Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

18 Oktober 2011

Penggunaan Bahan TMK dalam pengajaran PSK


            Daripada dapatan psikologi kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri (Rief, 1993). Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Untuk memudahkan pembelajaran sedemikian, penggunaan multimedia telah dicadangkan.
            Multimedia memang sudah lama digunakan dalam bidang pendidikan sebelum pengenalan komputer peribadi di sekolah (Poole, 1995). Pada masa itu, multimedia merujuk kepada bahan-bahan bantu mengajar audio-visual seperti pita radio, televesyen, projektor slaid, projektor filem. Bahan-bahan ini biasanya digunakan secara berasingan dan tidak ada kaitan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, teknologi komputer telah beransur-beransur mengambil alih peranan yang dimainkan oleh bahan-bahan ini. Perkembangan yang pesat pada masa kini dalam bidang terknologi komputer dari segi kelajuan pemprosesan data,ruang penyimpanan data, peranti sisian seperti pemacu CD-ROM, pengimbas, dan kamera digital telah membolehkan guru dan pelajar menghasilkan sendiri multimedia CD-ROM dengan menggunakan alat-alat pengarangan yang sesuai.
            Dengan kemudahan yang sedia ada, mereka boleh menggabungkan teks, grafik, audio, video dan animasi dalam satu CD-ROM untuk dijadikan satu multimedia interaktif sebagai alat bantu mengajara bagi matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaaran.. Mengikut Phillips (1997), multimedia interaktif boleh mengubah cara seseorang memperolehi maklumat serta cara seseorang itu belajar sekiranya digunakan dengan berkesan. Ini kerana multimedia dapat:
            1) memudahkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar kerana pelajar diberi kebebasan memilih bahan pembelajaran sendiri dan belajar pada kadar yang            sesuai dengan diri sendiri;
            (2) melayan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar dengan         elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia;
            (3) menggalakkan pembelajaran kooperatif dan interaksi di antara pelajar melalui perbincangan dan projek kumpulan; dan
            (4) memudahkan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme.
            Dengan menggunakan multimedia interaktif, seseorang pelajar mempunyai kebebasan mengawal pembelajaran sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak lain. Pelajar boleh memilih bahan pembelajaran sendiri dan belajar pada kadar yang sesuai mengikut minat dan kehendak sendiri. Dengan memasukkan kata kunci yang sesuai ke dalam ensaiklopedia multimedia, seseorang pelajar boleh mencapai kepada maklumat yang dikehendaki dan belajar memilih untuk belajar sama ada melalui teks, gambar, audio atau video mengikut gaya pembelajaran sendiri.

Tiada ulasan: