Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

12 Februari 2013

09 Februari 2013

Sifat Nabi Muhammad s.a.w

Sifat dan Peribadi Rasulullah s.a.w . Dalam sebuah hadis nabi s.a.w ,Abu al-Hasan al-Nadwi berkata: 
Jika anda seorang pemuda, maka teladan yang paling elok dan paling cantik bagimu adalah Nabi Muhammad SAW. 
Jika anda telah mencapai umur tua, maka Baginda SAW adalah contoh anda. 
Jika anda fakir dan miskin, maka Bagindalah teladan dan contoh bagi anda. 
Jika anda kaya, maka Bagindalah imam anda. 
Jika anda berangkat untuk berperang, maka Baginda SAW juga turut serta berperang. 
Jika kamu menginginkan perdamaian, maka Baginda SAW akan memberikan kedamaian sebelum kamu memintanya.
Jika anda reda, maka Baginda SAW pun reda. 
Jika anda marah (tidak menerima sesuatu), maka Baginda SAW pun demikian juga halnya. Sebagai contoh kepada ummahnya, maka Baginda SAW boleh dilihat untuk diambil pedoman dalam semua aspek kehidupan. Antaranya; sifat berani, pemurah, benar, beriltizam dan segala sifat-sifat yang baik.
 
Rasulullah SAW juga seorang yang pemurah.Daripada Ibnu Abbas R.Anhuma berkata: Adalah Rasulullah SAW paling pemurah di kalangan manusia dan ia menjadi lebih pemurah jika pada bulan Ramadan selepas bertemu Jibril dan Jibril bertemu dengannya pada setiap malam daripada Ramadan untuk tadarus al-Quran. Adalah Rasulullah SAW lebih murah dan dermawan daripada angin yang bertiup ketika bertemu Jibril. (riwayat al-Bukhari (1902) dan Muslim (6149)

Semoga kita sentiasa menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan teladan dalam kehidupan kita. Amin.

PM dijangka umum perubahan menggembirakan termasuk gaji statik penjawat awam

Labuan: Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahannya sebelum diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat awam terus terbela dan menjadi berita gembira kepada mereka.

Sikap prihatin ketua jabatan (dengan pekerja bawahan) akan menimbulkan keseronokan bekerja yang akhirnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

Beliau berkata, pelbagai persoalan dan permintaan daripada penjawat awam diajukan kepada beliau sejak menjawat jawatan itu, termasuk status gred, status perjawatan kontrak, pelbagai elaun termasuk perumahan dan tuntutan perjalanan.


Kesamarataan elaun

“Semua ini termasuk sejumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun. Bukan itu saja, gaji yang statik turut juga dikaji dan diberi perhatian,” katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama ketua-ketua kampung dan penduduk Kampung Sungai Labu di sini, semalam.

Terdahulu beliau turut menjawab soalan dan kemusykilan penjawat awam dalam satu sesi dialog pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam. Lebih 1,000 penjawat awam hadir pada majlis itu.
Ali berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan penjawat awam, namun mengingatkan mereka supaya tidak mudah berpuas hati tetapi sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Pemelihara kepentingan awam

Katanya penjawat awam adalah pemelihara kepentingan awam dan sehubungan itu perlu mematuhi undang-undang, peraturan, arahan atau prosedur dan kegagalan berbuat demikian akan membolehkan tindakan tatatertib diambil mengikut Peraturan Peraturan Awam 1993 ataupun Akta Rahsia Rasmi 1972.

Selain itu, katanya satu daripada elemen penting bagi menjamin kemajuan perkhidmatan awam adalah hubungan baik dan saling memahami antara majikan dan pekerja yang harus terus dipupuk.

“Konsep Masyarakat Penyayang perlu wujud... sikap prihatin ketua jabatan (dengan pekerja bawahan) akan menimbulkan keseronokan bekerja yang akhirnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam,” katanya.

Beliau yang berkesempatan melawat beberapa projek pembangunan di Labuan turut melahirkan kepuasan hati dengan kemajuan projek yang menurut beliau akan memberi impak positif kepada rakyat.

Perhatian khusus

Katanya penduduk Labuan amat bertuah kerana mendapat perhatian khusus kerajaan dalam Belanjawan 2013 dengan pemberian diskaun 50 peratus bagi tambang penumpang dan kenderaan komersial yang menggunakan perkhidmatan feri.

Selain itu, katanya kerajaan juga akan melaksanakan projek 1,000 unit rumah mampu milik dan empat projek dengan anggaran kos berjumlah RM165.65 juta untuk mengukuhkan kedudukan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai hab minyak dan gas. - BERNAMA(bharian online 09/02/2013)