Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

10 Disember 2011

Semantik

 
Bil.
Kandungan
1
Semantik dalam Bahasa Melayu
  • Semantik dan Makna
  • Semantik dan Linguistik
  • Semantik dan Sejarah

2
Fitur Makna dalam Bahasa Melayu
  • Sifat Makna
  • Kelas Makna
  • Lewah dalam Makna

3
Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu
·       Sinonim, Antonim
·       Hiponim, Homonim (Homograf, Homofon)
·       Polisem

4
Makna Ayat dalam Bahasa Melayu
  • Makna Ayat
  • Kerangka Generatif Chomsky

5
Perubahan Semantik
  • Pengembangan Makna
  • Penyempitan Makna
  • Anjakan Makna

6
Semantik Teori Pembuktian
  • Keharmonian dan Pembuktian
  • Koheren dalam Pembuktian

7
Taksa dan Ketaksaan Makna dalam Tatabahasa
  • Permasalahan dalam Pengajaran Makna
  • Kepersisan Makna, Ketaksaan Leksikal dan Struktur
  • Kekaburan Makna
8
Peribahasa Bahasa Melayu
  • Makna dalam Peribahasa
  • Asal Makna dalam Peribahasa

9
Peristilahan Bahasa Melayu
·        Beberapa Konsep Dasar Peristilahan: Definisi, Tataistilah & Tatanama,
·        Istilah Khusus & Umum, Morfem Peristilahan,
·        Kata Dasar & Kata Akar, Imbuhan, Kata,
·        Kata Berimbuhan, Gabungan Kata, Bentuk Prototaip, Paradigma Kata

10
Sumber Istilah Bahasa Melayu
  • Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu
  • Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
  • Perbendaharaan Kata Bahasa Asing

11
Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
  • Konsep dan Langkah
  • Syarat-syarat
  • Pembentukan Istilah Baru

12
Mengaplikasi Pembentukan Istilah menggunakan Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
  • Kata Bahasa Melayu yang Lazim & Tidak Lazim
  • Kata Bahasa Serumpun yang Lazim & Tidak Lazim
  • Kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing Lain
13
Aspek Tatabahasa dan Semantik Peristilahan Bahasa Melayu
  • Penggunaan Kata Dasar, Proses Pengimbuhan, Reduplikasi, Penggabungan,
  • Peleburan Fonem & Suku Kata, Proses Analogi
  • Penterjemahan, Paradigma Istilah, Sinonim, Homonim, Hiponim, Kepoliseman
14
Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu
  • Singkatan
  • Akronim
  • Lambang & Huruf Bilangan
  • Lambang Gambar

15
Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu
  • Ejaan Fonemik & Etimologi
  • Transliterasi dan Transkripsi
  • Ejaan Nama, Penyesuaian Ejaan & Imbuhan Asing
  • Gugus Konsonan

Ayat Majmuk

Ayat Majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara- cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.
        Ayat Majmuk terbahagi kepada empat :
           6.1  Ayat Majmuk Gabungan
          6.2   Ayat Majmuk Pancangan
          6.3   Ayat Majmuk Campuran
          6.4   Ayat Majmuk Pasif

 6.1. Ayat Majmuk Gabungan
                    a) Ayat Majmuk Gabungan Berurutan
                   b) Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan

6.2  Ayat Majmuk Pancangan
                    a) Ayat Majmuk Pancangan Relatif
                   b) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
                   c) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

  6.3  Ayat Majmuk Campuran

 6.4  Ayat Majmuk Pasif
                    a) Ayat Majmuk Pasif Gabungan
                   b) Ayat Majmuk Pasif Relatif
                   c) Ayat Majmuk Pasif Komplemen
                   d) Ayat Majmuk Pasif Keterangan

6.1  Ayat Majmuk Gabungan
 Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, tetapi, atau, lalu, serta, sambil dan selainnya.
      a) Contoh Ayat Majmuk Gabungan Berurutan
    i) Beliau memandang saya sambil tersenyum.
    ii) Pendapat dia amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak menarik.

    b) Contoh Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan

    i) Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali.
    ii) Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.
 
6.2  Ayat Majmuk Pancangan
 Ayat majmuk pancangan ialah satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.
                a) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Relatif
                    i) Saya membeli baju yang berwarna hitam.
                   ii) Mereka menonton wayang yang amat lucu.
                b) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
                   i) Dia mengetahui bahawa Ali telah pergi.
                  ii) Murid itu pulang untuk membaca buku.
                 c) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
                  i) Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.
                 ii) Anak itu menangis kerana ia lapar.
 6.3  Ayat Majmuk Campuran
 Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.
                    a) Contoh Ayat Majmuk Campuran
                         i) Aminah sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang
                           sudah letih lesu telah lama tidur.
                        ii) Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan-peraturan itu
                           penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak
                           senang hati dengannya, peraturan-peraturan itu mesti dipatuhi.
6.4  Ayat Majmuk Pasif
                a) Contoh Ayat Majmuk Pasif Gabungan
                        i) Aktif  : Saya minum teh dan Aminah makan nasi.
                          Pasif : Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.

                       ii) Aktif :  Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ.
                           Pasif : Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.

                   b) Contoh Ayat Majmuk Pasif Relatif
                        i) Aktif : Mahasiswa menonton teater yang amat menyayat hati.
                          Pasif : Teater yang amat menyayat hati ditonton oleh mahasiswa.
                        ii) Aktif : Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta
                                     Ahmad pula.
    Pasif : Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang  menanduk kereta saya itu.
                   c)  Contoh Ayat Majmuk Pasif Komplemen
            i) Aktif : Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.
              Pasif : Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.
         ii) Aktif : Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebakdi India.
               Pasif : Bahawa wabak taun telah merebak di India dilaporkan oleh akhbar itu.
                     d) Contoh Ayat Majmuk Pasif Keterangan
                        i) Aktif : Abu akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.
                          Pasif : Buku itu akan dibeli oleh Abu kalau ayah membenarkannya.
                          Pasif : Abu akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh ayah.
       ii) Aktif : Sungguhpun badannya letih Ahmad tetap menghadiri majlis perayaan itu.
       Pasif : Sungguhpun badannya letih majlis perayaan itu tetap dihadiri oleh Ahmad

Ayat


Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna, iaitu dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. (Nik Safiah Karim, 1986)

2. Pola Ayat Dasar
Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu :
             Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama
            Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja
            Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif
            Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

Contoh :
 Pola 1 : Encik Zainal + pengurus syarikat.
Pola 2 : Anak mereka + sedang tidur.
Pola 3 : Baju itu + merah.
Pola 4 : Rumah saya + di Negeri Sembilan.

3. Ayat Aktif
 Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

3.1. Ayat Aktif Transitif
 Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komponen sebagai objek atau unsur penyambutnya.

3.2 Ayat Aktif Tak Transitif
 Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.
 Contoh :
            Ahmad membaca buku. (aktif transitif)
            Harimau itu menerkam kijang. (aktif transitif)
            Dia menangis sepanjang hari. (aktif tak transitif)
            Teksi itu menuju ke utara. (aktif tak transitif)