Salah satu langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja adalah peranan ibu bapa dalam mendidik dan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya terhadap anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan remaja yang terlibat itu terdiri daripada mereka yang ketandusan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa..
Oleh itu, ibu bapa perlulah meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama anak-anak. Di samping itu, ibu bapa perlulah menerapkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak sejak dari kecil lagi persis peribahasa Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Contohnya, ibu bapa wajar lebih prihatin terhadap perubahan diri anak-anak. Sekiranya anak-anak menghadapi masalah, merekalah yang menjadi pendengar setia dan menjadi kaunselor untuk menyelesaikan masalah anak-anak dengan cara yang baik. Malah, ibu bapa perlu mengelakkan kekasaran dan herdikan semasa mendidik anak-anak. Sekiranya ibu bapa memainkan peranan sedemikian sudah tentu masalah kebejatan sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan