Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

15 Disember 2011

AYAT PASIF


Ayat pasif ialah ayat yang menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta kata sendi oleh.
Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah ini.
1     Kerja sekolah itu telah saya siapkan.
2     Perhatian mesti kami tumpukan apabila guru
3     Menulis Jawi perlu kamu ajar Siti.mengajar.
4     Kayu api itu dibelah oleh ayah.
5     Tikar sedang dianyam oleh mereka

Jenis-jenis Ayat Pasif
a)   Ayat Pasif Diri Pertama
Ayat pasif diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1.    Rumah itu saya bina.
2.    Kereta itu kami beli.
3.    Jambatan itu aku robohkan.
4.     
b)   Ayat Pasif Diri Kedua
Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda, dan sebagainya.
Ayat contoh:
            1.   Jam tangan itu kamu beli?
            2.   Kasut kulit itu awak gilap?
            3.   Buku novel itu anda baca?

c)   Ayat Pasif Diri Ketiga
Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau, mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
            1.   Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
            2.   Pintu bilik itu dibaiki oleh Maniam.
            3.   Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.

Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua. Untuk itu elakkan daripada membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
            1.a)   Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
               b)   Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√)
            2.a)   Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu. (X)
               b)   Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√)
            3.a)   Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)
               b)   Nasi itu telah saya tanak. (√)
            4.a)   Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak? (X)
               b)   Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√)
  Nota: Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga bentuknya berbeza daripada ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.

Tiada ulasan: