Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

26 Mac 2012

Makanan Tradisi

Kalupis
Dalus
Ambuyat

Semantik


Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’.  Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa.  Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut.  Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti  dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.
Menurut  Palmer(1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat  ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan.
Daripada segi “etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti “tanda” dan “lambang”.  Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidik paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya. Istilah ini juga sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique.
Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal(1990) dalam bukunya semantics : studies in the Science of Mening.(semantik- Ahmad Mahmood Musanif). Menurut Radiah Yussof, Linguistik Pengenalan- Semantik ialah kajian tentang makna lingustik untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia (O’Grady, 200, 224, Fromin et al 2003.173)
Dalam Buku Bahasa Malaysia Kertas 1- dalam bidang linguistik , semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Mnakala dalam buku Bahasa Malaysia kertas 910/ 1 & 910/2 – semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat atau dengan kata lain perkataan sebagai kajian makna tentang bentuk-bentuk linguistik.
Dalam Buku Bahasa Melayu II-Siti Hajar Abdul Aziz, semantik  ialah kajian linguistik yang menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa , ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar.
Menurut Harimurthi Kridalaksana ( 1983), Buku Bahasa Melayu II – semantik ialah bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. Sperber dan Wilson (1980) pula, Buku Bahasa Melayu II –mendefinisikan semantik ialah kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logiknya.
Menurut Abdullah Hassan (1992:1), sematik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna. Oleh sebab itu, makna adalah sebahagian daripada bahasa, maka sematik juga adalah sebahagian daripada linguistik. Manakala menurut R. H. Robins (1992:24) mendefinisikan semantik sebagai “Makna merupakan atribut bukan sahaja dari bahasa melainkan pula dari segenap sistem tanda dan lambang dan kajian makna dinamakan semantik”. Seterusnya Aminuddin (1988:15) menyatakan “Semantik berasal daripada bahasa Yunani mengamdungi makna untuk memaknainya.
Hasil dapatan ini, makna-makna yang dikemukakan oleh ahli-ahli semantik tersebut, kita dapat menyimpulkan bahawa semantik merupakan salah satu cabang kajian linguistik yang membahas tentang makna. Kajian semantik juga dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

Konsep Asas Hubungan Etnik


Masyarakat
 Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.

Etnik
 Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hamper seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau, dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.

Etnisiti dan Etnosentrik
 Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu tingkah laku yang sama.

Etnosentrisme

Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain.

Ras dan Rasisme
 Ras dan Etnik kerap kali dicampuradukkan sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.

Ras bolah dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, warna mata dan sebagainya.

Rasisme

Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka. Ia berkait rapat dengan konsep prejudis dan stereotaip, diskriminasi

Prejudis, Stereotaip dan Diskriminasi

Prejudis: pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

Stereotaip: Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik. Orang Belanda itu bersifat kedekut.
  
Diskriminasi: Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota lain. Ia merupakan perbuatan membanding bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
   
Budaya:
    Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi sistem sosial, politik, ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai.

Ciri budaya: dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik

Budaya dibahagikan kepada budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Kebendaan seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Bukan kebendaan seperti kepercayaan,
adat istiadat, undang-undang

Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup.

Perpaduan dan Integrasi

Perpaduan: satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Integrasi: satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan, politik

Segregasi: pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.

Akomodasi: Switzerland ialah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

Akulturasi: satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

Asimilasi: satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.

Amalgamasi: satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur.

Pluraliti:  Pluralisme budaya bukan fenomena baru. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda, British) wujud sejak abad ke- 5 Masihi lagi.

19 Mac 2012

Kecerdasan Pelbagai


Kecerdasan
Cerdas dalam
Pekerjaan
Bahasa
Menulis karangan, sajak, puisi, pnatun dan memberi ucapan
Penulis, penyajak, penceramah
Logik Matematik
Menaakul, kiraan, membuat analisis
Saintis, jurutera, akauntan
Ruang
Mencorak, melukis, mengukir
Pelukis, pengukur
Muzik
Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memain alat muzik
Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik
Kinestetik
Gerakan, tarian, lakonan, sukan, memain permainan
Atlit, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon
Interpersonal
Perhubungan manusia
Diplomat, ahli politik, peniaga
Intrapersonal
Nilai murni, pendirian, falsafah
Pengarang, penyajak, ahli falsafah
Naturalistik
Mengecam sifat semula jadi, memburu dan pertanian
Pemburu, petani, ahli sains semulajadi