Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

26 Disember 2012

WAJ3114_Refleksi Aktiviti Air



Lokasi             : Pusat Kegiatan Kurikulum Negeri , Melanggang Kiulu Tamparuli
Jurulatih air     : Encik Victor P.L Salanggang

Aktiviti air merupakan satu cabaran bagi semua peserta terutamanya kepada rakan-rakan saya yang tidak pandai berenang. Sebelum  memulakan aktiviti ini  kami diberi taklimat tentang keselamatan ketika melakukan aktiviti di dalam sungai dan cara-cara memakai jaket keselamatan. Segala  arahan dan panduan yang disampaikan oleh Jurulatih Air, Encik Victor  perlu dipatuhi. Sesungguhnya aktiviti ini merupakan satu cabaran kepada diri saya dan rakan-rakan yang lain dan memberik satu pengalaman baharu dan bermakna. Aktiviti ini juga dapat  meningkatkan keyakinan diri kepada saya ketika berada di dalam sungai.

Kerjasama dalam kumpulan dan kejujuran dalam diri juga perlu ada pada semua rakan ketika kami menyeberangi sungai Kiulu secara berkumpulan. Kami  diminta berpegang tangan dalam mengharungi arus sungai yang deras. Aktiviti ini mencabar kekuatan fizikal dan mental  serta permuafakatan dalam kumpulan supaya berjaya menyeberangi arus sungai yang deras. Dalam naluri saya terfikir, arus yang dilalui ini merupakan rintangan atau dugaan yang dalam kehidupan kita yang mesti kita hadapinya dengan sabar dan tabah bagi mencapai hasrat dan  impian. Walau  sebesar atau sesukar manapun masalah yang datang dalam kehidupan kita, kita tidak boleh lari daripada masalah tersebut dan kita perlu menyelesaikannya menghadapinya dan menyelesaikan dengan telus.

Setelah aktiviti itu kami diminta berjalan melalui batu-batan yang licin semasa kemudian masuk ke dalam sungai untuk aktiviti menyelam dan mengapungkan diri di atas permukaan air. Aktiviti ini juga memerlukan kecekalan dan keupayaan diri mengapung dan berenang menuju ke kawasan yang ditetapkan. Aktiviti ini sangat menyeronokan walaupun ada dalam kalangan rakan saya yang  merasa takut untuk melakukannya namun mereka terus diberikan semangat supaya berani dan tidak berputus asa untuk melakukannya.

Semangat keyakinan juga  boleh diterapkan dalam diri peserta apabila aktiviti air iaitu mengapung diri mengikut arus sungai yang deras. Aktiviti ini sangat mencabar dan semua peserta diberi semangat untuk melakukan aktiviti ini  berbekalkan jaket keselamatan yang dipakai. Ada dalam kalangan rakan-rakan terutamanya perempuan takut untuk melakukan aktiviti ini namun ianya dapat diatasi dengan bantuan daripada  beberapa orang peserta yang lain dalam  mengharungi aktiviti tersebut. Saya juga terlibat membantu rakan-rakan yang lain terutamanya perempuan yang tidak pandai berenang dan memberikan sedikit kekuatan mental supaya mereka lebih berani.

Aktiviti  air yang terakhir merupakan satu aktiviti yang mencabar dan menguji kekuatan mental iaitu terjun ke dalam sungai dalam lubuk arus yang deras lalu berenang mengikut arus. Aktiviti  ini memerlukan keyakinan yang tinggi pada diri dan peserta perlu berkeyakinan dalam melakukannya dengan  selamat. Peranan jurulatih air yang sentiasa prihatin amat mengagumkan terutamanya mereka yang telah mendapat pengiktirafan dalam aktiviti air.

Secara umumnya aktiviti air ini memberi pengalaman baru kepada semua pelajar PGSR, dan yang jelas semua aktiviti ini menampakkan sikap kerjasama antara kumpulan dan kejujuran yang ada dalam diri pelajar.

15 Disember 2012

Jenis-jenis Puisi


1.      Jenis-jenis Puisi Tradisional.
a.       pantun
b.      syair
c.       nazam
d.      gurindam
e.       seloka
2.      Nazam dalam pelbagai versi masih berkumandang di kampung-kampung misalnya dalammajlis-majlis berendoi dan kenduri kahwin seperti di Perak.
3.      Pantun adalah tradisi lisan yangmudah dikenali iaitu mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud dengan skimarima abab. Antara pantun yang terkenal dalam lagu Melayu asli ialah Lagu Patah Hati patah hati teruslah merajuk lari ke hutan belukar hatiku yang panas kembalilah sejuk burung terbang balik ke sangkar.
4.      Syair adalah ambilan dari bahasa Arab. Tetapi para pengkaji berpandangan bahawaambilan hanya setakat istilah sahaja.dari segi struktur ia adalah puisi asal dari Dunia Melayu. Kata yang bermaksud syair atau penyair disebut di dalam Al-Quran. Syair adalah genre yang sangat popular pada masa dahulu. Syair mula dicetak pada akhirkurun ke 19. Ada sekitar 300 judul syair yang telah dicetak. Antara yang terkenal ialah Syair Dandan Setia, Syair Bidasari, Syair Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair JuraganBudiman, Syair Ken Tambuhan, Syair Siti Zubaidah Perang Cina..Dari segi struktur syair mempunyai empat baris dalam serangkap, dalam satu baris syair terdapat 4 perkataan dengan 8-12sukukata. Rima akhir adalah a-a-a-a
5.      Nazam juga adalah perkataan Arab. Perkataan nazam digunakan sebagai istilah teknikkepada suatu jenis puisi ditemui dalam Tajus Salatin. Hamka mengatakan nazam tidakberbeza dengan syair dari segi strukturnya. Nazam lebih sesuai untuk tema keagamaan.Lagu nazam berbeza dari syair kerana mempunyai tempo dan boleh diiringi dengan muzikpercussion atau ketukan gendang dan rebana. Pada masa ini terdapat kumpulan-kumpulanrebana yang bergerak di kampung-kampung. Sesetengah mereka menyanyikan lagu nazam. Boleh dinyanyikan secara beramai sedangkan syair disampaikan secara solo danmemerlukan vokal yang baik.
6.      Gurindam- Pengkaji sastera tradisional berpendapat bahawa gurindam tidak mempunyai bentuk atauskima rima yang tertentu atau tetap. Ia tidak mudah dikenalpasti seperti pantun atau syair.Walaupun gurindam tidak tertentu atau tidak tetap bentuknya tetapi dari segi bahasaterdapat ciri-ciri khusus. Bahasa gurindam biasanya padat dan bernas. Isinya lebihmenekankan nasihat, moral, pengajaran atau kebenaran. Hal ini dipersetujui oleh SutanTakdir Alisjahbana dalam bukunya, Puisi Lama (1971). Beliau menulis: “Gurindam ialah nasihat, pengajaran yang mengandungi kebenaran”.Kepadatan serta kebenaran bahasa terletak pada pemilihan dan penyusunan kata-katanyayang berhasil menimbulkan pengertian yang tepat dan mendalam. Gurindam dapat dilihat terbahagi kepada dua jenis, iaitu ada yang terikat dan ada yang tidak terikat atau bebas. gurindam berbentuk terikat terdiri daripada dua baris dan berima a a.Kedudukan atau peranan baris 1 itu sebagai isyarat dan baris 2 sebagai jawab. Ini dapatditeliti dari gurindam yang ditulis oleh Raja Ali Haji. gurindam Dua belas. Yang mudahdilagukan ialah gurindam dua baris terikat yang mempunyai rima dan sukukata yang hampirtetap dalam sebaris. 
7.      Perbezaan antara gurindam dan seloka dapat dilihat pada isinya Isi gurindam berunsur nasihat dan falsafah sementara seloka mengemukakangurauan, ejekan termasuk kritik sosial dalam sindiran yang tajam Contoh: Baik budi emak Si Rendang anak di pangku diletakkan kera di hutan disusui dagang pergi awak terhutang beras habis padi tak jadicontoh ke 2 Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai ada nasi dicurahkan awak pulang kebuluran mudik menongkah surut hilir menongkah pasang ada isteri dibunuh nyaris mati oleh tak makan masa belayar kematian angin sauh dilabuh bayu berpuput ada rumah bertandang duduk.Seloka ini adalah kesimpulan dari cerita Pak Kaduk. . Contoh cerita penglipur lara ialah Hikayat Malim Deman, Malim Dewa, Awang Sulung Merah Muda, Terung Pipit. Begitu juga cerita binatang, cerita-cerita jenaka seperti Lebai Malang.

Gaya Bahasa


Jenis Gaya Bahasa
Huraiannya
(a)  Diksi
Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya
Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
(b) Ayat
Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang
(c)   Personifikasi
Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan
Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
Contohnya:    ...matahari   pagi   bangkit   daripada   selimut   gunung,    benaknya mendandan sejuta persoalan
(d) Simile
Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
(e)   Metafora
Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f)   Hiperbola
Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
(g)   Sinkope
Bermaksud penyingkatan perkataan
Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
(h) Rima
Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi
Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
(i)   Asonansi
Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak
Contohnya:  pengulangan  vokal “u”   dalam   baris  Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
(j)   Aliterasi
Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan
(k)  Pengulangan
Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga
(l)   Perlambangan
merupakan   kata-kata   yang   digunakan   untuk   menerangkan   sesuatu   benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda

10 Disember 2012

KAEDAH GLOBAL

Definisi Kaedah Global
Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama. Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.

Ciri-Ciri Global
Ada 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini :-

• aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan perasaan.
• aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara.
• aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan

Pelaksanaan Kaedah Global
1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.
2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera.
3. Dalam.suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-
• lakonan berasaskan gambar
• lakonan berasaskan skrip
• lakonan guna topeng
• lakonan guna cerita berlagu


KRITERIA MENILAI KARYA GUNA KAEDAH GLOBAL
1.      Meneliti sesuatu aspek karya secara menyeluruh, bukannya terpisah-pisah.
2.      Melihat hubungan elemen atau komponen yang membina karya
3.      Elemen atau komponen karya dinilai secara impression, am dan spontan.
4.      Penilaiannya adalah bersifat subjektif
5.      Kajian atau penilaian boleh dilakukan secara separuh global sebelum menjurus kepada aspek khusus yang hendak dikaji.

PENDEKATAN IMPROVISASI

1Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan
Guru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan sesuatu aksi yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a-z dan terhenti berlakon. Jika keadaan ini berlaku, maka guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog murid. Apa yang penting ialah bagaimana murid dapat mengabungkan idea dengan arahan atau rangsangan yang diberikan oleh guru secara spontan

2 Tidak perlu pentas yang sempurna
Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang sempurna atau keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan meminta murid mementaskan sesebuah teater, tetapi sekadar mewujudkan idea.

3 Menyediakan saranan
Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan untuk menjana idea murid dalam improvisasi.

4 Tidak perlu penonton
Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal. Langkah ini demi membentuk keyakinan murid. Ini kerana, murid yang belum biasa beraksi dihadapan kelas, mereka akan mudah gelabah jika aksi atau lakonan mereka dipertontonkan. Setelah murid benar-benar berasa yakin, barulah dimulai dengan perbincangan atau pasca nilai. Komen atau teguran yang positif perlu diberikan. Guru juga boleh meminta murid lain di dalam kelas memberi komen berdasarkan aksi spontan rakan mereka.

5 Aktiviti berkumpulan
Guru hendaklak menggalakkan muridmurid berkerja secara kumpulan dengan natural. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas.

6 Bijak melayani permintaan
Guru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid tanpa mematahkan minat mereka untuk beraksi secara spontan.

TUJUAN IMPROVISASI
1 Meningkatkan daya imaginasi
Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencampah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum. Improvisasi ini juga dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis. meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir

2 Merangsang kemahiran berbahasa
Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu murid meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Teknik improvisasi terbukti dapat merangsang kemahiran berbahasa murid kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara spontan. Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu sebelum berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya menggunakan bahasa secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks. Murid juga boleh menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan situasi. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan seperti dalam keadaan yang tidak formal, pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid.

3 Mewujudkan suasana menyeronokkan.
Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam kalangan murid. Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal. Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat , bergaya dan beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri , bekerja bersama-sama dan sebagainya.

4. Meningkatkan keyakinan diri
Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak masing-masing. Ia juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton.

AKTIVITI IMPROVISASI
1 Improvisasi berdasarkan situasi
Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama.

2 Improvisasi berdasarkan gambar
Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid menyediakan skrip secara spontan. Murid dibenarkan berbincang di dalam kumpulan atau secara individu.

3 Improvisasi berdasarkan petikan cerita
Petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di mana murid dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan plot. Matlamat menggunakan petikan adalah untuk menguji kefahaman murid dengan penghayatan isi kandungannya.

4 Improvisasi berdasarkan objek
Teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan melakukan sesuatu. Contoh objek yang boleh diganakan adalah seperti anak patung, surat khabar dan kostum.

5 Improvisasi berdasarkan tokoh/watak
Watak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau tokoh seperti Hang Tuah.

6 Improvisasi berdasarkan bunyi
Bunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda, lagu dengan lirik boleh diadaptasi melalui teknik ini.