Kesantunan guru bermaksud tatacara, adat atau kebiasaan
yang berlaku dalam masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang
ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu kelompok masyarakat tertentu
sehingga kesantunan tersebut sekali gus menjadi prasyarat yang disepakati oleh
perilaku sosial. Oleh yang demikian, usaha membentuk kesantunan dalam kalangan
murid bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh guru iru terlebih dahulu.
Berdasarkan pengertian di atas,
kesantunan guru dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan dan
perhubungan antara guru dengan murid, guru dengan rakan sejawat, guru dengan
pihak pengurusan sekolah dan perhubungan guru dengan masyarakat setempat.
Berdasarkan perkembangan
semasa dalam profesional keguruan, kesantunan dapat dibahagikan kepada tiga
iaitu:
i.
Kesantunan
berpakaian
ii.
Kesantunan
tingkah laku
iii.
Kesantunan
berbahasa
Dalam kesantuan berpakaian, beberapa
perkara perlu diberi perhatian oleh guru. Kesantunan berpakaian merujuk kepada jenis pakaian yang digunakan, fesyen pakaian
dan juga solekan. Guru haruslah berpakaian yang sopan sesuai dengan etika
berpakaian yang disarankan dalam Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi
penjawat awam. Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang orang lain
terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.
Kesantunan tingkahlaku adalah
merujuk tatacara bertindak atau gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam
situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang berurusan di
sekolah,berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam
kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan
sebagainya.
Semua situasi yang dinyatakan di
atas memerlukan tingkah laku yang berbeza. Sebagai contohnya pada waktu
makan bersama misalnya, memerlukan kesantunan dalam cara duduk, cara mengambil
makanan, cara makan atau mengunyah, cara menggunakan senduk, cara membersihkan
mulut setelah makan dan cara memakai
tusuk gigi .
Kesantunan berbahasa tercermin dalam
cara berkomunikasi sama ada dari segi
verbal atau cara berbahasa. Ketika
berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya
sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus
disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah
sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi. Guru yang tidak dapat menggunakan
kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang
sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.
Cara berbahasa amat penting dikuasai
oleh guru untuk kelancaran berkomunikasi. Dengan mengetahui cara berbahasa
seseorang guru akan dapat menyampaikan mesej dengan jelas dalam komunikasi
tersebut khususnya ketika melaksanakan pengajaran.
Kesantunan
berbahasa ini perlu dikuasai oleh guru kerana melalui kesantunan ini guru akan
mengetahui:-
i. Apa
yang sebaiknya diucapkan pada waktu dan
keadaan tertentu.
ii. Ragam
bahasa yang sewajarnya digunakan dalam situasi tertentu.
iii. Bila
dan bagaimana giliran berbual dimulakan.
iv. Bagaimana
mengatur kelantangan suara ketika berkomunikasi.
v. Bagaimana
sikap dan gerak-geri ketika berkomunikasi
vi. Bila seharusnya diam dan menamatkan perbualan.
Cara berbahasa seseorang guru
dipengaruhi oleh norma-norma budaya atau kelompok masyarakat tertentu.
Contohnya orang Kelantan berbeza dengan cara berbahasa orang Pulau Pinang
meskipun mereka sama-sama berbahasa Melayu. Hal ini menunjukkan kebudayaan yang
menjadi darah daging pada seseorang itu berppengaruh pada pola bahasanya.Oleh
itu seorang guru seharusnya mengetahui
dan memahami norma-norma bahasa sebelum menggunakannya ketika berhadapan
dengan murid-murid. Perkara ini amat penting kerana cara berbahasa mengikut
norma-norma budaya akan menghasilkan kesantunan berbahasa.
Selain itu kesantunan tutur kata,
senyuman manis dan tulus serta sapaan
berbentuk pujian merupakan aspek kesantunan yang diberi perhatian oleh
seseorang yang berilmu dan terpuji akhlaknya. Guru menjadi sebahagian orang
yang dimaksudkan tersebut. Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa
mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai
kepada muridnya, walaupun murid menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah. Guru
juga menjadi teledan bagi murid dengan menera[pkan prinsip kesantunan dalam
setiap tutur katanya.
Kesantuan berbahasa menjadi
pemangkin kepada pembentukan keperibadian murid. Ciri-ciri kesantunan termasuklah
i. Ikhlas,
jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berjuang.
ii. Bersyukur
dan berterima kasih.
iii. Berani,
tegas dan mengelakkan perkara keji daripada berlaku .
iv. Menghargai
dan menghormati pihak lain.
v. Menggunakan
kata-kata yang baik.
vi. Peramah,
pemurah dan bersedia membaiki kelemahan
diri .
Kesimpulannya
kesantunan bukanlah sesuatu yang dipelajari tetapi merupakan nilai yang perlu
ada dalam diri seorang guru sebagai model kepada murid. Bagi menjaga imej profesion, setiap guru
perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku
dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan