Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

17 Mac 2012

Analisis Makna dalam Cerpen

ANALISIS PETIKAN  CERPEN MENGGUNAKAN TEKNIK IMEJAN
Cerpen          : Sepunya Cinta Ramadan
Penulis          : Ibnu Ahmad al-Kurauwi
 Akhbar
Utusan Malaysia,  07 Ogos 2011 (Khamis)
Rujuk Lampiran 1-1

1.    Ilham yang dimandulkan oleh hangat subuh itu menarik perhatian saya ke kotak e-mel setelah sekian lama tidak berusik. (perenggan 2; baris 3)
Menurut konsep dan definisi teori kajian imejan atau juga dikenali sebagai teori imej makna, perkataan hangat ini boleh dianalisis berdasarkan kepada imej yang merujuk kepada maksud panas oleh penutur dan pendengar. Begitu pun kata hangat juga boleh membawa maksud meriah. Bagi  pemikiran, pengalaman dan tahap pelajaran individu dari konteks sambutan, penutur dan pendengar juga akan merujuk maksud kata hangat ialah berita panas atau berita terkini yang sedang diperkatakan dalam masyarakat. Dalam bidang politik, juga kata hangat akan membawa kepada pergolakkan dan semangat membara. Contohnya, Pilihan raya umum sedang hangat dirasakan menjelang hari pembuangan undi. Manakala kata hangat juga dalam pemikiran yang lain dianggap sebagai semangat yang berkobar-kobar, berapi-api, sengit, dan meruncing dalam konteks perdebatan. Jika kata hangat ini diberi kata ganda akan menjadi hangat-hangat,. Contoh ...hangat-hangat tahi ayam. Maksud yang cuba disampaikan oleh penulis dalam penulisan di atas menyatakan kepanasan subuh itu menarik keinginannya untuk membuka emel yang belum dibacanya sejak sekian lama.
2.    ............tangan saya gatal melarikan tetikus ke sebuah e-mel bertajuk "Punya Cinta Ramadan". (Perenggan 3: baris 7)
Kata  gatal dalam ayat di atas ialah kata adjektif yang cuba digunakan oleh penulis yang membawa makna keinginan tangannya untuk menggerak-gerakkan tetikus komputer. Dalam kajian teori imejan makna gatal pada masyarakat penutur dan pendengar juga memberi gambaran sebagai miang. Pada segelintir masyarakat terutamanya penutur dan pendengar yang berpelajaran rendah dan  penutur orang tua  juga memberi gambaran perkataan ‘gatal’ boleh merujuk kepada seorang perempuan atau pemuda yang tergila-gilakan seorang gadis atau pemuda. Perkataan  gatal juga pada asalnya memberi gambaran tentang gatal pada anggota badan akibat terkena sesuatu yang miang dan gigitan serangga dan nyamuk.
3.     Novel kecil yang lahir daripada rahim penerbit yang besar. Ghairah melayan ke semua e-mel tahniah yang datang. (perenggan 3: baris 10)
Bagi individu yang mempunyai tahap pemikiran yang rendah, perkataan lahir  hanya merujuk kepada kelahiran seseorang bayi iaitu manusia. Begitupun maksud yang ingin disampaikan oleh penulis dalam petikan di atas membawa makna keluaran atau terbitan. Persepsi yang lain bagi penutur dan pendengar yang berpendidikan akan menambah gambaran dan makna tambahan, perkataan lahir juga boleh membawa maksud lahiriah yang bermaksud luaran, nyata, maujud, jasmaniah. Contoh ayat; Pada lahirnya, ia baik hati tetapi batinnya siapa yang tahu. Makna yang lain bagi perkataan lahir  dalam konteks politik dan pentadbiran boleh membawa makna mengadakan dan mewujudkan. Contoh ayat Dato Seri Najib telah melahirkan corak baharu dalam pentadbirannya.
4.    Hampir sahaja saya tewas dan lemas dalam pencarian, namun akhirnya saya temui jawapannya dalam novel ustaz 'Punya Cinta Ramadan' itu," tambahnya lagi.(perenggan 8: baris 2 )
Perkataan  tewas di atas, penulis cuba memberi maksud gagal dalam pencarian. Manakala makna menerusi teori Imejan memberi gambaran, kata  tewas  boleh membawa maksud kalah dalam peperangan. Masyarakat penutur dan pendengar juga akan menjadikan perkataan tewas sebagai kiasan kepada makna gugur atau terkorban dalam pertempuran atau peperangan. Apabila kata tewas diberi imbuhan akan memberi gambaran makna yang berbeza. Contoh ayat; Pasukan Malaysia tewas kepada pasukan Syria dalam perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam malam tadi. Perkataan tewas akan digunakan untuk menggambarkan kekalahan pasukan Malaysia dalam perlawanan bola sepak.

5.    Kepala saya rapat ke skrin mendekat.. ( perenggan 9 : baris 1)
Kata rapat di atas ialah kata adjektif dan bermakna  padat,tumpat, kerap, tetal, dan utuh. Dalam ayat di atas, perkataan rapat yang digunakan oleh penulis membawa maksud mendekatkan bahagian kepala dengan skrin komputer. Bagi teori imejan kata rapat juga boleh diberi gambaran sesetengah pihak berdasarkan kepada petikan ayat tersebut dengan makna yang berbeza iaitu mendekatkan kepala dengan komputer atau merapatkan kepala hampir dengan skrin komputer. Namun begitu dalam persepsi yang berbeza, masyarakat penutur dan pendengar memberi gambaran perkataan rapat juga merujuk kepada kawan yang paling akrab, mempunyai hubungan erat dan mesra. Contoh ayat ; Hubungan ibu dan kakak sangat rapat.
....................bersambung



6.    Saya jatuh cinta, ustaz," ( perenggan 10: baris 2    )
Bagi setiap individu yang mendengar perkataan ini sudah sinonim dan pernah mengucapkannya kerana secara umumnya perkataan yang terkandung dalam ayat ini biasa didengar. Dalam konteks teori imejan dalam masyarakat penutur dan pendengar, kata jatuh cinta membawa makna menyukai dan menyayangi seseorang. Dalam petikan ayat ini pula penulis cuba menggambarkan kata jatuh cinta bermaksud mencintai seseorang disampaikan kepada ustaz yang mendengar keluhannya. Begitupun dalam konteks yang lain perkataan jatuh membawa makna dan gambaran berbeza dalam masyarakat. Jatuh boleh dimaksudkan gugur yang merujuk kepada orang, dan benda yang jatuh. Kata jatuh juga boleh membawa makna luruh dan daun yang guru.
Dalam konteks masyarakat perniagaan perkataan jatuh boleh membawa makna kejatuhan  nilai saham dan harga barangan . Contoh ...harga saham Down Jones jatuh ke paras paling rendah berbanding ringgit. Bagi kata jatuh  dalam gambaran pemikiran tinggi bermakna tumbangnya sesebuah kerajaan seperti kejatuhan negeri Melaka kepada Portugis. Manakala dalam konteks pemikiran masyarakat penutur dan pendengar juga menggunakan kata jatuh bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk bagi matahari . contoh terbenam matahari.....masuknya matahari.
7.    ....ulas wanita itu membandingkan dirinya. (perenggan 11:6)
Dalam teori imejan juga perkataan ulas membawa makna berbeza. Dalam petikan di atas penulis cuba menggunakan perkataan ulas sebagai maksud mengulas atau memperkatakan sesuatu daripada percakapan yang telah didengar.  Segelintir masyarakat penutur juga memberi gambaran perkataan ulas bermaksud sarung bantal, sarung tilam, sampul bantal, dan sampul bantal. Bagi penutur dan pendengar yang biasa mendengar perkataan ulas akan memberi gambaran kata ulas bermakna isi buah seperti durian,limau seperti dalam contoh ayat; Ayah memakan beberapa ulas durian yang dibeli di pasar pagi tadi. Dalam perkamusan dan penambahan kata terbitan akan membawa maksud yang lain termasuklah berulas, mengulas, seulas, berulas, mengulas, ulasan, pengulasan dan pengulas.
8.    "Wadi kami umpama Wadi Ustaz Baihaqi yang tandus......(perenggan 12:1)
Dalam petikan ayat di atas gambaran penulis menggunakan perkataan tandus untuk menyampaikan makna pertubuhan  yang aktif selama ini telah dibubarkan. Hal ini berbeza dalam konteks teori imejan perkataan tandus memberi makna satu keadaan tanah lapang yang gersang, kering kontang tanpa sebarang rumput, tumbuhan dan pokok kayu. Gambaran lain bagi pemikir, penutur dan pendengar berpendidikan tinggi, kata tandus boleh dimaknakan sebagai kekeringan idea atau ketandusan idea. Contoh ayat; Pengurus itu tandus idea bagi meningkatkan ekonomi syarikatnya. Dalam gambaran yang lain kata  tandus bersinonim dengan habis langsung: licin-licau, tiada lagi, hilang, lenyap, pupus, tandas.
9.    Tanggungjawab yang sememangnya berat, apatah lagi saya diberi harapan oleh para jemaah untuk membawa perubahan kepada wadi kami agar makmur dan berkat.  (perenggan 13:2)
Merujuk kepada teori imejan yang ingin disampaikan oleh penulis, perkataan jemaah yang digunakan dalam penulisan ayat ini bermakna satu kumpulan masyarakat setempat atau sebuah persatuan dalam komuniti. Dalam gambaran masyarakat berpelajaran tinggi dan ahli politik makna yang lain bagi  jemaah bermaksud sekumpulan menteri yang dilantik untuk mengendalikan kementerian masing-masing. Contoh ayat : Jemaah Menteri Malaysia akan bersidang pada hari Rabu minggu hadapan. Mengikut kefahaman masyarakat Islam, perkataan jemaah juga merujuk kepada satu rombongan orang yang pergi ke Mekah untuk menunai­kan fardu haji atau sekumpulan orang yang menunaikan sembahyang. Contoh ayat, Lebih seratus orang jemaah muslim telah menunaikan sembahyang di masjid baharu itu. 
10. "Maafkan saya kerana menambah beban ustaz dengan e-mel yang berjela ini.......( perenggan 28:1)
Kata beban ialah satu kata nama yang dimaksudkan oleh penutur dan pendengar peringkat rendah sebagai kata yang bermakna muatan, isi, kandungan, dan isi barang dalam sebuah kargo. Bagi penulis makna beban yang ingin disampaikan dalam petikan di atas satu tanggungjawab ustaz yang semakin berat dengan kiriman emel yang banyak. Tetapi dalam persepsi yang berbeza, masyarakat penutur dan pendengar juga memberi makna bagi kata beban bermaksud satu tanggungjawab dan kewajipan,  dan amanah, yang mesti dilaksanakan.

Tiada ulasan: