Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

29 Mei 2013

Konvokseyen PGSR 2013 (Kohort I)



Konvokesyen Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia akan diadakan pada 26 hingga 29 Mei 2013 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2009, Bachelor Of Education Teaching Of English To Speaker Of Other Language (B.Ed. TESOL) Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2007 kolaborasi dengan university luar negara (Australia dan New Zealand) dan 4 hingga 7 Jun 2013 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PISMP-PGSR) Ambilan November 2008 bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presint 5, Putrajaya.


Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak Dua Ratus Ringgit (RM200.00). Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak Satu Ratus Ringgit (RM100.00). Pembayaran perlu dibuat terus kepada IPG KAMPUS masing-masing melalui wang pos/money order sebelum atau pada 9 Mei 2013. Sila hubungi Urus Setia Konvokesyen IPG Kampus atau rujuk Portal IPG Kampus masing-masing untuk mengetahui kaedah pembayaran tersebut.

Kaunter penerimaan bayaran akan disediakan pada hari pendaftaran konvokesyen khusus untuk mana-mana graduan yang gagal membuat pembayaran sebelum tarikh 9 Mei 2013.

Ijazah dan Transkrip Akademik tidak akan diserahkan kepada mana-mana graduan yang tidak membuat bayaran konvokesyen. Sila bawa bersama salinan slip bayaran/dokumen pengesahan bayaran dari IPG Kampus masing-masing pada hari pendaftaran konvokesyen.


PAKAIAN GRADUAN
Semua graduan diingatkan untuk memakai pakaian rasmi/formal semasa pendaftaran. Kegagalan mematuhi etika berpakaian penjawat awam membolehkan pihak pengurusan konvokesyen menghalang anda dari mendaftar untuk menghadiri konvokesyen.

1 PAKAIAN AKADEMIK
  1. Semua graduan mesti mengenakan pakaian akademik (jubah) dan mortar board (penerima ijazah sahaja) sepanjang majlis konvokesyen.
  2. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak IPG Kampus).
  3. Anda dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik (Lampiran 1) dan membawanya bersama semasa mengambilan Pakaian Akademik.
  4. Urusan pinjaman pakaian akademik selepas dari tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh IPG kampus tidak akan dipertimbangkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi IPG Kampus masing-masing.
  Graduan yang tidak mematuhi syarat berpakaian seperti yang dinyatakan TIDAK DIBENARKAN masuk dewan Majlis Konvokesyen.
2 Pakaian Graduan Lelaki:-
  • Sepasang Baju Melayu warna gelap, bersampin kemas atau
  • Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau
  • Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
  • Pakaian selain daripada yang dinyatakan di atas adalah TIDAK DIBENARKAN.
3 Pakaian Graduan Perempuan:-
  • Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak IPG Kampus).
  • Baju kurung /baju kurung moden /Pakaian tradisional yang tidak mencolok mata
  • Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
  • Kain jenis ‘lace' boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining'.
  • Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
  • Kasut bertutup dan bertumit (court shoes) sekurang-kurangnya 1.5 inci.
  • Pakaian  fesyen berseluar  tidak dibenarkan sama sekali.
  • Pakaian gaun atau ‘skirt' melebihi paras lutut, ‘blouse' tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI

 

Tiada ulasan: