Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

30 Disember 2011

Pentaksiran

PENTAKSIRAN

Tujuan pentaksiran adalah:
i. Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.
iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.
vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

6.4 PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

a. Merancang: sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut:
i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.
ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.
iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.
v. Menentukan tempoh masa pemerhatian.
vi. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

b. Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Tujuan yang jelas.
ii. Menepati apa yang hendak dinilai.
iii. Item boleh diukur.
iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

6.5 MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN

i. Bagaimana pentaksiran dilaksanakan?
ii. Dalam pendidikan prasekolah pentaksiran dan penilaian
dilakukan melalui pemerhatian.
iii. Apa maksud pemerhatian?

iv. Pemerhatian ialah pengamatan kepada pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks pentaksiran, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat clan merekodnya dengan tepat.
v. Apakah yang diperhatikan?
vi. Pemerhatian dibuat terhadap tingkah laku, perbualan clan hasil kerja seperti berikut:
1. Tingkah laku.
2. Tingkah laku murid boleh diperhatikan clan dinilai.
Contohnya:-
a. Bermain pondok-pondok bersama rakan-rakan.
b. Menyusun blok bersama rakan atau
c. bersendirian.
d. Mengikat tali kasut.
e. Berlari sambil melompat.
f. Menyelesaikan masalah bersama rakan.
g. Membuat kolaj dalam kumpulan.
h. Perbualan/Interaksi/Lisan Murid.
j. Perbualan/Interaksi/Lisan Murid yang boleh diperhati
k. dan dinilai adalah seperti berikut:

Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru/murid dengan murid.
-Interaksi murid dengan bahan.
-Main peranan.
-Bersoal jawab.
-Bacaan.
-Nyanyian.
-Hasil kerja murid.
Contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai adalah:
-Lukisan
-Buku skrap
-Kraftangan
-Buku kecil
- Model

Kaedah Pembelajaran Kontekstual

APAKAH yang dimaksudkan dengan kontekstual dan apalah pula keistimewaan kaedah kontekstual?
 Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.
Secara umum, kontekstual membawa pengertian:
  1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.
  2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).
Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.
Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.
Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.

Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah.

Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).
pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.
terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tampat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman.
Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.

Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.

Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan.
Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan tajuk Pengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan bangunan itu.
Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran.
Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

15 Disember 2011

BINA INSAN GURU FASA 3

BIG FASA 3

LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT: MENGECAT BALAI RAYA  KG.MARABAHAI TUARAN

TARIKH                                 :  26 //11/2011
HARI                                      :  SABTU
MASA                                     :  08.00 – 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT                                :  BALAI RAYA KG MARABAHAI TUARAN

Bersama Jawatankuasa Kampung Marabahai

AHLI JAWATANKUASA PROJEK
Ketua  Unit     : Koolin Kookkiong

Dokumentasi  : Bakri Taba

AJK
1.    Peralatan      : Fanny Malagop Kukung Emang
2.    Makanan dan Minuman    : Fauziah Yusof
3.    Cenderamata                      : Abd Momen Jitun
4.    Jurufoto        : Jeffery Agus
  Shamran Abidin
  
KEHADIRAN PENDUDUK KAMPUNG
1.    Encik Eyan Oohor        - Ketua Kampung
2.    Encik Micheal Loh        - Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK)
3.    Puan Hajijah Enalson
4.    Puan Entop Empas
5.    Jupirol Emion
6.    Puan Augoh Bagang
7.    Puan Sabariah Alik
8.    Encik Jiruin Bagang
9.    Encik Abidin Janan
Peralatan
1.    Cat air (warna putih)                      
2.    Berus cat (roller)                             
3.    Berus cat (leper)
4.    Tray cat               
5.    Plastik sampah



Laporan aktiviti:
06.30 pagi     - Sarapan pagi ( Kafeteria IPG Kent
07.30 pagi     - Bertolak ke Kg Marabahai
07.45 pagi     - Tiba di kawasan projek
08.00 pagi     - Mula melaksanakan projek mengecat
09.30 pagi     - Rehat
12.00 pagi     - Projek Selesai
12.30 t hari     - Balik ke IPG Kent Tuaran

AYAT PASIF


Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta kata sendi oleh.
Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.
1     Kerja sekolah itu telah saya siapkan.
2     Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru
3     Menulis Jawi perlu kamu ajar Siti.mengajar.
4     Kayu api itu dibelah oleh ayah.
5     Tikar sedang dianyam oleh mereka

Jenis-jenis Ayat Pasif
a)   Ayat Pasif Diri Pertama
Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1.    Rumah itu saya bina.
2.    Kereta itu kami beli.
3.    Jambatan itu aku robohkan.
4.     
b)   Ayat Pasif Diri Kedua
Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
            1.   Jam tangan itu kamu beli?
            2.   Kasut kulit itu awak gilap?
            3.   Buku novel itu anda baca?

c)   Ayat Pasif Diri Ketiga
Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
            1.   Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
            2.   Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
            3.   Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.

Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua. Untuk itu elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
            1.a)   Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
               b)   Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√)
            2.a)   Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X)
               b)   Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√)
            3.a)   Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)
               b)   Nasi itu telah saya tanak. (√)
            4.a)   Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)
               b)   Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√)
  Nota: Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza daripada ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.

PROSES PEMBENTUKAN KATA


Menurut Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga 2008), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu: 
  1. Bentuk kata tungga 
  2. Bentuk kata terbitan  
  3. Bentuk kata majmuk 
  4. Bentuk kata ganda
    Kata Tunggal
    Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan.  Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu. Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk.
    Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan.  Sebagai contoh, bentuk perkataan gelung, golong, dan gulung tidak boleh disalahgunakan dalam struktur ayat kerana perkataan itu sudah jelas memberikan makna yang berbeza.  Perkataan gelung merujuk kepada benda-benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan rambut.  Perkataan golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan tertentu.  
    Kata terbitan          
    Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar
    Kata Majmuk
                       Kata Majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja berpisah.  Contoh kata majmuk kerani besar, ruang tamu, biru laut dan telefon dail terus.
                     Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa.  Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagi unit, dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan.  Anatara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( rumah yang batu) atau perkataan dan ( rumah dan batu).  Ini berbeza dengan rumah besar, sebuah  frasa yang boleh menerima yang ( rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan ( pinggan dan mangkuk).
    Kata Ganda Separa
    Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja.  Kata ganda boleh terdiri daripada:
    i. Kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang pengulangaannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet