Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

30 Mac 2013

Kundasang Ranau

Kesempatan cuti pertengahan semester 1 hanya dapat diisi dengan perjalanan sehari ke Kundasang Ranau. Empat hari berada di rumah dek kerana penyakit . Apapun ini satu kesempatan yang paling bermakna kerana dapat bersama keluarga setelah 4 tahun kami tidak menikmatinya kerana setiap cuti sekolah terpaksa menghadiri kuliah di IPG. Tahun ini 2013, tamatlah sudah pengajian PGSR dan keputusan yang diperoleh juga satu kejayaan yang sukar untuk digambarkan. Satu pengorbanan...perjuangan yang lama akhirnya kami semua berjaya menghadapinya. TAHNIAH !!!! kepada semua rakan PGSR IPG Kampus Kent.

18:12 Perjalanan balik ke Papar

10:20 Poring Hot Spring Ranau..

Tak Sampaian

Siapapun punya cita-cita . Namun satu kepuasan bagi yang dapat mengapainya. Sebaliknya satu kekecewaaan pada yang tidak mampu mengecapinya. Apapun semuanya mungkin suratan takdir dan qada dan qadar dari Allah s.w.t. Kita hanya merancang sebaliknya DIA yang menentukannya.

Kejayaan itu sudah berada di depan mata. Tapi aku tidak dapat mencapainya. Masih ada pertentangan pendapat dan rasa tidak puas hati yang menghalangku untuk mengapainya...begitupun aku sangat  sayang akan keluargaku.



18 Mac 2013

Seorang pemimpin di sekolah



Kepemimpinan seorang guru di sekolah melibatkan sikap-sikap pemimpin yang perlu dicontohi. Banyak juga pengetahuan yang saya peroleh mengenai jenis-jenis kepemimpinan yang boleh diamalkan dalam organisasi  terutamanya di sekolah. Sebagai seorang guru kita haruslah mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan kepemimpinan. Jenis-jenis kepemimpinan yang harus ada di sekolah.
      Selain itu , tugas pemimpin akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Seorang pemimpin akan sentiasa menjaga kebajikan orang bawahannya secara adil dan saksama. Sikap pilih kasih dan sikap tidak ambil peduli  yang ada dalam seorang pemimpin akan menyebabkan sesebuah sekolah itu akan mengalami kemorosotan dalam bidang akedemik. Keadaan secara langsung akan menyebabkan sesebuah sekolah itu akan sentiasa mengalami permasalahan dalam pentadbiran.
       
         Sebagai seorang pemimpin di sekolah, pengetahuan yang mendalam dalam tugas-tugas sebagai seorang pemimpin haruslah dipelajari dengan lebih mendalam. Ini membolehkan, kita dapat memimpin sesebuah sekolah itu dengan lebih berkeyakinan. Selain memikul tugas yang berat peranan sebagai seorang pemimpin hendaklah menghormati orang bawahan agar orang bawahan akan memberikan kerjasama dalam semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran.
      Di samping itu , seorang pemimpin tidak seharusnya terlalu mengikut perasaan dalam mentadbir organisasi terutamanya jika terdapat segelintir guru yang tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, pemimpin memainkan peranan yang penting bagi mengubah tingkahlaku guru tersebut. Teguran yang membina akan memberi kesedaran kepada guru tersebut betapa penitngnya mengikuti peraturan sekolah.

Kepimpinan Guru


Bagi melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited dan berdedikasi pada masa akan datang hal ehwal kebajikan mereka perlu dipelihara sejajar dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan bahawa pendidikan adalah wadah pembinaan modal insan yang berkesan. Modal lain seperti wang, teknologi dan bangunan tidak mungkin sempurna jika tidak ditunjangi dengan modal insan. Oleh itu, konsep pendemokrasian yang memberi peluang adil dan sama rata kepada semua rakyat mendapatkan pendidikan berkualiti wajar diteliti dan diberi perhatian.
           
            Dalam hal ini juga, seorang guru itu haruslah memiliki nilai dan etika keguruan yang selaras dan menjurus kepada nilai-nilai keagamaan yang teguh dalam proses pembinaan negara bangsa . Memandangkan bidang pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam menjayakan harapan dan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan bertaraf dunia, guru-guru juga perlu menyiapkan diri mereka dengan ciri-ciri pendidik yang terbaik yang dapat membantu proses pembinaan negara bangsa  yang cemerlang. Seorang guru juga  haruslah mempunyai ciri-ciri personal, ciri interpersonal, ciri profesional, ciri intelektual yang baik, berkemahiran dalam pengurusan, kreatif dan inovatif, menguasai ilmu pedagogi, dapat mengaplikasikan teori kepada amalan dan mengamalkan pembelajaran ilmu sepanjang hayat (Abd. Rahim, 2005).

Kesemua ciri ini amat penting bagi melayakkan seseorang menjadi guru yang berkesan, berwibawa dan berketrampilan bagi menjayakan proses pembinaan negara bangsa. Melalui profesionalisme guru akan dapat membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Melalui peningkatan profesionalisme guru akan dapat melahirkan guru yang bertanggungjawab dan mempunyai komitmen yang tinggi serta sanggup dan dapat melakukan apa sahaja yang  diperlukan dalam bidang pendidikan. Perubahan paradigma dan peredaran masa membawa banyak perubahan, inovasi dan cabaran terhadap profesion guru yang memerlukan perubahan fungsi dan peranan seorang guru.

15 Mac 2013

Isu Kesantunan Guru



Kesantunan  guru bermaksud tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut sekali gus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. Oleh yang demikian, usaha membentuk kesantunan dalam kalangan murid bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh guru iru terlebih dahulu.

 Berdasarkan pengertian di atas, kesantunan guru dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan dan perhubungan antara guru dengan murid, guru dengan rakan sejawat, guru dengan pihak pengurusan sekolah dan perhubungan guru dengan masyarakat setempat.

 Berdasarkan perkembangan semasa dalam profesional keguruan, kesantunan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:

i.              Kesantunan berpakaian

ii.            Kesantunan tingkah laku

iii.           Kesantunan berbahasa

Dalam kesantuan berpakaian, beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh guru. Kesantunan berpakaian merujuk kepada  jenis pakaian yang digunakan, fesyen pakaian dan juga solekan. Guru haruslah berpakaian yang sopan sesuai dengan etika berpakaian yang disarankan dalam Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam. Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.

             Kesantunan tingkahlaku adalah merujuk tatacara bertindak atau gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang berurusan di sekolah,berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai  dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya.



            Semua situasi yang dinyatakan di atas memerlukan tingkah laku yang berbeza. Sebagai contohnya pada waktu makan bersama misalnya, memerlukan kesantunan dalam cara duduk, cara mengambil makanan, cara makan atau mengunyah, cara menggunakan senduk, cara membersihkan mulut setelah makan dan  cara memakai tusuk gigi .



            Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara berkomunikasi  sama ada dari segi verbal atau cara berbahasa. Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi. Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.

            Cara berbahasa amat penting dikuasai oleh guru untuk kelancaran berkomunikasi. Dengan mengetahui cara berbahasa seseorang guru akan dapat menyampaikan mesej dengan jelas dalam komunikasi tersebut khususnya ketika melaksanakan pengajaran.



Kesantunan berbahasa ini perlu dikuasai oleh guru kerana melalui kesantunan ini guru akan mengetahui:-

i.      Apa yang  sebaiknya diucapkan pada waktu dan keadaan tertentu.

ii.    Ragam bahasa yang sewajarnya digunakan dalam situasi tertentu.

iii.   Bila dan bagaimana giliran berbual dimulakan.

iv.   Bagaimana mengatur kelantangan suara ketika berkomunikasi.

v.    Bagaimana sikap dan gerak-geri ketika berkomunikasi

vi.   Bila  seharusnya diam dan menamatkan perbualan.

            Cara berbahasa seseorang guru dipengaruhi oleh norma-norma budaya atau kelompok masyarakat tertentu. Contohnya orang Kelantan berbeza dengan cara berbahasa orang Pulau Pinang meskipun mereka sama-sama berbahasa Melayu. Hal ini menunjukkan kebudayaan yang menjadi darah daging pada seseorang itu berppengaruh pada pola bahasanya.Oleh itu seorang guru seharusnya mengetahui  dan memahami norma-norma bahasa sebelum menggunakannya ketika berhadapan dengan murid-murid. Perkara ini amat penting kerana cara berbahasa mengikut norma-norma budaya akan menghasilkan kesantunan berbahasa.



            Selain itu kesantunan tutur kata, senyuman manis dan tulus  serta sapaan berbentuk pujian merupakan aspek kesantunan yang diberi perhatian oleh seseorang yang berilmu dan terpuji akhlaknya. Guru menjadi sebahagian orang yang dimaksudkan tersebut. Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun murid menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah. Guru juga menjadi teledan bagi murid dengan menera[pkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya.



            Kesantuan berbahasa menjadi pemangkin kepada pembentukan keperibadian murid. Ciri-ciri kesantunan termasuklah

i.      Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berjuang.

ii.    Bersyukur dan berterima kasih.

iii.   Berani, tegas dan mengelakkan perkara keji daripada berlaku .

iv.   Menghargai dan menghormati pihak lain.

v.    Menggunakan kata-kata yang baik.

vi.   Peramah, pemurah dan bersedia membaiki   kelemahan diri .

Kesimpulannya kesantunan bukanlah sesuatu yang dipelajari tetapi merupakan nilai yang perlu ada dalam diri seorang guru sebagai model kepada murid. Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007)