Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan guru meningkatkan kelayakan
akademik melalui pelbagai program dan galakan termasuklah kursus dalam
perkhidmatan, galakan guru bukan siswazah melanjutkan pelajaran di
peringkat ijazah, pensiswazahan Guru Besar, anugerah biasiswa
melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran
merupakan manifestasi untuk membangunkan kerjaya guru.
Peranan guru menentukan corak pembangunan
sesebuah negara. Kejayaan negara adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana
persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor
bermula dari sekolah rendah lagi dan sudah pastinya khidmat dan jasa
guru adalah sangat bermakna. Untuk itu guru menghadapi cabaran sebagai 'role model' dan hendaklah sentiasa berkelakuan baik sepanjang perjalanan kehidupan seharian. Guru juga mesti menunjukkan nilai murni yang baik dan sempurna dalam membimbing murid semasa di sekolah.
Cabaran dan tanggungjawab kini kian bertambah sejajar dengan
perubahan kurikulum dan kokurikulum baru dalam sistem pendidikan Malaysia. hal ini juga sering dikaitkan dengan fenomena guru sehingga sanggup mengambil keputusan menukar kerjaya dan
bersara awal. Perubahan dan revolusi pendidikan yang sentiasa berubah menyebabkan tugas guru semakin
banyak. Di samping itu harapan masyarakat terhadap para guru semakin menggunung
tinggi yang inginkan kejayaan anak-anak mereka menjadi satu perkara yang membebankan tugas guru untuk memenuhi harapan itu. Hal ini menyebabkan, guru berasa amat tertekan kerana tidak mampu menangani
tugas dan harapan yang sentiasa berterusan mengalami perubahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan