Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

30 Mei 2011

SENI DALAM PENDIDIKAN


Matapelajaran             :Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (Tahun 2)
Tajuk                           :Koordinasi
Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:
1) Muzik         :Nyanyian lagu ‘Jika Rasa Gembira’
2) Pergerakan  :Murid bertepuk tangan, menepuk peha dan menghentak kaki gabungan ketiga-tiga pergerakan.
3) Seni Visual :Melukis koordinasi antara anggota tubuh badan.
Dalam tajuk ‘Koordinasi’, guru menggunakan cara integrasi untuk menekankan aspek psikologi. Ini bertujuan untuk memberi kesan dan impak positif secara tidak langsung kepada minda dan tubuh murid-murid.
Seperti yang diketahui, matapelajaran PJK lebih memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti fizikal. Dalam tajuk ‘Koordinasi’ ini, guru akan menyuruh murid- murid melakukan pergerakan fizikal seperti berlari, bertepuk tangan dan menghentak kaki bersama-sama. Walaupun murid-murid melakukan pergerakan secara bebas namun masih lagi di bawah pengawalan guru. Dengan melakukan pergerakan-pergerakan tersebut, murid dapat belajar sambil bergerak.
Dalam tajuk ini, seni muzik dan seni pergerakan dapat diintegrasikan bersama dengan menyanyikan lagu ‘Jika Rasa Gembira’. Selepas melakukan aktiviti ini, murid dapat menyelaraskan pergerakan mengikut rentak muzik. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat bergerak, berfikir dan merasai sesuatu secara langsung serta mempelajari pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Melalui pergerakan seperti ini, murid juga dapat mempelajari tentang diri sendiri.
Melalui aktiviti menyanyi lagu ini, murid dapat menyanyi beramai-ramai, murid berpeluang mewujudkan suasana yang harmonis. Suasana sedemikian dapat mencetuskan perhubungan mesra di antara guru dengan murid dan murid dengan rakan-rakannya.

Tiada ulasan: