Teknik Simulasi
Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal
dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar dengan tujuan menjalankan
latihan menyelesaikan satu-satu masalah. Masalah-masalah ini boleh melibatkan
sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang
berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya dan sebagainya. Tegasnya,
dalam Teknik Simulasi ini, murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran
dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam
suatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjukkan
cara penyelesaian sesuatu masalah yang diberikan.
Terdapat dua jenis Simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti
pembelajaran di dalam bilik darjah, iaitu Teknik Sosiodrama dan Main Peranan.
Kedua-dua jenis Simulasi ini mempunyai perbezaan yang tersendiri.
Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan sebuah cerita yang
menggambarkan sesuatu situasi yang konflik dan mempunyai perwatakan yang
menentang nilai sosial seperti cerita Hang Tuah dan Hang Jebat. Lakonan jenis
ini merupakan sebuah cerita yang lengkap dan memerlukan skrip lakonan yang
disediakan terlebih dahulu dan kemudiannya diedarkan kepada murid-murid (yang
dipilih untuk berlakon) supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan.
Setiap mereka memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan
dalam skrip drama. Setelah selesai berlakon, aktiviti perbincangan diadakan
untuk menganalisis watak-watak lakonan dan seterusnya membuat kesimpulan.
Manakala Main Peranan ialah lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan
murid tanpa menggunakan skrip dan tempoh masa berlakon adalah pendek iaitu,
lima hingga ke enam minit. Lakonan jenis ini biasanya berdasarkan kepada
situasi atau masalah yang direka dan ditimbulkan oleh guru seperti masalah
disiplin sekolah dan sebagainya. Pada lazimnya, murid-murid (yang berlakon)
akan membayangkan situasi tersebut dan melakonkannya dengan spontan. Di samping
itu, murid-murid juga dikehendaki mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang
ditimbulkan melalui cara lakonan tersebut.
Kelebihan dan kelemahan Teknik Simulasi adalah seperti
berikut:
Kelebihan
Teknik Simulasi
1. Memberi peluang kepada murid
untuk memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang
diwujudkan.
2. Dapat mempertingkatkan kemahiran
pertuturan murid.
3. Dapat melatih murid-murid
berlakon dengan gaya yang betul.
4. Membawa kepada suasana
pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik.
5. Memberi kesempatan kepada
murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang positif.
Kelemahan
Teknik Simulasi
1. Timbul perasaan gelisah bagi
murid yang tiada pengalaman berlakon.
2. Prestasi pelakon yang kurang baik
akan membosankan penonton.
3. Kejayaan menggunakan Teknik
Simulasi adalah bergantung kepada persiapan yang rapi.
4. Murid-murid yang berlakon lebih
banyak mendapat manfaat dan pengalaman berbanding dengan penonton.
5. Penilaian prestasi pelakon dan
membuat rumusan bukanlah perkara yang mudah.
Teknik Sumbangsaran
Teknik Sumbangsaran juga dikenali sebagai pencambahan fikiran
(Brainstorming). Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan sesuatu
kumpulan berfikir secara kreatif dan aktif. Otak digunakan untuk berfikir tanpa
batasan dan dalam proses ini, idea-idea, pendapat dan pandangan yang dikemukakan
tidak boleh ditolak. Walaupun idea-idea
itu didapati kurang memuaskan dan tidak bermutu atau tidak kreatif.. Idea-idea yang
disampaikan itu harus diterima dan kemudiannya akan diperhalusi. Dalam teknik
ini murid-murid digalakkan membuat huraian hasil pendapat-pendapat yang telah
dikemukakan. Perkara yang telah dicadangkan oleh seorang murid akan diperkembangkan
oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi dapat dikembangkan
hingga ke peringkat yang lebih luas.
Kelebihan dan
kelemahan Teknik Sumbangsaran
Kelebihan Teknik Sumbangsaran :
1. Setiap ahli dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk menyampaikan
idea dan pendapat
2. Idea-idea penyelesaian dapat dihasilkan
oleh murid-murid itu sendiri.
3. Strategi pembelajaran adalah berpusatkan murid.
4. Sesi Sumbangsaran ini dapat melatih murid-murid untuk berfikir dan mengeluarkan pendapat secara analitis, kritis dan rasional.
5. Penguasaan kemahiran lisan dapat dikukuhkan dan dipertingkatkan.
6. Murid-murid dilatih untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain.
7. Interaksi dan komunikasi di antara murid-murid dapat dipertingkatkan.
8. Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Kelemahan Teknik Sumbangsaran :
1. Cara menyelesaikan masalah melalui sesi sumbangsaran memakan masa
yang banyak.
2. Murid-murid sekolah rendah tidak mampu mengendalikan sesi perbincangan dengan berkesan kerana kekurangan pengalaman serta aras kognitifnya rendah.
3. Banyak masa akan terbuang jika murid-murid lebih banyak menggunakan masa untuk berbual-bual daripada memberi sumbangan.
4. Terlalu banyak pendapat dan idea yang dicadangkan boleh menimbulkan kekeliruan semasa memilih dan menilai idea-idea pada peringkat akhir.
5. Pendapat dan idea murid yang tidak dipilih menjadi rumusan akan menimbulkan perasaan kecil hati murid yang berkenaan.

Teknik Bercerita
Teknik Bercerita bermaksud menggunakan cerita untuk mengajar sesuatu
kepada murid. Teknik ini pernah
digunakan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada
anak-anak mereka. Ia acap kali digunakan oleh guru dalam proses pengajaran
mereka. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping
menjadikan pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan.
Sungguhpun teknik ini selalu digunakan bagi pengajaran sekolah rendah, ia juga
sesuai digunakan bagi mengajar murid-murid di sekolah menengah terutama sekali
dalam mata pelajaran sastera. Seseorang guru itu harus ingat bahawa objektif
pengajaran itu adalah penting. Janganlah sampai disebabkan terlalu seronok
bercerita, objektif pengajaran menjadi kabur.
Kelebihan dan kelemahan Teknik
Bercerita
Kelebihan Teknik Bercerita
1. Memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar.
2. Melatih murid untuk menguasai kemahiran lisan
3. Memupuk nilai murni kepada murid seperti yang terkandung dalam cerita.
4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira.
5. Melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau secara menulis bagi aktiviti selanjutnya.
6. Melibatkan murid secara aktif dalam sesi bercerita serta dalam aktiviti susulan.
7. Memperkaya pengalaman murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka.
8. Menambahkan bahan pembelajaran untuk murid menulis karangan.

Kelemahan Teknik Bercerita
1.
Cerita hendaklah bersesuaian
dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid
2.
Guru harus menghafaz isi-isi
penting dalam cerita itu sebelum sesi bercerita.
3.
Memerlukan bahan yang banyak dan
menarik seperti kad-kad perkataan, gambar dan sebagainya
4.
Murid hendaklah bersedia dan
bersifat aktif sebelum sesi bercerita
5.
Guru hendaklah sentiasa
bergerak dan menunjukkan aksi semasa bercerita.
6.
Suara guru hendaklah lantang
dan mempunyai kemahiran variasi rangsangan untuk mengubah-ubah nada suara dan
intonasi guru mengikut watak-watak dan suasana cerita itu.
7.
Murid tidak mudah memahami ayat
dan maksud cerita
8.
Murid yang pasif dan lemah
tidak dapat melahirkan pendapat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan