Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

29 Mei 2013

Konvokseyen PGSR 2013 (Kohort I)



Konvokesyen Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia akan diadakan pada 26 hingga 29 Mei 2013 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2009, Bachelor Of Education Teaching Of English To Speaker Of Other Language (B.Ed. TESOL) Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2007 kolaborasi dengan university luar negara (Australia dan New Zealand) dan 4 hingga 7 Jun 2013 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PISMP-PGSR) Ambilan November 2008 bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presint 5, Putrajaya.


Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak Dua Ratus Ringgit (RM200.00). Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak Satu Ratus Ringgit (RM100.00). Pembayaran perlu dibuat terus kepada IPG KAMPUS masing-masing melalui wang pos/money order sebelum atau pada 9 Mei 2013. Sila hubungi Urus Setia Konvokesyen IPG Kampus atau rujuk Portal IPG Kampus masing-masing untuk mengetahui kaedah pembayaran tersebut.

Kaunter penerimaan bayaran akan disediakan pada hari pendaftaran konvokesyen khusus untuk mana-mana graduan yang gagal membuat pembayaran sebelum tarikh 9 Mei 2013.

Ijazah dan Transkrip Akademik tidak akan diserahkan kepada mana-mana graduan yang tidak membuat bayaran konvokesyen. Sila bawa bersama salinan slip bayaran/dokumen pengesahan bayaran dari IPG Kampus masing-masing pada hari pendaftaran konvokesyen.


PAKAIAN GRADUAN
Semua graduan diingatkan untuk memakai pakaian rasmi/formal semasa pendaftaran. Kegagalan mematuhi etika berpakaian penjawat awam membolehkan pihak pengurusan konvokesyen menghalang anda dari mendaftar untuk menghadiri konvokesyen.

1 PAKAIAN AKADEMIK
  1. Semua graduan mesti mengenakan pakaian akademik (jubah) dan mortar board (penerima ijazah sahaja) sepanjang majlis konvokesyen.
  2. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak IPG Kampus).
  3. Anda dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik (Lampiran 1) dan membawanya bersama semasa mengambilan Pakaian Akademik.
  4. Urusan pinjaman pakaian akademik selepas dari tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh IPG kampus tidak akan dipertimbangkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi IPG Kampus masing-masing.
  Graduan yang tidak mematuhi syarat berpakaian seperti yang dinyatakan TIDAK DIBENARKAN masuk dewan Majlis Konvokesyen.
2 Pakaian Graduan Lelaki:-
  • Sepasang Baju Melayu warna gelap, bersampin kemas atau
  • Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau
  • Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
  • Pakaian selain daripada yang dinyatakan di atas adalah TIDAK DIBENARKAN.
3 Pakaian Graduan Perempuan:-
  • Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak IPG Kampus).
  • Baju kurung /baju kurung moden /Pakaian tradisional yang tidak mencolok mata
  • Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
  • Kain jenis ‘lace' boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining'.
  • Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
  • Kasut bertutup dan bertumit (court shoes) sekurang-kurangnya 1.5 inci.
  • Pakaian  fesyen berseluar  tidak dibenarkan sama sekali.
  • Pakaian gaun atau ‘skirt' melebihi paras lutut, ‘blouse' tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI

 

17 Mei 2013

Hari Guru : Kenapa Sambut Pada 16 Mei?

Tarikh 16 Mei disambut sebagai Hari Guru. Semua murid dan guru akan mengadakan sambutan, majlis, jamuan ataupun penyampaian hadiah. Begitupun adakah kita mengetahui mengapa Hari Guru disambut pada tarikh tersebut?. 



Sebenarnya, tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif Hari Guru Malaysia
Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan. 

Logo Hari Guru
 
Putih   - Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak   - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang -  membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah  - Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru     - Menunjukkan perpaduan muhibah.



Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.


IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.