Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

29 Januari 2011

Linguistik


Linguistik moden lahir apabila para sarjana mula melihat bahasa daripada perspektif penuturnya ( Simpson 1980, 37 ). Mereka melihat bahasa daripada perspektif sinkronik berbeza dengan perspektif dikronik yang menjadi amalan ahli-ahli linguistik pada abad ke 19. Perubahan pendekatan ini merujuk kepada idea Ferdinand de Saussure dalam buku yang terkenal selepas kematiannya, ditulis oleh anak muridnya Cours de linguistique generale ( de Saussure 1916 ). Beliau tidak lagi melihat bahasa sebagai satu entiti yang dilihat daripada luar dalam perubahannya mengikut masa, tetapi melihat bahasa dari dalam, sebagai satu sistem ( langue ). Sistem memperlihatkan potensi bahasa sebagai pilihan kepada penutur untuk mengeluarkan ujaran. Potensi ini dilihat daripada hubungan padigmatik, iaitu hubungan antara lambang dalam sistem. Berdasarkan ciri inilah Saussure melihat bahasa daripada perspektif penuturnya, kerana daripada sudut penutur yang mengungkapkan pada ketika itulah sistem pilihan itu penting.

J. R. Firth seorang profesor ulong dalam Linguistik Umum di England dan pengasas “ London School” telah menengahkan satu teori bersama-sama dengan ahli antropologis Bronislow Malinowski. Idea Malinowski berkaitan dengan bahasa adalah perlakuan manusia. Ia adalah berkaitan dengan perilaku manusia berdasarkan latarbelakang kebudayaan dan sosial tertentu.. Idea ini bertentangan dengan pendapat bahawa bahasa adalah sebagai medium untuk memindahkan sesuatu idea daripada seseorang kepada seseorang lain.

Manusia menggunakan bahasa untuk melakukan pelbagai perkara dalam pelbagai konteks dan mereka secara berterusan membuat pilihan dalam system yang berbagai. Contohnya satu sistem mungkin tentang komunikasi maklumat berkaitan hal-hal dunia, kemudian ada komunikasi yang mempunyai tujuan tertentu dan ada juga bentuk komunikasi antara dua orang. Bukan semua bentuk komunikasi itu sama bentuknya.Mengikut Firth, sistem paradigmatik membolehkan penutur atau penulis membuat pilihan 3 berdasarkan dua situasi keperihalan keadaan dan juga keperihalan kebudayaan. Mengikut Firth seterusnya bahasa itu bercirikan sosial kerana bahasa dikongsi oleh sekelompok penutur dalam konteks sosial tertentu dan digunakan untuk melakukan sesuatu perkara dalam konteks tersebut.

Tiada ulasan: