Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

22 Julai 2012

CATATAN JULAI 2012



10 Julai - Senamrobik 1 Murid 1 Sukan
19 Julai -Majlis Guru Penyayang
13Julai - Perkhemahan Unit Beruniform

12 Julai - Pertandingan Karaoke Kadazan Dusun





Proses Difusi Budaya


Alam Melayu yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam hubungan perdagangan antara peradaban India dan China, turut mengalami perubahan yang pesat. Pusat-pusat pelabuhan yang dibina di rantau ini menjadi pusat persinggahan pedagang-pedagang dari timur dan barat.
Perkembangan pengaruh Hindu-Buddha ke alam Melayu dan kemudian munculnya kerajaan Melayu Hindu-Buddha telah berlaku proses difusi budaya. Proses difusi budaya ini mempercepatkan berlaku perubahan dan pembangunan budaya Melayu. Namun kekuatan asas budaya Melayu yang telah terbina sekian lama tidak membawa perubahan kepada struktur tradisi budaya. Perubahan yang berlaku itu merupakan penerimaan dan penyesuaian unsur-unsur budaya yang dibawa dari peradaban asing itu.

Penerimaan pengaruh peradaban asing itu berpusat di istana golongan memerintah. Golongan memerintah menerima perubahan itu bagi menyesuaikan dengan pernyataan peradaban yang lebih tinggi itu selalu dianggap berkedudukan tinggi, dan seterusnya meletakkan golongan memerintah itu mewarisi kedudukan sosial yang tinggi bersesuaian dengan kedudukan mereka. Walau bagaimanapun, proses difusi budaya itu melalui atau mengalami proses pemilihan dan penyesuaian. Hanya unsur-unsur budaya yang dianggap berkedudukan tinggi dan sesuai dapat diterima dengan baik. Di samping itu berlaku proses menyesuaikan dengan kehendak-kehendak tempatan.
Proses difusi budaya itu turut mempengaruhi golongan rakyat jelata, tetapi pengaruh itu tidak berlaku secara meluas. Peranan bijak pandai tempatan sangat penting dalam menentukan proses penyesuaian unsur-unsur budaya yang dibawa dari peradaban asing itu.
Penerimaan agama Hindu-Buddha di kalangan golongan memerintah mempengaruhi pesatnya berlaku proses difusi budaya itu. Tetapi agama itu tidak tersebar secara meluas di kalangan rakyat jelata. Keadaan ini menyebabkan pengaruh Hindu-Buddha itu tidak memainkan peranan penting dalam pembinaan budaya Melayu. Orang Melayu berusaha mempertahankan jati diri, yang menyatakan warisan dan keturunan. Alam sekitar tempatan turut memainkan peranan dalam mempertahankan jati diri Melayu itu. Keadaan dan suasana tempatan itu dapat dianggap memainkan peranan dalam pembinaan sub budaya Melayu, iaitu kepelbagaian tradisi budaya yang menyatakan ciri-ciri kedaerahan. Nilai-nilai kedaerahan itu turut dipertahankan sebagai usaha penyatuan tradisi budaya itu.

02 Julai 2012

Kembalikan fail yang hilang


Bagaimana cara untuk anda mengembalikan fail-fail anda yang disembunyikan oleh virus-virus ini,selalunya virus ini menggunakan fungsi "super hidden" kepada fail-fail anda supaya anda tidak boleh mencari fail-fail anda semudahnya....anda boleh mengembalikan fail-fail .doc anda kepada yang asal.

1. Pertama buka program notepad yang ada di dalam sistem komputer anda.
2. Kemudian,di dalam notepad tersebut,tuliskan seperti yang di bawah ini.

attrib -s -h /s /d

Selepas itu,save fail tersebut sebagai cekapkomphidden.bat ataupun apa-apa nama fail.

caranya ialah ,pergi ke File --> Save as --> cekapkomphidden.bat --> Save

(jika fail anda yang hilang tersebut berada di dalam pendrive,save fail tersebut ke dalam pendrive)
selepas itu,cari fail cekapkomphidden.bat di dalam pendrive anda tersebut dan double klik cekapkomphidden.bat tersebut.
Jika fail-fail .doc anda yang hilang tersebut berada d dalam suatu folder di pendrive anda,"copy" cekapkomphidden.bat ke dalam folder tersebut dan double klik ia,dan cuba lihat jika fail-fail anda telah kembali ke keadaan asal.

ITALY to FINAL EURO 2012

ITALY TEAM EURO 2012