Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

24 April 2012

Pembelajaran Masteri

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK PEMBELAJARAN MASTERI
Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.
Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda.

ELEMEN PENTING DALAM PEMBELAJARAN MASTERI
 Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan memperjelaskan bagaimana ianya akan dinilai. Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada hari tersebut dan bagaimana proses penilaian akan dilaksanakan. Antara aspek penting yang perlu diperjelaskan termasuklah tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, kemahiran yang diajar, nilai-nilai yang diterapkan serta aspek atau instrumen penilaian yang akan digunakan dalam pembelajaran.
             Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri. Berdasarkan pembelajaran masteri, pelajar harus diberi peluang belajar mengikut minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Di samping itu pelajar juga diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka secara berperingkat-peringkat. Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah atau beralih kepada peringkat seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Misalnya, dalam suatu mata pelajaran, pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1.
             Terdapat beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan pelajar belajar mengikut kadar mereka sendiri , antaranya:
      i.        Modul dan pakej pembelajaran.
    ii.        Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka (frame) (“Programmed Instruction”).
   iii.        Audio-tutorial.
   iv.        “Keller Plan” iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya.
    v.        Pembelajaran berbantukan komputer.
       Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas beserta dengan langkah pemulihan yang sesuai. Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan.
             Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai. Bagi menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir yang hendak dicapai terlaksana atau sebaliknya, guru perlu melaksanakan penilaian kepada pelajar pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Bentuk penilaian boleh juga disediakan sama ada secara lisan atau bertulis, misalnya menggunakan lembaran kerja atau latihan.

Tiada ulasan: