Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

28 September 2012

Sembahyang Jenazah


Sembahyang jenazah
Mayat diletakkan di depan imam melintang ke qiblat.
Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.


Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :
الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله

Jawab Makmum :
الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله

Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.
Rukun Solat Jenazah
Niat pada takbiratul ihram.
Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah
Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah
Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.
أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.
أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا.
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَأْمُوْمًا
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.

Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.
Takbiratul ihram
اَ للهُ اَكْبَرُ

“Allah Maha Besar”.
Beserta dengan niat
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.

Membaca Surah Al-Fatihah
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)
Takbir kedua baca selawat.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.

“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”
Takbir ketiga berdoa untuk si mati.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”
Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.
أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Bacaan sesudah salam
Surah Al-Ikhlas 3 kali.
Surah Al-Falaq 1 kali.
Surah An-Nas 1 kali.
Surah Al-Fatihah 1 kali.
Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
Ayat Kursi 1 kali.
Doa yang sesuai.

Cabaran Guru Masa Kini

Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah kursus dalam perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru.

Peranan guru  menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kejayaan negara adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah rendah lagi dan sudah pastinya khidmat dan jasa guru adalah sangat bermakna. Untuk itu  guru menghadapi cabaran sebagai 'role model' dan hendaklah sentiasa berkelakuan baik sepanjang perjalanan kehidupan seharian. Guru juga mesti  menunjukkan nilai murni yang baik dan sempurna dalam membimbing murid semasa di sekolah.


Cabaran dan tanggungjawab kini kian bertambah sejajar dengan perubahan kurikulum dan kokurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia. hal ini juga sering dikaitkan dengan fenomena guru sehingga sanggup mengambil keputusan menukar kerjaya dan bersara awal. Perubahan dan revolusi pendidikan yang sentiasa berubah menyebabkan tugas guru semakin banyak. Di samping itu harapan masyarakat terhadap para guru semakin menggunung tinggi yang inginkan kejayaan anak-anak mereka menjadi satu perkara yang membebankan tugas guru untuk memenuhi harapan itu. Hal ini menyebabkan, guru berasa amat tertekan kerana tidak mampu menangani tugas dan harapan yang sentiasa berterusan mengalami perubahan.
 

Seminar Penyelidikan Tindakan


04 September 2012

Masalah remaja masa kini


Salah satu langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah keruntuhan  akhlak dalam kalangan remaja adalah peranan ibu bapa dalam mendidik dan  memberikan kasih sayang yang sepenuhnya terhadap anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan remaja yang terlibat itu terdiri daripada mereka yang ketandusan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa.. 

Oleh itu, ibu bapa perlulah meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama  anak-anak. Di samping itu, ibu bapa  perlulah menerapkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak sejak dari kecil lagi persis peribahasa Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Contohnya, ibu bapa  wajar lebih prihatin terhadap perubahan diri anak-anak. Sekiranya anak-anak menghadapi masalah,  merekalah yang menjadi pendengar setia dan menjadi kaunselor untuk menyelesaikan masalah anak-anak dengan cara yang baik. Malah, ibu bapa perlu mengelakkan kekasaran dan herdikan  semasa mendidik anak-anak. Sekiranya ibu bapa memainkan peranan sedemikian sudah tentu masalah kebejatan sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi.

Menjelang Ramadan

Menunggu Sungkai

Sempaat POse

Secret Recipe