Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

03 April 2013

Kemahiran Mengarang



Kemahiran mengarang dikatakan sebagai kemahiran yang tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002). Roselan Baki (2003), berpendapat menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang kompleks. Untuk itu perlu merangka karangan kandungan isi dan nilai atau pengajaran yang sesuai dalam penulisan ulasan. Terdapat juga murid yang  melakukan pengulangan isi, kesalahan tatabahasa termasuklah kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat yang bercelaru serta tidak boleh mengolah ayat menjadi ayat gramatis. 

Kamarudin Hj. Husin (1998), pula menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan penglahiran idea yang jelas dan tersusun.
Sulaiman Masri(1990), karangan merupakan susunan perkataan yang membentuk ayat, dan ada pula disusun sehingga menjadi perenggan, fakta dan fikiran, disusun menjadi satu kesatuan. Ini bermakna, perkataan dalam ayat boleh disusun tanpa fakta dan fikiran, sebaliknya fakta dan fikiran tidak boleh disusun tanpa menggunakan sejumlah perkataan yang asalnya terpisah, menjadi ayat dan perenggan. Jelaslah, mengarang merupakan kemahiran berbahasa yang tinggi, dan pelajar boleh menguasai kemahiran mengarang dengan baik jika menguasai tiga kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, berutur dan membaca.
Nik Safiah Karim (2004), menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai  untuk itu murid perlu menguasai kemahiran menulis ayat untuk menghasilkan karangan. Untuk mengajar murid menghasilkan karangan pelbagai bentuk, guru bahasa Melayu memerlukan imaginasi yang jelas, kosa kata yang banyak, dan keupayaan menyampaikan isi atau fakta secara sistematik. 

 Umumnya, penulisan karangan juga memerlukan perancangan supaya murid dapat meluahkan idea atau membina karangan dengan menggunakan ayat gramatis. Dalam hal ini, guru perlu terlebih dahulu mengajar murid membina ayat tunggal dan diikuti dengan membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung dan kosa kata yang sesuai.

01 April 2013

Frasa NAMA



*      Binaan yang terdiri dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai konstituen dalam binaan ayat.
*      Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat bahasa Malayu iaitu predikat dan subjek.
*      Terdapat empat pola dalam binaan ayat:
a)    FN+FN
b)    FN+FK
c)    FN+FA
d)    FN+FSN


FRASA NAMA
Inti + Penerang
·      Inti ialah unsur yang diberi penumpuan
·      Penerang menerangkan makna dalam inti
Inti+ Inti
·      Bermaksud sama erti atau lawan erti
Inti + penerang nama (p.n.)

1.  p.n. keturunaan
2.  p.n. jenis
3.  p.n. jenis
4.  p.n. keturunan
5.  p.n. kelamin
6.  p.n. tempat
7.  p.n. arah
8.  p.n. anggota badan
9.  p.n. tenaga pengerak
10.      p.n. hal
11.      p.n. milik
12.      p.n. khas
13.      p.n. gelaran
Inti + penerang bukan nama

1.      penerang penentu di hadapan ataun belakang
2.      penerang kata kerja
3.      penerang kata adjektif
4.      penerang  frasa sendi nama
5.      penerang bilangan ordinal




Berhenti MEROKOK

Alhamdulillah, Setelah seminggu aku dapat menempuhi hidup tanpa rokok...kesan dari pendarah hidung aku terus melupakan hasrat dan membuang tabiiat merokok..semoga niat dan harapan ini akan berakhir sehingga ke hujung nyawa. Amin.