Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

04 Jun 2012

Perbezaan bahasa Melayu Kuno dan Klasik

Ciri-ciri bahasa Melayu Kuno
      Terdapat kata pinjaman daripada Sanskrit.
      Bunyi ‘b’ ialah ‘w’. Contoh: ‘wulan’ untuk ‘bulan’.
      Tiada bunyi ‘e pepet’. Contoh: ‘dngan’ atau ‘dangan’ untuk ‘dengan’.
      Imbuhan ‘mar’ menggantikan ‘ber’. Contoh: ‘marlapas’ untuk ‘berlepas’.
      Awalan ‘ni’ menggantikan ‘di’. Contoh: ‘niperwuat’ untuk ‘diperbuat’.
      Mempunyai ‘konsonan apresiasif’ iaitu ‘bh, th, ph, dh, kh, h’. Contoh: ‘sukhashitta’.
      Huruf ‘h’ hilang dalam BM moden. Contoh: ‘semuha’ menjadi ‘semua’, ‘sahaya’ menjadi ‘saya’.


Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
      Ayat panjang, berulang, pasif, dan berbelit-belit.
      Menggunakan bahasa istana. Contoh ‘tuanku’.
      Kosa kata Arkaik dan jarang digunakan. Contoh ‘ratna mutu manikam’, ‘edan kesmaran’ (mabuk asmara), ‘masyghul’ (bersedih).
      Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat). Contoh – ‘sebermula’, ‘alkisah’, ‘hatta’, ‘adapun’.
      Banyak menggunakan ayat songsang (pendepanan pradikat)
      Banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’.

Hakikat Bahasa

KONSEP
  1. Satu sistem lambang bunyi suara a rbitrari yang dipersetujui bersama oleh sesuatu kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berinteraksi (Ramli Md. Salleh. Dr & Rakan, 1997).
  2. Satu lambang atau sistem lambang pertuturan yang arbitrari dan digunakan oleh masyarakat untuk berhubung (Bloch and Trager)
  3. Satu sistem kognitif manusia yang unik dan dapat dimanipulasi untuk menghasilkan kalimat yang tidak terbatas dan digunakan manusia untuk berkomunikasi dan mengumpul ilmu pengetahuan (Mangantar Simanjuntak, 1982) 
  4. Bahasa ialah alat untuk menyampaikan makna pemikiran dan perasaan (Prof Emiritus DatoAsmah Hj. Omar, 1993)

CIRI-CIRI BAHASA
  1. Mempunyai bunyi yang dihasilkan alat artikulator/ sebutan manusia (rongga mulut, hidung, lidah, lelangit lembut, gigi, etc).
  2. Mempunyai sistem fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik yang tersusun.
  3. Mempunyai bentuk wacana (kata, rangkaikata, ayat, dan tatabahasa) yang tersendiri.
  4. Mempunyai makna yang berkaitan dengan budaya dan persekitaran.
  5. Boleh berubah  dan berkembang melalui perluasan interaksi.
  6. Bersifat arbitrari (sewenangnya) daripada segi sistem dan makna. 
  7. Bersifat dinamis dalam pembentukan korpus.

01 Jun 2012

BMM3113_Soalan Kajian Tindakan 1

Jawab soalan-soalan berikut

 1          Bincangkan perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif.

 2          Huraikan     jenis-jenis     penyelidikan     dalam     pendidikan     dengan memberikan contoh bagi setiap satu.

 3          Bincangkan perbezaan antara reka bentuk eksperimental dan kuasi- eksperimental.

 4.         Pada pendapat anda, kenapa kajian tinjauan sangat popular dalam kajian sains sosial?
 
5.         Cadangkan satu tajuk kajian tinjauan yang anda suka dan huraikan bagaimana kajian tersebut boleh dijalankan dari segi:
·    penentuan sampel kajian dan

·    reka bentuk kajian


 6.         Dengan menggunakan rajah, huraikan Model Spiral Kajian Tindakan.