Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

27 Oktober 2012

Format Kajian Tindakan II


( Format PISMP IPG Kampus Kent Tuaran) 

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Kajian
2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian
3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN
4.0 KUMPULAN SASARAN
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
6.0 CARA PENGUMPULAN DATA
7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI
8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN
9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
10.0 SENARAI RUJUKAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN


KURSUS
SEMESTER
BMM3101  PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU
SEMESTER 2
BMM3102  PEDAGOGI BAHASA MELAYU
SEMESTER 2
BMM3103  PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU
SEMESTER 3
BMM3104  PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SEMESTER 3
BMM3105  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BM BERBANTUKAN KOMPUTER
SEMESTER 4
BMM3106  PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
SEMESTER 4
BMM3107  PENGANTAR LINGUISTIK
SEMESTER 5
BMM3108  FONETIK DAN FONOLOGI
SEMESTER 5
BMM3109  MORFOLOGI BAHASA MELAYU
SEMESTER 6
BMM3110  SINTAKSIS BAHASA MELAYU
SEMESTER 6
BMM3111  SEMANTIK DAN PERISTILAHAN
SEMESTER 6
BMM3112  SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEMESTER 7
BMM3113  PENYELIDIKAN  TINDAKAN I
SEMESTER 7
BMM3114  KEBUDAYAAN MELAYU
SEMESTER 7
BMM3115  PENYELIDIKAN TINDAKAN II
SEMESTER 8
BMM3116  GENRE KESUSASTERAAN MELAYU
SEMESTER 8

21 Oktober 2012

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA


Kaedah  merupakan prosedur-prosedur mengajar yang terbentuk melalui pendekatan pengajaran yang tertentu . Teknik pula  merupakan cara-cara mengajar yang khusus dalam sesuatu kaedah pengajaran.

 
KAEDAH  PENGAJARAN BAHASA

·         kaedah Nahu –Terjemahan/ traditional
·         kaedah membaca
·         kaedah Terus
·         kaedah fonetik/linguistic
·         Kaedah Eklektif
·         Kaedah Audio-Lingual

Kaedah  Nahu Terjemahan

Tujuan kaedah Nahu Terjemahan :

1 ) Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga  melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul.

2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya.

3 ) Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.

4) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.

 
Kaedah  Bacaan

Kaedah bacaan ini  merupakan satu  “ short cut “ untuk penguasaan  bahasa.

Tujuan

1     ) Untuk memperkembangkan kebolehan mereka membaca.
2     ) Membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua/ asing tanpa terjemahan.

Teknik Mengajar

1.    Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir kursus itu pelajar dapat membaca bersendirian.
2.    Pelajar-pelajar  dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan betul  dan menggunakan pola-pola pertuturan yang simple.
3.    Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami teks yang dibaca.
4.    Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang membolehkan pelajar-pelajar mengingatkan struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang penting pada fahaman  teks.
5.    Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya membolehkan pelajar-pelajar mengenali beberapa bentuk katakerja, katanama dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur ayat secara aktif tidak diutamakan.
6.    Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, pelajar-pelajar diperkenalkan dengan system  bunyi bahasa yang dipelajari dengan cara mendengar dan bertutur dengan menggunakan rangkaikata  simple
7.    Bila ini sudah tercapai pelajar-pelajar membaca buku teks, ini diikuti dengan latihan lisan dan menjawab soalan.

 
Kaedah  Terus

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah  tentera kerana kaedah ini mula digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu.

Tujuan

1 ) Membolehkan pelajar-pelajar  menguasai keempat-empat kemahiran bahasa,contohnya mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis.

2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan.

Teknik Mengajar

1 ) Pelajaran  bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar itu terus dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. Sebutan  penutur natif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar. Terjemahan tidak digunakan langsung.

2) Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain.

3) Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat yang hendak diajar dilatihtubi dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya. Undang-undang tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat .

4 ) Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengann latihan lisan yang dibuat.