Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

14 Oktober 2012

Tingkat Kualiti Pendidikan Negara


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kementerian Pelajaran yang menerima peruntukan terbesar iaitu RM38.7 bilion dan tambahan RM500 juta untuk Pelan Pembangunan Pendidikan akan memberi fokus kepada pembangunan profesionalisme guru serta membina prasarana sekolah secara meluas di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu penting bagi memastikan usaha kerajaan meningkatkan kualiti pendidikan negara mencapai objektif ditetapkan apatah lagi mulai 2013, gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan akan bermula.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, melalui fokus pembangunan tersebut, bukan sahaja kualiti guru dan kemudahan infrastruktur dapat ditingkatkan tetapi lebih penting, pelajar yang dilahirkan mempunyai daya pemikiran tinggi.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana meluluskan satu peruntukan yang besar kepada Kementerian Pelajaran. Ia peruntukan terbesar kerana merangkumi 21 peratus daripada keseluruhan Bajet 2013.

Tiada ulasan: