Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

30 September 2011

Kaedah dan Teknik Pengajaran


Gabbard, LeBlanc dan Lovy (1994) menyatakan bahawa kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran merujuk pada suatu proses mengatur lingkungan belajar dan merupakan gabungan beberapa pembolehubah. Pembolehubah yang penting dalam kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran adalah kaedah penyampaian bahan ajar, pola organisasi yang digunakan guru untuk menyampaikan materi, dan bentuk komunikasi yang dipergunakan. Secara terperinci, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran seperti yang dikemukakan di atas dapat diuraikan satu-persatu sebagai berikut.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.  Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. 
           Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.  Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran.
           Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu   adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. 
           Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua   pelajar  dalam semua keadaan.  Kaedah harus berubah  mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.  Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.  

15 September 2011

Sistem Bahasa Melayu


MORFOLOGI (Pembentukan Kata)
  1. Penggolongan kata (Kata Nama, Kata Kerja, Kata Tugas dan Kata Adjektif)
  2. Pengimbuhan
  3. Penggandaan
  4. Pemajmukan
SINTAKSIS (Kajian Tentang Ayat)
  1. Binaan Subjek dan Predikat
  2. Ayat Tunggal dan Majmuk
  3. Ayat Aktif dan Pasif
  4. Jenis Ayat
KOSA KATA
  1. Kata Sama Erti
  2. Kata Berlawanan
  3. Kata Hampir Sama Bunyi
  4. Kata Banyak Makna
PERIBAHASA
  1. Simpulan Bahasa
  2. Pepatah
  3. Bidalan
  4. Perumpamaan

Contoh kesalahan ejaan yang masih digunakan

  1. merbahaya sepatutnya > berbahaya / marabahaya
  2. tauladan sepatutnya > teladan
  3. keretapi sepatutnya > kereta api
  4. aturcara sepatutnya > atur cara
  5. mempastikan sepatutnya > memastikan
  6. mengkebumikan sepatutnya > mengebumikan
  7. menyintai sepatutnya > mencintai
  8. mensasarkan sepatutnya menyasarkan
  9. anti-dadah sepatutnya > antidadah
  10. ko-kurikulum sepatutnya > kokurikulum
  11. perlantikan sepatutnya > pelantikan
  12. urusetia sepatutnya > urus setia
  13. tips sepatutnya > tip
  14. Ramadhan sepatutnya > Ramadan
  15. hajjah sepatutnya > hajah
  16. jurukur sepatutnya > juruukur
  17. mampan sepatutnya > mapan
  18. muslimah sepatutnya > muslimat
  19. juru wang sepatutnya > juruwang
  20. ilmuan sepatutnya > ilmuwan

03 September 2011

Peranan dan tanggungjawab Guru


Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru diperlukan membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, menyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan atau ujian, mengawas peperiksaan, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus dan sebagainya. Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga bertugas sebagai kerani dalam mengendalikan urusan sampingan seperti urusan buku teks murid, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelab murid, kegiatan sukan dan ko-kurikulum murid dan berbagai lagi. Guru juga bertindak sebagai operator, ejen telekomunikasi, mengurus data maklumat, penggunaan ICT dan internet.  Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan. Oleh itu, guru memerlukan kompetensi pengurusan masa bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut. Antara kriteria guru berkesan ialah guru yang dapat mempamerkan mutu pengajaran yang baik dan dapat menjalankan tugas yang berkaitan dengan pengurusan dengan cara yang berturutan dan semula jadi dalam kedudukannya.

Ramai guru berpendapat beban tugas guru adalah sangat membebankan. Beban tugas yang banyak sebenarnya merupakan fenomena biasa dalam kehidupan pendidik. Kenyataan ini perlu dihadapi dan sedia diketahui sebelum guru tersebut memilih profesion perguruan. Beban tugas yang tidak diuruskan dengan sistematik akan menyebabkan berlakunya tekanan dan seterusnya menghasilkan mutu kerja yang mengecewakan apabila dibuat penilaian. Guru perlu pandai membuat perancangan dan strategi, membahagikan keutamaan urutan tugas dan tanggungjawab yang perlu dipelajari melalui pengalaman, pemerhatian dan bertanya kepada guru berpengalaman. Guru haruslah sedar atau beringat bahawa setiap langkah mereka sebenarnya dalam pemerhatian dan sentiasa dinilai. Pelajar kini semakin bijak dan boleh memberi penilaian dan tindak balas atas tindakan guru. 
 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, :
“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
 Berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di atas, pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahun, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara.
 Untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama bukanlah suatu tugas yang mudah.  Guru juga adalah insan biasa yang tidak sempurna, mempunyai banyak kelemahan. Walau bagaimanapun, seringkali para ibu bapa memberi tanggungjawab penuh kepada guru-guru untuk mendidik dan membentuk anak-anak mereka. Namun, sekiranya terdapat kejadian ataupun masalah akademik, ataupun masalah disiplin di kalangan pelajar, pihak ibu bapa serta media massa sentiasa menuding jari pada guru-guru kerana gagal mengatasi masalah tersebut. 
 Negara juga bergantung sepenuhnya kepada guru yang dianggap sebagai pemangkin sistem pendidikan. Oleh itu para guru perlu bersedia melaksanakan pelbagai usaha bagi menjayakan aspirasi negara. Dasar negara yang kini menekankan kepada “k-workers” atau pekerja berilmu pengetahuan jelas menunjukkan bahawa pekerja berilmu pengetahuan adalah aset terpenting negara.

01 September 2011

Juadah Tradisi- Kalupis

Saban tahun menyambut aidilfitri kita mengalupis. Daun silat mesti ada.
Daun Silat
Daun ini perlu dicari dekat hutan belakang rumah. Kemudian di potong dan direndam semalaman sebelum didiang di atas api . sementara itu pulut mesti disediakan pula. Kerja membungkus cukup mudah. perlu batang lidi untuk mrnyemat kalupis tadi
Kalupis yang dah dibungkus
Selepas ni kita rebus hingga mendidih / atau wapkan ja dalam bekas sehingga masak.