Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

06 April 2013

Refleksi Program Bina Insan Guru BIG



Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak impak, pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua peserta. Segala input yang diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada untuk diaplikasi kepada pelajar sebagai model bina insan yang bermakna.

Selepas mengikuti program BIG Fasa 1 ( Perkhemahan ) ini telah mendedahkan dan mengajar semua peserta tentang pengurusan masa yang tepat, kerjasama semua rakan, kekentalan semangat juang yang tinggi dan tabah menempuhi semua halangan dan rintangan. Program ini juga telah membentuk unsur-unsur  kepimpinan, peraturan perkhemahan yang mesti dipatuhi dan pengurusan aktiviti yang sistematik. Segala cabaran dalam aktiviti di air dan di darat melalui aktiviti kembara telah dirempuhi dengan dengan semangat juang yang tinggi.


Program BIG ini juga telah  menginsafkan dan mengingatkan peserta tentang erti sebuah kehidupan yang serba kekurangan. Semua peserta  tidur dalam khemah walaupun ianya tidak selesa dan dalam keadaan cuaca sejuk dan hujan. Peserta juga berjaya menyalakan api dan menanak nasi dengan menggunakan kayu api serta menggunakan air sungai. Semuanya dapat dihadapi dengan jayanya.

            Program BIG ini juga memberi peluang kepada peserta untuk memperbaiki nilai, harga diri  dan melihat kelemahan diri sendiri. Selain itu dapat membentuk sikap kerjasama, toleransi, hormat-menghormati dan semangat setiakawan antara rakan. BIG juga telah menjadi satu titik permulaan dalam membentuk, membina  sifat ketaqwaan dan  keimanan kepada Allah Yang Maha Esa. Di samping itu ,ianya juga  telah memberi keinsafkan akan kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang mengurniakan pancaindera yang sempurna untuk peserta  menikmati keindahan alam semula jadi, flora dan fauna ciptaanNya.

Akhirnya sekali, program BIG ini merupakan satu program yang meninggalkan kenangan yang bermakna dan satu pengalaman baharu kepada semua peserta. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah IPG Kampus Kent Tuaran, juga kepada Timbalan Pengarah , atas sokongan moral dan seterusnya kepada  Kem Komandan BIG, semua jurulatih, fisilitator serta semua jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan program Bina Insan Guru PGSR tahun 2010.

Tiada ulasan: