Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

27 Jun 2011

Pentaksiran

PENTAKSIRAN

Tujuan pentaksiran adalah:
i. Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.
iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa.
vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

6.4 PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

a. Merancang: sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut:
i. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai.
ii. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
iii. Menentukan instrumen yang hendak digunakan.
iv. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan.
v. Menentukan tempoh masa pemerhatian.
vi. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

b. Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Tujuan yang jelas.
ii. Menepati apa yang hendak dinilai.
iii. Item boleh diukur.
iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

6.5 MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN

i. Bagaimana pentaksiran dilaksanakan?
ii. Dalam pendidikan prasekolah pentaksiran dan penilaian
dilakukan melalui pemerhatian.
iii. Apa maksud pemerhatian?

iv. Pemerhatian ialah pengamatan kepada pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks pentaksiran, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat clan merekodnya dengan tepat.
v. Apakah yang diperhatikan?
vi. Pemerhatian dibuat terhadap tingkah laku, perbualan clan hasil kerja seperti berikut:
1. Tingkah laku.
2. Tingkah laku murid boleh diperhatikan clan dinilai.
Contohnya:-
a. Bermain pondok-pondok bersama rakan-rakan.
b. Menyusun blok bersama rakan atau
c. bersendirian.
d. Mengikat tali kasut.
e. Berlari sambil melompat.
f. Menyelesaikan masalah bersama rakan.
g. Membuat kolaj dalam kumpulan.
h. Perbualan/Interaksi/Lisan Murid.
j. Perbualan/Interaksi/Lisan Murid yang boleh diperhati
k. dan dinilai adalah seperti berikut:

Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru/murid dengan murid.
-Interaksi murid dengan bahan.
-Main peranan.
-Bersoal jawab.
-Bacaan.
-Nyanyian.
-Hasil kerja murid.
Contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai adalah:
-Lukisan
-Buku skrap
-Kraftangan
-Buku kecil
- Model

26 Jun 2011

Tamadun Islam


Transformasi Sosio-Budaya Berteraskan Islam
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah membawa banyak perubahan dan pembaharuan kepada penduduk tempatan bukan sahaja dalam aspek kebudayaan malah dalam aspek politik ekonomi dan sosial.
Islam telah membawa satu ajaran yang rasional, radikal dan progressif. Walaupun begitu, pembaharuan yang terdapat di Asia Tenggara berlainan sedikit dengan apa yang terdapat di negara-negara Timur Tengah. Pembaharuan di negara-negara Timur Tengah lebih berbentuk keaslian kerana disana lahirnya Islam , tetapi pembaharuan di Asia Tenggara berbau Hinduisme-Buddhisme – Animisme kerana pengaruh ini sudah sebati dan lebih awal tertanam dalam jiwa masyarakat tempatan. Namun begitu unsur-unsur ini diberi bentuk baru terutama perkara-perkara yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Kedatangan Islam telah banyak membawa perubahan dan pembaharuan kepada masyarakat tempatan dan boleh dikatakan jiaka kita membincangkan sejarah kebudayaan Asia Tenggara, ia adalah satu reformasi budaya masyarakat Asia Tenggara.
Pembaharuan Kepercayaan & Akidah
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Asia Tenggara mengamalkan pelbagai bentuk agama dan kepercayaan seperti Hindu, Buddha an Animisme. Sebelum kedatangan Islam, terdapat banyak tuhan dengan pelbagai bentuk rupa mengikut kepercayaan dan agama masing-masing. Bagi mereka, semua benda mempunyai semangat atau kuasa dan semangat itu dipuja kerana dipercayai akan memberi sesuatu kepada mereka. Kedatangan Islam telah merombak fahaman lama dan sebaliknya memperkenalkan fahaman baru yang lebih dinamis , iaitu percaya kepada kebenaran. Islam membawa menusia mempercayai tentang kewujudan dan keesaan Alllah. Kepercayaan ini merupakan hakikat yang maha tinggi , rasional dan universal. Kepercayaan aqidah dalam membentuk metafizik menersui ilmi tasauf dan roh keagamaan yang bersifat intelektual dan akidah menjalar ke dalam pemikiran orang ramai secara terbuka yang menyebabkan timbulnya intelektualisme dan rasionalisme yang tidak pernah terlihat wujud sebelum kedatangan Islam.
Dalam erti kata lain, Islam telah mengalihkan pandangan hidup masyarakat Asia Tenggara yang sebelumnya menitikberatkan kepada khayalan, dongeng, dewa , penunggu dan sebagainya ke satu alam pemikiran akal, sistematik, hakikat untuk menjadikan manusia berakal dan dapat menggunakan pemikiran dengan cara yang waras serta cerdas.
Allah berfirman dalam al-Quran :
“Tiadakah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dah berbakti kepada-Ku (Allah)
Pembaharuan yang ketara sekali ialah mewujudkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan ummah tanpa mengira asal usul, keturunan, kedudukan dan taraf. Sebelum Islam, manusia hidup dalam kasta-kasta yang tidak mewujudkan perpaduan dalam institusi manusia. Masyarakat hanya berinteraksi dan berhubung dalam kelasnya sahaja. Islam cukup berbeza kerana Islam mengajar manusia hidup bermasyarakat.
Allah berfirman dalam al-Quran :
“Di tempat kehinaan ke atas mereka di mana sahaja mereka hidup kecuali orang yang mempunyai hubungan dengan Allah dan mempunyai hubungan dengan manusia.
Pembaharuan kepercayaan dan akidah adalah untuk menyeru manusia mempercayai keEsaan Allah dan menyembah-Nya , disamping meninggalkan segala bentuk kepercayaan lama dengan menyedarkan mereka tentang hakikat yang sebenarnya, iaitu Allah mencipta langit, bumi dan manusia serta segalanya.
Pembaharuan Kepercayaan Adat
       Kedatangan Islam telah membawa perubahan dan poembaharuan dalam kepercayaan adat masyarakat Melayu Asia Tenggara. Namun begitu, masyarakt ini masih tidak dapat memisahkan kehidupan mereka dengan pengaruh Hindu yang sudah lama bertapak di Asia Tenggara. Dalam konteks ini, mereka masih lagi mempercayai kepada keramat dan semangat yang digunakan oleh bomoh atau pawang dalam mentera dan jampi. Di samping itu, masyrakat ketika itu masih lagi memuja keramat berdasarkan kepada sesuatu benda seperti kubur dan pokok besar. Keramat dalam Islam ialah kejadian luar biasa dengan pertolongan Allah kepada orang-orang yang benar-benar taat pada perintah-Nya. Orang-orang Melayu di Asia Tenggara masih lagi memuja keramat dengan membawa telur ayam, pulut kuning (pulut semangat) , ayam panggang dan sebagainya dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu pertolongan. Kedatangan Islam telah menghapuskan perbuatan sia-sia ini dengan mengalihkan pandangan masyarakat Melayu Islam di Asia Tenggara kepada kebesaran Allah yang Maha Agung , Yang Maha Esa dan yang dapat memberi sebarang pertolongan kepada hamba-Nya.
Selain  itu , mandi safar , adat perkahwinan dan adat menyambut kelahiran dengan ciri-ciri budaya Islam diperkenalkan. Islam mempunyai kepercayaan dan adat sendiri, seperti nikah kahwin, pembahagiaan harta pusaka, maulud Nabi dan Asyura. Dalam hal ini , kedatangan Islam telah banyak membawa perubahan dan pembaharuan kepada masyarakat tempatan dan menyedarkan bahawa amalan dan kepercayaan karut yang diamalkan itu adalah sia-sia dan bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Oleh itu, hendaklah ditinggalkan kerana perbuatan itu akan mendatangkan kerugian dan kemudaratan dari segi zahir dan batin. Islam mengajar manusia mencari keuntungan dunia dan akhirat.
Pembaharuan Politik
Kedatangan Islam telah membawa pembaharuan dan perubahan dalm bidang politik dan pentadbiran kepada masyarakat Melayu Nusantara, iaaitu memperkenalkan sistem pemerintahan beraja. Sebagaimana yang diketahui , sebeum kedatangan Islam , sistem pemerintahan beraja telah wujud dalam struktur pemerintahan di Nusantara dengan corak dan ciri yang tersendiridan tidak ada sebarang garis panduan.Setelah kedatangan Islam,konsep ini diperkuatkan lagi dengan raja sebagai ketua negara dan ketua agama seperti yang dilakukan oleh “Khalifah al-Rasyidin”. Dalam konsep pemerintahan Islam, pemerintahan Islam, pemerintah hendaklah bertanggungjawab menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama dengan meninggalkan kepentingan diri.
Pada zaman keagungan pemerintahan kerajaan-kerajaan di Nusantara terdapat banyak prinsip dan perundangan Islam yang diamalkan walaupun tidak dengan sepenuhnya. Umpamanya tiap-tiap kesalahan jenayah seperti zina, mencuri dan membunuh akan dihukum mengikut hukuman Islam. Pegawai-pegawai kerajaan atau pemerintah yang dilantik hendaklah melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab. Konsep pemerintahan ini terdapat dalam pola pemerintahan Islam. Nabi Muhammad SAW dalam menjalankan pemerintahan selalu meminta pandangan daripada para sahabat. Dengan demikian kedatangan Islam  telah melatih dan mengubah sistem pemerintahan lebih maju dan dinamis , sistem yang diterima Allah.
Islam telah mewujudkan perpaduan umat dengan membentuk satu proses kesedaran kebangsaan , iaitu kebangsaan Islam . Proses kesedaran ini dapat dilihat apabila negeri-negeri Islam di Nusantara mempertahankan kedudukannya daripada pencabulan yang dilakukan  oleh penjajah-penjajah Barat (Kristian). Pembaharuan daalam konteks ini bukan sahaja dalam aspek ibadat, tetapi telah mengambil bahagian secara positif dan serius ddalam politik untuk membentuk satu corak pemerintahan yang berdasarkan pemerintahan Islam, kemajuan dan penmbangunan akan tercapai dan negeri akan sentiasa berada dalam kesejahteraan dan keharmonian.
Pendidikan & Ilmu
Islam telah memperkenalkan sistem pendidikan baru kepada penduduk Nusantara. Pendidikan dan ilmu pengetahuan terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Begitupun , sebelum kedatangan Islam pada zaman Hindu , pendidikan dan ilmu pengetahuan hanya dapat dimiliki oleh golongan tertentu sahaja. Dalam Hindu, pendidikan dan ilmu pengetahuan hanya dikhaskan untuk golongan istana dan bangsawan sahaja, manakala golongan bawahan seperti golongan ‘paria’ tidak dibenarkan mengikuti pendidikan dan ilmu pengetahuan. Contohnya, kitab Mahabrata hanya boleh dibaca oleh golongan Brahmin sahaja. Sedangkan dalam Islam kitab suci Al-quran wajib dibaca dan dimiliki oleh semua manusia malah Al-Quran dijadikan pegangan hidup umat Islam.
Bagi mengembangkan pengetahuan , kelas-kelas mempelajari Al-Quran diadakan hingga ke peringkat mempelajari bahasa Arab dan hukum-hukum.Pada peringkat permulaan , pendidikan dan ilmu pengetahuan yang menggunakan bahasa Arab menjadi suatu kesukaran kepada penduduk tempatan. Lantaran itu lahirlah beberapa tokoh yang berusaha menterjemahkan kitab-kitab bahasa Arab ke bahasa tempatan supaya dapat diterima oleh semiua lapisan masyarakat. Dalam Islam , manusia wajib belajar tentang sebarang ilmu pengetahuan yang benar, yang diredai Allah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud,” Sesiapa yang ingin kesenangan di dunia hendaklah berilmu dan sesiapa yang ingin kesenangan dunia dan akhirat hendaklah berilmu”. “ tuntutlah ilmu hingga sampai ke negeri China”. Ini bermakna Islam menitikberatkan kepada pendidikan dan ilmu pengetahuan. Dengan itu , kedatangan Islam telah mendorong penduduk tempatan Nusantara untuk mempelajari ilmu pengetahuan.
Islam telah memperkenalkan pelbagai ilmu pengetahuan dunia dan akhirat. Ilmu pengetahuan Islam adalanh berdasarkan kepada Al-Quran dan al-Hadis. Dlam Al-Quran mengandungi ilmu pengetahuan untuk kemajuan manusia di dunia dan akhirat. Bagi mendapat ilmu pengetahuan dan memilikinya, maka kita hendaklah mempelajarinya dan mengkajinya serta mengikut apa yang dikehendakinya.
Oleh kerana Islam menitikberatkan kemajuan dan kemakmuran dunia dan akhirat, maka dalam Islam terdapat banyak cabang ilmu pengetahuan. Perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan berjalan serentak dengan perkembangan Islam. Oleh yang demikian, Tanah Melayu dan Indonesia muncul sebagai gedung Khazanah ilmu pengetahuan Islam yang terkenal di Asia Tenggara.
Pembaharuan Ekonomi
Islam adalah agama yang mengajar manusia mencari kesenangan hidup di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW, bermaksud, “ Beramallah seolah-olah kamu akan mati esok hari dan carilah kekayaan seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi”. Tetapi dalam hal ini , janganlah menyalahgunakan caara mencari kekayaan dan janganlah menyalahgunakan kekayaan yang dimiliki. Kekayaan datang dari Allah dan gunakanlah untuk jalan Allah. Ini jelas menunjukkan , bahawa Islam menganjurkan umatnya mencari kekayaan dunia . Kekayaan (harta) dunia digunakan untuk kekayaan akhirat (amai ibadat).
Dunia adalah milik Islam dan akhirat adalah milik Islam. Kedatangan Islam telah mengajar manusia mencari kekayaan secara halal. Islam telah mengubah sistem pertanian dan perdagangan. Pertanian dan perdagangan diperuntukkan  undang-undang tertentu seperti zakat dan hukum jual-beli.
Kedatangan Islam ke Nusantara telah membawa banyak kemajuan dan tamadun kepad a penduduk tempatan Nusantara yang sebelumnya hidup daklam kegelapan dan kegelisahan. Islam telah membawa pembaharuan dalam semua lapangan hidup manusia, dunia dan akhirat tanpa mengira ras manusia itu. Manusia datang daari Allah dan kembali kepada Allah.
Kesimpulan      
Sebagai satu ajaran yang lengkap , Islam telah membawa satu tranformasi dalam aspek sosial dan budaya di alam Melayu khusunya dan Asia tenggara amnya. Yang palin ketara ialah Islam telah berjaya menyusun semula strata sosial masyarakat. Unsur-unsur kekastaan dan berteraskan kelas semakin terhakis dan diganti oleh satu sistem keadilan dan persamaan sesama insan. Islam telah menaikkan maruah dan harga diri golongan marhain yang berkurun lamanya ditindas dan merasa terhina dalam sistem lama yang lapuk. Namun , Islam tidak menggugat kuasa raja sebagai satu institusi. Institusi ini tetap wujud dengan ditambah dengan unsur-unsur keIslaman.
       Budaya , cara hidup, amalan dan adat istiadat lama turut menerima transformasi. Ini merupakan satu kesan dari ajaran Islam itu sendiri. Pengaruh aqidah, syari’ah sedikit demi sedikit mempengaruhi pemikiran masyarakat Islam di Asia Tenggara. Contoh ketara adalah sikap dan sifat orang-orang Melayu seperti hormat-menghormati, larangan berbohong, bergotong-royong , konsep kejiranan cara Islam  dan banyak lagi. Islam seolah-olah menjadi satu identiti yang mesti bagi setiap yang dikaitkan dengan masyarakat di Nusantara. Ini adalah realiti yang berlaku tanpa dapat disangkal dan berlarutan hinggalah datangnya penjajah Barat.
       Kegemilangan Islam malap dengan kedatangan penjajah Barat yang lengkap dengan perancangan yang cukup teliti dan rapi untuk merosak Islam.  Untuk mendapatkan semula sinar yang telah malap ini, satu konsep Islah dan Tajdid amat diperlukan dan ini tidak tercapai melainkan Islam dalam bentuknya yang asli , murni dan segar menjadi alternatifnya.

14 Jun 2011

Pengimbuhan

Pengimbuhan ialah satu proses menerbitkan perkataan dengan mencantumkan satu atau lebih imbuhan kepada sesuatu bentuk dasar. Imbuhan tersebut bolehlah diletakkan di depan bentuk dasar, di belakang bentuk dasar, di depan dan di belakang bentuk dasar sekali gus atau disisipkan ke dalam bentuk dasar. Di dalam bahasa Melayu terdapat beberapa jenis imbuhan, iaitu:
         Awalan. Adalah bentuk morfem yang diimbuhkan pada awal kata dasar, seperti {ber-} dalam berjalan, berkasut, berkeras; {me-} dalam melihat, merawat, mewarna; {ter-} dalam tercatat, tercantik, terkarang dan { pe-} dalam pesakit, perawat, pesara.
         Akhiran pula merupakan morfem yang diimbuhkan pada akhir kata dasar, seperti {-kan} dalam sapukan, pakukan, lembutkan: {-an} dalam pakaian, mandian, bauan:{-i } dalam warnai, tandai akhiri.
         Sisipan merupakan imbuhan yang dimasukkan atau disisipkan kedalam sesuatu kata dasar.  Anataranya seperti {-in-} dalam sinambung; {-el-} dalam; dan {-em-} dalam pemeluk.  Imbuhan jenis ini tidak begitu produktif jika dibandingkan dengan imbuhan yang lain.
         Apitan adalah imbuhan yang mengapit kata dasar, seperti { pe- ...-an} dalam permainan, pelepasan, pewajaran; dan {ke-....-an} dalam keadaan , kesetian , kecantikan.
Pengimbuhan boleh berlaku dalam beberapa lapis.  Pengimbuhan selapis berlaku apabila pada dasarnya bukan hasil terbitan, seperti seorang ( se + orang).  Pengimbuhan dua lapis  berlaku apabila dasarnya sudah mengalami selapis pengimbuhan seperti keseorangan ( seorang+ ke...an). Pengimbuhan tiga lapis berlaku apabila pada dasarnya sudah mengalami dua kali pengimbuhan, seperti berkeseorangan ( ber+keseorangan). Lazimnya tidak ada pengimbuhan yang berlaku lebih daripada tiga lapis.


Imbuhan asli dan imbuhan pinjaman dalam Bahasa Melayu.
Imbuhan-imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang besar, iaitu imbuhan –imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam dari bahasa asing.
Imbuhan-imbuhan  asli bahasa Melayu
Imbuhan –imbuhan yang ada di dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan kepada empat bahagian, iaitu :-
a. Awalan iaitu imbuhan yang diletakkan di awal perkataan di dalam pemakaiannya, contohnya “me-“, “ter-“
b. Akhiran, iaitu imbuha yang diletakkan di akhir perkataan di dalam pemakaiannya contohnya  “ –i”, “-an”
c. sisipan , iaitu imbuhan yang disisipkan ditengah-tengah perkataan.  Ada tiga sisipan di dalam bahasa Melayu iaitu “ –em”, “-el” dan “ –er”
d. Imbuhan serentak, iaitu imbuhan di awal dan diakhir yang dipakai secara serentak dalam proses membentuk perkataan. Contohnya , “ke-an”, “pe-an””me – i” dan sebagainya.
Imbuhan –imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing.
a. Imbuhan-imbuhan yang dipinjam dari bahasa Sanskrit. Contonnya “-wan”, “-wati”, “-eka-“ dan lain-lain lagi
b. Imbuhan yang dipinjam dari bahasa Arab Contonya,” –ah”, (contoh perkataan ustazah), “iah”(contoh perkataan batiniah)
c. Imbuhan yang dipinjam dari bahasa Inggeris. Contoh perkataan “pro”, “pra”, ‘is” dan sebagainya.

04 Jun 2011

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE (KOGNITIF)

Teori Pembelajaran Gagne memperkenalkan  5 jenis atau peringkat pembelajaran. Setiap jenis atau peringkat pembelajaran itu memerlukan arahan yang berlainan. Faktor  luaran dan dalaman adalah berbeza mengikut setiap peringkat /jenis pembelajaran. Keberkesanan utama pembelajaran pada peringkat ini adalah untuk mengenalpasti keperluan dan pengisian bagi melengkapkan pembelajaran peringkat tersebut.

Lima Peringkat Pembelajaran Gagne
  1. Maklumat lisan – Kebolehan menggunakan simbol,label dan fakta dalam pembelajaran.
  2. Kemahiran Intelek – Mencari pendekatan untuk memperbaiki proses pembelajaran dan pemikiran.
3.    Strategi Kognitif – Kebolehan memproses maklumat dan menyelesaikan masalah(menguasai prosesnya
4.    Kemahiran Motor- Memanipulasi dan kordinasi fizikal eg: menulis ,berenang .
5.    Sikap – mempamerkan tingkah laku dan tindakan  (didedahkan kepada role model dan   perbincangan yang berhemah dan menarik,
Lapan Syarat Pembelajaran Gagne
1.    Pembelajaran Isyarat  berlaku secara semulajadi .
Contoh : bunyi loceng menandakan murid rehat
2.    Pembelajaran rangsangan gerak balas merupakan satu proses peneguhan.
Contoh : Pujian diberikan bagi memotivasikan murid
3.    Pembelajaran melalui rangkaian iaitu satu gabungan beberapa rangsangan.
Contoh : permainan bola jaring
4.    Pertalian Bahasa , iaitu gabungan lebih daripada satu rangsangan,murid dapat kaitkan yg dilihat dengan yang disebut (menulisàmenyebut)
5.    Pembelajaran diskriminasi iaitu pembelajaran yang dapat  membezakan pelbagai rangsangan walaupun kecil .
Contoh : Bezakan haiwan,kenal ciri-ciri.
6.    Pembelajaran Konsep – Membina dan membentuk konsep melalui contoh yang jelas.
Contoh  : mengenal ciri-ciri haiwan mamalia
7.    Pembelajaran hukum – Gabungan dua atau lebih konsep untuk membentuk hukum . Melibatkan rumus,prinsip,teori dan generalisasi (Contoh: Matematik)
8.    Pembelajaran penyelesaian masalah – Melibatkan prinsip dan rumus untuk menyelesaikan masalah situasi baru.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PROSES P&P
Teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaranmurid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.

Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut beradadi alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.

Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.

 Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.

Rumusan Teori Gagne
Pembelajaran berlaku daripada yang konkrit kepada abstrak. Pembelajaran juga mengutamakan murid keupayaan murid mencapai celik akal dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teori ini menekankan Proses Penanggapan dan Pemprosesan Maklumat. Teori ini juga menekankan proses peneguhan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan

Theory

humanistic orientations to learning

In this orientation the basic concern is for human growth. We look to the work of Maslow and Rogers as expressions of this approach.

A great deal of the theoretical writing about adult education in the 1970s and 1980s drew on humanistic psychology. In this orientation the basic concern is for the human potential for growth. As Mark Tennant notes, the concern with ‘self’ is ‘a hallmark of humanistic psychology’ (1997: 12). There was a reaction against ‘scientific’ reductionism – people being treated as objects and rationalism. Instead the affective and subjective world was to be reaffirmed. Personal freedom, choice, motivations and feelings had to have their place.
Perhaps the best known example is Abraham Maslow’s hierarchy of motivation. At the lowest level are physiological needs, at the highest self actualization. Only when the lower needs are met is it possible to fully move on to the next level. A motive at the lower level is always stronger than those at higher levels. Tennant (1997) summarizes these as follows:
Level one: Physiological needs such as hunger, thirst, sex, sleep, relaxation and bodily integrity must be satisfied before the next level comes into play.
Level two: Safety needs call for a predictable and orderly world. If these are not satisfied people will look to organize their worlds to provide for the greatest degree of safety and security. If satisfied, people will come under the force of level three.
Level three: Love and belonginess needs cause people to seek warm and friendly relationships.
Level four: Self-esteem needs involve the desire for strength, achievement, adequacy, mastery and competence. They also involve confidence, independence, reputation and prestige.
Level five: Self-actualization is the full use and expression of talents, capacities and potentialities.
Self actualizers are able to submit to social regulation without losing their own integrity or personal independence; that is they may follow a social norm without their horizons being bounded in the sense that they fail to see or consider other possibilities. They may on occasion transcend the socially prescribed ways of acting. Achieving this level may mean developing to the full stature of which they are capable. (Tennant 1997: 13)
Learning can, thus, be seen as a form of self-actualization, it contributes to psychological health (Sahakian 1984 in Merriam and Caffarella 1991: 133). Yet while self actualization may seen as the primary goal, other goals (linked to the other stages) are also around. These include a sense of accomplishment and the controlling of impulses (Maslow 1970: 439)
Much criticism has been levelled at this model. For example, 

Teori Pembelajaran


Teori behavioris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan peneguhan positif dan peneguhan negative serta dendaan yang mempengaruhi tindak balas dan rangsangan.
Ini berbeza dengan teori kognitif dan konstruktivisme pula yang berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini juga, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.
Bagi teori sosial pula menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’ atau ‘peniruan. Teori ini menjelaskan  bahawa aspek pemerhatian pelajar dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar. Manakala  teori humanis pula lebih kepada heiraki keperluan individu . Teori ini menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan  pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Teori ini juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri.