Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

25 November 2012

BMM3116 KESUSASTERAAN MELAYU


Sastera Awal Kanak-Kanak
Sastera adalah hasil kreatif yang menggunakan bahasa yang indah, baik dengan cara pengucapan atau bertulis. Sastera biasanya digunakan sebagai bahan hiburan dan bahan pengajaran untuk mengenal diri dan masyarakat sesuatu bangsa (Atan Long, 1977). Hasil kreatif sastera itu mungkin terdiri daripada cerita, puisi, drama, cerpen, novel, hikayat, dan lain-lain karya. Justeru, sastera awal kanak-kanak merujuk kepada hubungan kanak-kanak dengan hasil kreatif iaitu buku atau bahan bacaan dan cerita. Hubungan ini boleh dalam bentuk mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pada peringkat awal kanak-kanak, bahan seperti buku-buku bergambar yang berwarna;  dan bahan bacaan yang diaplikasikan dengan bahan audio visual perlu diperbanyak untuk menarik minat kanak-kanak membaca. Bahan yang demikian sangat penting kerana kebolehan membaca  banyak bergantung kepada ketajaman deria pendengaran dan deria penglihatan kanak-kanak.


Kanak-kanak perlu didedahkan dengan aktiviti membaca buku cerita, melihat pelbagai jenis buku, ditunjukkan cara menjaga buku dan mengumpulkan buku berwarna-warni. Hal ini boleh berlaku kerana pada usia lima tahun, kanak-kanak telah mula menguasai asas-asas bahasa seperti semantik, sintaksis dan pragmatik. Asas-asas bahasa ini akan terus berkembang mengikut pertambahan umur mereka. Satu konsep yang penting dalam pendidikan berhubung dengan pembacaan ini ialah kanak-kanak ini harus disediakan dengan “kesediaan atau persiapan sebelum membaca” atau “reading readiness”.

Fungsi sastera kanak-kanak dan remaja
Sastera kanak-kanak dan sastera remaja merupakan bidang yang sangat menarik dan penting kerana peranannya dalam memberikan sumbangan besar dalam sosial dan budaya dari sudut pembelajaran dan pengajaran. Sastera kanak-kanak merupakan bahan bacaan yang ditulis khas untuk sumber pengetahuan kanak-kanak. Bahan-bahan ini merangkumi semua bentuk penulisan kreatif dam imaginatif yang khususnya bertujuan untuk dibaca, hiburan dan dinilai oleh kanak-kanak. Menurut Misran Rokimin (2001) meneliti sastera kanak-kanak sebagai agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia itu, sama ada dari segi emosi, pemikiran atau kebahasaannya. Ketiga-tiga aspek ini akan terus berkembang, yakni semakin banyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu.
Sastera remaja pula merupakan hasil ciptaan pengkarya untuk menceritakan tentang kehidupan remaja, alam zahir dan alam batin remaja itu. Melalui perasaan-perasaan dan fikiran-fikiran yang dilahirkan dengan bantuan bahasa menjadikan seni sastera remaja sebagai satu hasil kehidupan jiwa yang terjelma yang menggambarkan kehidupan masyarakat remaja. Menurut Othman Puteh(1988:21) mengatakan bahawa sastera remaja merupakan bahan bacaan sastera kreatif yang tercetus daripada pengamatan, pengalaman dan kreativiti pengarang yang relevan dengan pertumbuhan dan perkembangan psikologi remaja yang berusia sekitar 12-20 tahun. Bahan ini dikatakan sebagai relevan kerana segala hasil karya tanpa mengira genrenya yang dapat memperkaya pengalaman dan pengetahuan khalayak pembacanya, merangsang minat dan berupaya menghidupkan daya imaginasi lalu mendorong daya berfikir secara kritis dan selektif. ( DIPETIK DARI MODUL BMM3116 PGSR)

24 November 2012

SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN


Teknik ASSDA+MCUS membantu meningkatkan kemahiran menulis nilai murni


PENGGUNAAN ASSDA DAN MCUS  MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA ULASAN  NILAI MURNI TAHUN LIMA 
1.0       ABSTRAK

Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan menjadi masalah kepada murid-murid kerana kurang memahami cara menulis ayat majmuk. Untuk menghasilkan ulasan nilai murni yang baik, murid-murid perlu menggunakan penanda wacana dan kata bantu yang sesuai. Sehubungan dengan masalah itu telah mendorong kajian ini dilakukan terhadap 25 orang murid Tahun Lima  yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan 12 orang murid perempuan. Kajian ini menumpukan kepada  kemahiran membina ayat ulasan dengan menggunakan penanda wacana dan  kata bantu yang betul dalam ayat ulasan nilai murni. Dengan memperkenalkan teknik  ASSDA + MCUS telah membantu murid menulis  ulasan nilai murni dengan ayat majmuk. Dapatan kajian menunjukkan perubahan dan penggunaan teknik ini telah dapat mengatasi kelemahan murid. Kajian ini juga dapat membantu murid menulis ayat yang lengkap dan menepati petikan yang dibaca. Murid - murid juga dapat memperoleh markah yang lebih baik berbanding sebelumnya. Kajian ini juga mencadangkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan teknik ini akan dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang.
Kata Kunci  :  nilai murni, ayat majmuk, penanda wacana, kata hubung, kata bantu.


2.0       PENDAHULUAN
Kemahiran menulis adalah satu bentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang penting kerana kemahiran menulis berkaitan dengan dua perkara iaitu kemahiran meluahkan idea agar dapat dibaca dan kemahiran menggunakan lambang tulisan bagi mencatatkan idea tersebut.
Kemahiran  menulis ini juga merupakan  salah satu kemahiran  bahasa yang  ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Dalam kurikulum baru, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid kerana ia merupakan kemahiran yang paling kompleks.
Kamaruddin Hj. Husin (1988), tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semua ia dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas tersusun.
               
Menurut Raminah Hj. Sabran (1985), penulisan ialah proses pelahiran perasaan, fikiran, dan idea ke dalam bentuk grafik (disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya).
Yahya Othman(2005) berpendapat, penulis itu dapat memberikan kefahaman kepada pembaca apabila penulis itu dapat menguasai kemahiran menulis secara mendalam dalam bidang penulisan. Penulisan tentang sesuatu yang disampaikan itu juga dapat menyatakan pandangan atau idea dalam bentuk penulisan supaya memberikan kefahaman kepada pembaca.
Juriah Long dan rakan-rakan (1990), menulis adalah suatu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik. Ini bermakna, bahan-bahan yang ditulis adalah suatu idea yang tersirat dan tersurat apabila dijelaskan dalam bentuk penulisan.      

3.0       FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokus kepada masalah menulis ulasan nilai murni pada bahagian C Bahasa Melayu berdasarkan petikan. Memandangkan masalah murid-murid dalam menulis ulasan nilai murni berpunca daripada kurang mahir dalam penulisan maka pengkaji mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian ini bagi membantu murid-murid supaya dapat menulis ulasan yang baik dan cemerlang.
Kajian A.  Chellamal  Bagavathy (2005), guru-guru bahasa kerap menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa Melayu kerana murid-murid sukar untuk memahami penulisan. Pencapaian dalam karangan masih kurang memuaskan disebabkan faktor kelemahan murid, sikap kurang   berminat   terhadap   pelajaran,   kelemahan   strategi   pengajaran, kesilapan memilih tajuk, kekurangan isi, pembahagian perenggan, tidak merangka karangan, pengulangan isi, kesalahan tatabahasa, kesuntukan masa, tidak mengikut jumlah perkataan, tidak dapat mengenal pasti format dan penggunaan bahasa dialek.
Manakala Nadzeri Isa (2001) iaitu penggunaan bahan rangsangan dalam pengajaran penulisan karangan telah berjaya meningkatkan prestasi penulisan karangan dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu, bahan rangsangan (petikan) nilai murni yang disediakan hendaklah  sesuai dan mudah difahami oleh murid.  Sehubungan itu pengkaji mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian ini bagi membantu murid-murid supaya dapat menguasai kemahiran menulis ulasan nilai murni yang baik dan cemerlang.

4.0       OBJEKTIF KAJIAN

 4  .1    Objektif Umum
Meningkatkan  kemahiran menulis ulasan  nilai murni dengan menggunakan teknik ASSDA dan MCUS.

4.2       Objektif Khusus
      i.        Meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan teknik ASSDA, MCUS dan kata bantu
     ii.        Membantu meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan ASSDA, MCUS dan kata bantu.
    iii.        Meningkatkan prestasi murid dalam penulisan Bahasa Melayu kertas 2 bahagian C.

4.3       Persoalan Kajian
Kajian tindakan dilaksanakan untuk menjawab soalan- soalan seperti berikut:
              i.        Adakah murid-murid dapat meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni pada bahagian C ?
             ii.        Adakah dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan ASSDA, MCUS dan kata bantu.?
            iii.        Adakah murid- murid boleh meningkatkan prestasi dalam penulisan Bahasa Melayu kertas 2 bahagian C?

5.0       KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar Tahun Lima  yang terdiri daripada 13 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan.

PASANGAN PGSR 2012


08 November 2012

PANDUAN AM PELAKSANAAN SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN II


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) &
PROGRAM PENSISWAZAHAAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)


1.1.Seminar boleh dilaksanakan berdasarkan cadangan berikut:
a.    Seminar penyelidikan tindakan II dicadang dilaksanakan dalam tempoh dua minggu mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam
b. Berdasarkan bilangan pelajar yang ada berdasarkan subjek major, kumpulan-kumpulan kecil pembentangan boleh dibentuk dan pembentangan dilakukan dalam kumpulan berasingan
c.    Pelajar yang membuat pembentangan perlu menyediakan ringkasan laporan kajian untuk diserahkan kepada pensyarah penilai sekurang-kurangnya dua hari sebelum pembentangan
d. Setiap pembentang diberikan masa 15-20 minit untuk membentang hasil penyelidikan telah dilaksanakan dalam bentuk ‘powerpoint’
2.  Pelajar yang telah selesai dengan pembentangan, diperlukan membuat pembetulan dan penyemakan berdasarkan pandangan/komen yang diberikan oleh pensyarah penilai
3.  Dua orang Pensyarah Penilai dilantik oleh pengarah IPG untuk menilai pembentangan Penyelidikan Tindakan II bagi setiap sesi penilaian pembentangan.
4.  Salah seorang pensyarah penilai yang dilantik mestilah daripada kalangan mereka yang mengurus mata pelajaran major.
5. Penilaian adalah berdasarkan kepada skala pemarkahan seperti yang ditetapkan dalam rubrik pemarkahan kursus yang berkenaan.
6. Markah dari setiap aspek yang dinilai hendaklah digabungkan dalam satu borang rumusan.
7. Pengiraan markah akhir dalam borang rumusan adalah berasaskan kiraan peratus.
8. Pelajar yang telah selesai dengan pembentangan, diperlukan membuat pembetulan dan penyemakan berdasarkan pandangan yang diberikan oleh pensyarah penilai.
9. Pelajar dikehendaki menyerahkan laporan yang telah dijilidkan sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum peperiksaan semester lapan bermula.



Aspek
Ulasan Pensyarah Penyelia
PENDAHULUAN
 Refleksi pengalaman     yang lalu / Refleksi Sorotan Literatur

FOKUS KAJIAN / ISU
KEPRIHATINAN
  • Tinjauan Masalah
  • Analisis Tinjauan Masalah

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN     KAJIAN


KUMPULAN SASARAN

TINDAKAN  
  • Prosedur Tindakan
  • Cara Mengumpul Data


ANALISIS DAN INTERPRETASI  DATA

DAPATAN     

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pengolahan/ Kejelasan Penulisan


SENARAI RUJUKAN


JUMLAH MARKAH
(WAJARAN 70%)