangan biasanya  berupa kata atau rangkaian kata.  Contohnya :
            i.      Nyatakan………
                      ii      Tulis laporan………..
            iii     Sediakan teks syarahan……..
II)                Garislah kata kunci soalan untuk mengelakkan karangan terpesong daripada
            kehendak soalan
 C. Sediakan Rangka Karangan.
·   Rangka karangan perlu mempunyai pendahuluan, isi dan penutup
·   Isi-isi karangan perlu diberikan huraian berserta contoh yang sesuai.
·   Karangan anda harus mempunyai penutup, yakni kesimpulan tentang tajuk
 D. Tulislah karangan yang baik
·   karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi dan penutup
·   Isi pengenalan yang dimuatkan mestilah dapat memberikan gambaran umum
         tentang kehendak soalan.
·   Pada bahagian isi,memadailah empat isi berserta contoh yang sesuai.
·   Pada perenggan penutup pula, isi mestilah dapat menyimpulkan apa-apa yang
         apa-apa yang ditulis dalam perenggan isi
·   Gunakan penanda wacana seperti selain itu, disamping itu, walaupun, dan
   sebagainya untuk memastikan kesinambungan ayat-ayat dalam karangan.
 
E. Semaklah karangan
·   Tujuannya supaya:
(a)    markah tidak ditolak
(b)   dapat membetulkan kesilapan ejaan dan frasa;
(c)    dapat mengelakkan kekurangan dan pengulangan isi;
(d)   panjang karangan menepati arahan soalan

UNIT 3 Strategi Menjawab Soalan Membina Ulasan
1. Ayat perlu memahami kehendak soalan yang diberikan misalnya daripada petikan:
    (a) nilai murni/pengajaran yang diperolehi;
    (b) kebaikan-kebaikan yang diperolehi;
    (c) keburukan yang diperolehi.

2. Semaklah ulasan anda supaya tiada kesalahan tatabahasa, tanda bacaan, ejaan, dan 
    sebagainya.