Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

01 Mac 2012

Kurikulum Tersirat


Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. (Saedah Siraj, 2001; Wiles and Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986).

Diperingkat pelaksanaan, kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu sendiri. Diperingkat penilaian pula, pengukuran serta pengujian dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang tercatat.

Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan lainya bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi  kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. (Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994). Ini lah yang dikatakan Kurikulum Tersirat.

Idea kurikulum tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam bukunya Life in Classrooms yang dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973), Apple (1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli (1993) dan lain-lain lagi.

Ausbrooks (2000)  menjelaskan bahawa kurikulum tersirat adalah “is composed of the implicit messages in th school’s sosial climate, unwritten yet understood by all. It is the body of knowledge a child absorbs in school simply by being there day after day. This is the curriculum that creates a school’s so called ‘learning environment’.

Cahfel (1997) berpendapat terdapat dua bentuk kurikulum yang dilaksanakan disekolah iaitu overt (terbuka) yang memberi fokus kepada kursus pengajian  yang eksplisit dan covert (tersirat) yang memberi fokus kepada pembelajaran yang tacit (diaplikasikan tetapi tidak didokumentasikan dan tidak tercatat).

Cahfel mendapati bahawa kurikulum tersirat boleh didefinisikan sebagai norma-norma, nilai dan kepercayaan yang tidak dinyatakan  dalam kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung didalam kelas dan didapati bahawa kurikulum tersirat tidak dinyatakan dalam kurikulum rasmi sahaja.

Diperingkat pengajian tinggi, kurikulum tersirat lebih memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus. Adams (2002) mengenalpasti budaya akademik sebagai kurikulum tersirat. Margolis (2001) memperolehi dapatan yang hampir sama mengenai kurikulum tersirat … “tacit learning, unitended and intended consequences of schooling, political sosialization, role development, mentoring and intentional practices”.

Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Kurikulum tersirat boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti unit kokurikulum. Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, harus menyelitkan dan mengalakkan interaksi dalam kelas sosial.

Ciri-Ciri Kurikulum Tersirat boleh dimaksudkan seperti berikut :

-          merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar
-          boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat relative dan agak sukar diukur secara kuantitatif
-          merangkumi bilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri (murid-guru-pengajar). Dipelajari oleh murid tetapi secara tidak langsung misalnya daya intelek guru/pengajar; tingkahlaku dan akhlak guru/pengajar
-          kewujudannya adalah berbez-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum (murid-guru/pengajar)
-          kadangkala kurikulum tersirat terdapat pada matlamat atau objektif satu-satu kurikulum tetapi tidak tertulis dalam kandungan kurikulum berkenaan mahu pun dalam penilaian
-          jenis atau pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis institusi, tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri

Tiada ulasan: