Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

19 Mac 2012

Proposal kajian Penyelidikan Tindakan


1.     Tajuk Kajian
2.     Nama Penyelidik dan Sekolah
3.     Kepada
4.     Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
5.     Isu Keprihatinan/Fokus Kajian
6.     Objektif Kajian
        Objektif Umum
        Objektif Khusus
7.     Kumpulan Sasaran
8.     Prosedur Kajian
        8.1  Tinjauan Awal
        8.2  Cadangan Tindakan Intervensi
        8.3  Bahan-bahan Yang Diperlukan
        8.4  Penilaian Tindakan Intervensi
9.     Jadual Pelaksanaan Kajian
10.          Peruntukan Yang Dipohon

Kajian Penyelidikan Tindakan

Konsep Kajian Tindakan telah dipelopori oleh Kurt Lewin, seorang ahli psikologi sosial Amerika Syarikat pada tahun 1946. Lewin mula menggunakan pendekatan Kajian Tindakan untuk mengkaji dan menyelesaikan pelbagai masalah sosial, khususnya  di kalangan komuniti minoriti pada era pasca Perang Dunia Kedua. Lewin mengkonsepsikan Kajian Tindakan sebagai satu kitaran langkah-langkah yang terdiri daripada aktiviti merancang, bertindak, menilai dan mereflek. Dua prinsip asas Kajian Tindakan ialah keputusan kumpulan dan komitmen kepada penambahbaikan.
Pada tahun 1953, Stephen Corey dari Kolej Perguruan Universiti Columbia, Amerika Syarikat; telah mengaplikasi idea Lewin ke dalam bidang pendidikan. Corey  yang hilang keyakinan dengan keberkesanan penyelidikan tradisional (kajian saintifik) dalam bidang pendidikan; mula memperkenalkan metodologi Kajian Tindakan ke dalam projek penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru pelatihnya. Di United Kingdom, Elliott dan Adelman telah menjayakan Ford Teaching Project pada tahun 1973; yang melibatkan 40 orang guru di East Anglia menggunakan metodologi Kajian Tindakan untuk menyelidik keberkesanan kaedah pengajaran inkuiri penemuan dalam bilik darjah.
Pada tahun 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan PIER (Programme for Innovation, Excellence and Research) dan salah satu sub-program PIER adalah bertujuan untuk memupuk budaya penyelidikan di kalangan pengurus pendidikan dan pendidik dengan menggunakan pendekatan Kajian Tindakan.  Selepas PIER tamat pada tahun 1997, Bahagian Perancangan dan Penyellidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) telah mengambil alih program Kajian Tindakan dan terus  mengembangkannya hingga ke hari ini.