PENDAHULUAN
Fail Meja Setiausaha Sukan ini dihasilkan dengan tujuan membantu Setiausaha Sukan Sekolah untuk merancang, mengurus, menyelaras dan memantau kegiatan sukan secara cekap dan efisien. Fail Meja ini dihasilkan sebagai pemangkin untuk menjana idea-idea baru yang kreatif dan inovatif di kalangan Setiausaha Sukan berkaitan rancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penyelidikan aktiviti sukan di sekolah .
Untuk membantu merealisasikan tujuan yang dimaksudkan di atas, maka kandungan Fail Meja ini dipersembahkan berpandukan kepada Carta Organisasi dan Senarai Tugas Setiausaha Sukan Sekolah serta Pekeliling-Pekeliling yang berkaitan dengan pelaksanaan sukan.
Akhirnya, diharapkan agar Fail Meja ini benar-benar dapat memberi manfaat kepada guru-guru yang memegang jawatan Setiausaha Sukan Sekolah demi kecemerlangan sukan sekolah.
1.0 VISI SUKAN SEKOLAH
2.0 MISI SUKAN SEKOLAH
2.1 Sukan sebagai penjana Generasi Pelajar yang cerdas dan cergas
2.2 Sukan sebagai suatu aktiviti masa lapang dan dilaksanakan sepanjang masa.
2.3 Menjadi Johan sebagai matlamat dan pegangan.
3.0 DASAR SUKAN SEKOLAH
3.1 Semua pelajar mesti mengambil bahagian dalam Kejohanan merentas Desa dan Kejohanan Olahraga Tahunan di peringkat sekolah.
3.2 Semua pelajar mesti sekurang-kurangnya mengambil bahagian dalam satu jenis permainan di peringkat sekolah.
3.3 Semua pelajar mesti menjadikan aktiviti sukan sebagai satu amalan untuk mengisi masa lapang.
4.0 MATLAMAT SUKAN SEKOLAH
4.1 Penyertaan 100% Pelajar dalam aktiviti Sukan dan Permainan
4.2 Membentuk dan Melatih Pasukan Olahraga dan Permainan bagi menyertai pertandingan peringkat daerah dan MSSPK.
4.3 Sentiasa berusaha untuk Meningkatkan dan Mengekalkan Prestasi Pasukan Dalam Pertandingan yang Disertai
5.0 SENARAI TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
5.1 Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah
5.2 Merancang takwim dan strategi penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan dan permainan di semua peringkat .
5.3 Membantu pengetua mengagih dan menjayakan tugas dalam olahraga dan perminan.
5.4 Menyediakan perancangan anggaran belanjawan untuk aktiviti sukan dan keperluan peralatan permainan.
5.5 Menyediakan keperluan perancangan dari aspek prasarana/infrastuktur, kemudahan- kemudahan asas, perkakasan dan peralatan sukan mencukupi untuk kegunaan pelajar.
5.6 Menyediakan perancangan untuk keperluan sumber tenaga/kepegawaian/kejurulatihan, bahan-bahan bacaan dan sumber rujukan
5.7 Menyelaras penyertaan dan menyelia pelaksanaan kegiatan sukan dan permainan Di peringkat MSSDaerah, MSSNegeri, MSSM dan Sukan jemputan agensi luar.
5.8 Melaksana Sukan Tahunan / Sukantara / Merentas Desa / Road Relay.
5.9 Memantau atau menyelia pengurusan “Sports For Excellence” .
5.10 Menilai setiap kegiatan sukan dan permainan berdasarkan skema Penilaian Aktivii kokurikulum (untuk individu) dan penilaian kokurikulum mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM ) supaya mencapai matlamatnya
5.11 Memastikan data dan rekod sukan dan permainan diselenggara dengan baik.
5.12 Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
5.13 Menyedia dan mempamerkan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
5.14 Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah
untuk edaran, rujukan dan rekod.
5.15 Sentiasa berbincang dengan pengetua atau Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
5.16 Merekod pencapaian cemerlang murid-murid dan pasukan sekolah dam Buku Rekod Pencapaian sukan sekolah
5.17 Merancang, mengurus dan melaksana majlis penghargaan kokurikulum untuk sukan dan
Permainan.
5.18 Merancang dan melaksana kajian tindakan dan penyelidikan untuk penambahbaikan .
5.19 Menghadiri kursus berkaitan kokurikulum sukan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran guru.
6.0 SENARAI TUGAS KETUA RUMAH SUKAN DAN PENASIHAT PASUKAN SEKOLAH
1. Membentuk jawatankuasa pasukan dan rumah sukan.
2. Merancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam aktiviti
permainan.
3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
6. Menganjurkan perlawanan antara ahli rumah sukan/ ahli pasukan sekolah.
7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga dan surat rawatan untuk ke
pertandingan luar.
9. Melapor dan merekod keputusan pertandingan yang disertai.
10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk penyediaan dan pemuliharaan peralatan serta pengurusan.
11. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
12. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
selamat dan mencukupi.
13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru dan ahli rumah sukan.
14. Mengambil langkah untuk menilai dan mempertingkatkan prestasi pasukan sekolah dan rumah sukan.
15. Merekod dan menyimpan prestasi ahli rumah sukan dan pasukan sekolah.
16. Menghadiri kursus sukan dan permainan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan badan-badan lainatau persatuan yang diluluskan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Guru Besar dari semasa ke semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan