Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

18 Oktober 2011

Penggunaan Bahan TMK dalam pengajaran PSK


            Daripada dapatan psikologi kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri (Rief, 1993). Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Untuk memudahkan pembelajaran sedemikian, penggunaan multimedia telah dicadangkan.
            Multimedia memang sudah lama digunakan dalam bidang pendidikan sebelum pengenalan komputer peribadi di sekolah (Poole, 1995). Pada masa itu, multimedia merujuk kepada bahan-bahan bantu mengajar audio-visual seperti pita radio, televesyen, projektor slaid, projektor filem. Bahan-bahan ini biasanya digunakan secara berasingan dan tidak ada kaitan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, teknologi komputer telah beransur-beransur mengambil alih peranan yang dimainkan oleh bahan-bahan ini. Perkembangan yang pesat pada masa kini dalam bidang terknologi komputer dari segi kelajuan pemprosesan data,ruang penyimpanan data, peranti sisian seperti pemacu CD-ROM, pengimbas, dan kamera digital telah membolehkan guru dan pelajar menghasilkan sendiri multimedia CD-ROM dengan menggunakan alat-alat pengarangan yang sesuai.
            Dengan kemudahan yang sedia ada, mereka boleh menggabungkan teks, grafik, audio, video dan animasi dalam satu CD-ROM untuk dijadikan satu multimedia interaktif sebagai alat bantu mengajara bagi matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaaran.. Mengikut Phillips (1997), multimedia interaktif boleh mengubah cara seseorang memperolehi maklumat serta cara seseorang itu belajar sekiranya digunakan dengan berkesan. Ini kerana multimedia dapat:
            1) memudahkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar kerana pelajar diberi kebebasan memilih bahan pembelajaran sendiri dan belajar pada kadar yang            sesuai dengan diri sendiri;
            (2) melayan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar dengan         elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia;
            (3) menggalakkan pembelajaran kooperatif dan interaksi di antara pelajar melalui perbincangan dan projek kumpulan; dan
            (4) memudahkan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme.
            Dengan menggunakan multimedia interaktif, seseorang pelajar mempunyai kebebasan mengawal pembelajaran sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak lain. Pelajar boleh memilih bahan pembelajaran sendiri dan belajar pada kadar yang sesuai mengikut minat dan kehendak sendiri. Dengan memasukkan kata kunci yang sesuai ke dalam ensaiklopedia multimedia, seseorang pelajar boleh mencapai kepada maklumat yang dikehendaki dan belajar memilih untuk belajar sama ada melalui teks, gambar, audio atau video mengikut gaya pembelajaran sendiri.

Semantik


Pada umumnya, bahasa tercipta untuk menandakan dan menamakan sesuatu, sama ada benda, keadaan, sifat atau konsep.  Proses menandakan dan menamakan ini berlaku semasa kita masih berada pada peringkat kanak-kanak lagi.  Ini boleh dilihat pada situasi seperti seorang ibu yang memanggil anaknya dengan nama-nama seperti Ahmad, Busu (Melayu): John, Mary ( Inggeris) sejak bayi lagi.  Pada hakikatnya bayi itu telah diajar mengenali diri sendiri.  Nama yang diberikan kepada bayi ini secara tidak langsung akan menentukan ciri-ciri yang ada padanya dan tidak ada pada orang lain. 

Kemudian mereka diajar mengenali orang yang paling hampir dengan mereka, seperti ibu, bapa, abang, kakak atau adik dengan panggilan , seperti ibu, emak, abah, ayah, kak long, adik dan sebagainya.  Semua panggilan ini mempunyai makna terhadap benda yang dirujuk seperti juga halnya dengan diri bayi itu. Sesuatu perkataan atau ungkapan yang diujarkan oleh manusia mempunyai berbagai-bagai tafsiran atau rujukan. Tafsiran dan rujukan ini boleh terjadi secara langsung dengan perkataan atau ungkapan yang dirujuk dan juga secara tidak langsung.  Secara mudahnya, semantik bolehlah dianggap sebagai kajian tentang makna.

Oleh itu,Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat.  Kajian ini menumpukan pada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukannya.  Justeru itu, semantik merujuk kepada aspek makna bahasa.

Fonologi & Fonetik


Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”.
Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”.

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).

Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”.

Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.