Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

29 Februari 2012

Kedayan Sabah - Bahasa


Etnik  di Sabah menggunakan lebih daripada 50 bahasa, yang dituturkan sekurang-kurang lebih daripada 80 dialek[1].Bahasa Kedayan merupakan satu-satunya bahasa yang berbeza dari rumpun bangsa Melayu . Perbezaan yang ketara yang terdapat pada bahasa Kedayan dengan bahasa Melayu ini ialah dari segi bilangan huruf abjad. Abjad bahasa Kedayan hanya terdiri daripada 18 huruf, iaitu terdapat hanya 3 huruf vokal iaitu a, i, dan u; manakala hanya 15 huruf konsonan, iaitu b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t, w, dan y.
Bahasa ibunda yang menjadi tradisi kaum ini, vokal o dan e hampir tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Kedayan. Umpamanya:
  • besar = basaa
  • otak = utak
  • kota = kuta.
Vokal o hanya wujud sebagai gandingan kepada konsonan r, umpamanya taloo untuk 'telur', dengan o berfungsi sebagai konsonan gantian. Konsonan bahasa Melayu yang tidak digunakan dalam bahasa Kedayan ialah f, q, r, v, z ( x tidak wujud dalam abjad bahasa Melayu). Bagaimanapun, ketinggalan konsonan r merupakan satu huruf paling nyata. Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, perkataan bahasa Kedayan akan berbunyi seperti berikut:
  • r = aa; umpamanya besar = basaa
  • r = ii; pandir = pandii
  • r = oo atau r = uu; telur = taloo atau taluu
  • r = ing
  • air = aing.
Kecuali ketika mengikut dasar sistem ejaan bahasa Melayu yang menetapkan bahawa semua perkataan pinjaman perlu sedapat-dapatnya mengekalkan bunyinya, bahasa Kedayan hanya dapat menggunakan 18 huruf yang tersebut.
Dialek Melayu Kedayan pula dianggap sebagai salah satu dialek atau bahasa minoriti di negara ini. Hal ini  berlaku kerana masyarakat Kedayan akan menggunakan bahasa Melayu Brunei ketika berkomunikasi. Ini diperkuatkan lagi apabila puak ini bertembung dengan etnik-etnik atau puak-puak yang lain yang terdapat di negara ini, Dialek Kedayan dalam penggunaan kata sapaannya untuk berkomunikasi ataupun berinteraksi, dalam setiap bahasa sememangnya telah menentukan norma dan juga sistem atau aturan sosial mereka.

Penggunaan sistem sapaan ini merupakan salah satu cara bagi menghormati seseorang di samping bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan sebagai menghormati orang ydang disapa Salah satu contoh adalah kata ‘biskita’ atau ‘kita’ (awak) digunakan apabila bertemu dengan seseorang yang lebih tua daripada penutur. Sapaan ‘kawu”(kau)  pula biasanya digunakan kepada rakan penutur yang seusia atau yang lebih muda daripada penutur.

Bahasa Kedayan
Bahasa Melayu
Abak-abak
berdebar-debar
Abal-abal
Menirap
Agatah
Pergi
Aing
Air
Ambulong
Sagu
Ambuyat
Makanan daripada sago
Andang
Kekal
Ani
Ini
Antap
terlampau; terlalu
Atu
Itu
Awu
Ya
Babal
Bodoh
Bagas
Bekas
Baibun
Bergurau
Bajaur
Merayau
Bakamih
Kencing
Bangas
Basi
Bapadah
Berkata
Bapanyap
Berkemas
Basaa
Besar
Batah
Lambat
Batis
Betis
Belurih
mendapat hasil
Belusir
Berlari
Berinut
berjalan lambat
Betinting
berjalan ketinting
Bida
Hodoh
Bini -bini
perempuan
Bisai
cantik ; lawa
Bisdurang
Mereka
Bubus
Bocor
Damit
Kecil
Dandam
rindu ; dendam
Dangani
Temankan
Gauk
Nakal
Gigiran  , bibiran
Melatah
Giuk
Ulat
Gulaian
Sayur
Hambat
pukul ; rotan
Hantap

Hindik
Tending
Hulun
Suruhan
Ikung
ekor
Inda
Tidak
Jalama
Manusia
Kadikamu
Kamu
Karau
Keras
Kawu
kamu ; kau ; awak
Kediaku
Aku
Kurapak
Cakap
Lacah
Lantai basah
Lagat
Kotoran degil
Lagau
Panggil
Lampong
Lampu
Lidut
Lambat
Luan
Selalu
Malamaie
Senja;petang
Malimpang
Baring
Mengujar
Mencari
Miani
Begini
Miatu
Begitu
Mua
Muka
Ngalih
Penat
Ngam
Betul
Nuun
Berjalan ; meninggal dunia
Patuha
Datuk
Pabinian
Isteri
Palakian
Suami
Pulak
patah
Salajur
terus; sekaligus
Sepanggal
Sepotong
Ucapnya
Katanya
Unjar
Cari


[1] http://donlokns.blogspot.com/2008/09/folkor-sabah_29.html

20 Februari 2012

MENGANALISIS DATA KUALITATIF

CARA-CARA MENGANALISIS DATA
Di dalam topik-topik lepas, kita telah membincangkan tentang 2 pendekatan analitik iaitu analisis kandungan dan teori tersembunyi. Terdapat juga beberapa pendekatan persaingan di dalam menganalisis data kualitatif antaranya termasuklah  penceritaan, analisis konvensional dan analisis perbincangan.

Pendekatan penceritaan
Salah satu kelemahan analisis kandungan terutamanya teori teori tersembunyi adalah ianya membahagi dan memecahkan hubungkait data daripada proses social yang diwakili. Walaubagaimanapun,kajian mengalakkan pendekatan lisan, sejarah hidup atau temubual tidak berstruktur di dalam bentuk penceritaan lebih tulen maklumatnya.
Pendekatan penceritaan adalah cara yang ideal untuk mendapatkan pengalaman responden dan digunakkan secara meluas dalam penyelidikan perubatan, kejadian traumatik, pendidikan, dan kajian organisasi.
Menurut Musson ( 1998 ), contohnya bagaimana pengalaman, kecelaruan dan kekangan bekerja di dalam organisasi moden serta penyuluhan fungsi individu dan organisasi
Terdapat beberapa pendekatan untuk menganalisis pendekatan penceritaan dan kesemuannya mempunyai ciri-ciri yang umum. Pertama, teks dirujuk di dalam sistem Gestalt, iaitu di dalam konteks dan situasi sosial yang diuji. Kemudian, kajian formal teks termasuklah perbezaan di antara teks yang dijadikan penceritaan dan teks berbentuk lain.
Analisis konvensional
Analisis konvensional adalah lebih kepada analisis formal daripada perbualan seharian. ( Flick, 1998 ). Kebiasaanya, kaedah ini menggunakan analisis teks semulajadi ( transkrip rakaman video/audio ) dan mencari kata kunci utama yang terungkap di dalam pergaulan sosial. Kajian di dalam analisis konvensional adalah terhad kepada perbualan telefon atau perbualan di dalam keluarga dan diperluaskan kepada perbualan institusi seperti makhamah, perjumpaan, dan pelbagai jenis temuduga/temuramah.
Analisis konvensional lebih tertumpu kepada elemen interaksi sosial seperti mengambil giliran, pembukaan, penutup dan  gangguan  berbanding analisis sosial ( Haven, 1999 ). Analisis konvensional sangat tertumpu kepada isu di dalam konteks
Analisis perbincangan.
Analisis perbincangan tertumpu kepada kedua-dua, lisan dan penulisan yang digunakan di dalam konteks sosial. Perhatian diberikan kepada struktur dan pengorganisasian bahasa yang menumpukan kepada penglibatan responden serta cara persembahan dibina. Analisis perbincangan adalah bertentangan dengan analisis kandungan di mana bahasa adalah pantulan kepada realiti. Analisis menjadi tertumpu kepada mengenlapasti pengaturan bahasa dari aspek corak dan perbendaharaan kata.
KUALITI DI DALAM ANALISIS KUALITATIF
Menurut (Bryman, 1988), kesahan dan kejituan adalah 2 konsep asal di dalam kualitatif. Lincoln,1985 juga menegaskan bahawa penyelidik naturalistik cenderung akan tetap sederhana dan enggan membuat generalisasi daripada penemuan mereka. Maka isu kesahan luaran tidak penting di dalam penyelidikan mereka. Namun, seperti yang akan kita lihat, beberapa antusias menyatakan pendekatan kualitatif perlu melihat kesahan dan kejituan malah mereka menyarankan beberapa kriteria tambahan yang lebih penting.
Kesahan
Di dalam isu kesahan, persoalan adalah tentang sejauh manakah pembangunan penyelidik didasari pembangunan yang sedang diteliti ( Flick, 1998 ). Hall dan Callery ( 2001 ) mengkritik teori terbumi kerana data terkumpul mengambarkan realiti dan tidak bersandar serta tidak dipengaruhi oleh tafsiran subjektif penyelidik. Mereka berdebat untuk penyelidik mengadopsi sikap refleksif yang menunjukkan secara kritikal pengaruh mereka dalam proses penyelidikan. Reflektif diri diperkukuhkan melalui penyemakan berulang interpratasi penyelidik ( Whitemore, 2001). Selain itu, respondan juga boleh menyemak ketepatan data.
Data boleh dipalsukan, diabaikan, atau disalahtafsir. Untuk mengelakan perkara ini kita boleh mereplikasikan data tetapi data kualitatif sukar untuk direplikasi ( Dey, 1993 ). Penyelidik lain boleh memeriksa prosedur penyelidikan yang dijalankan. Ini lebih mudah apabila dua 
penyelidik bekerjasama di dalam satu projek yang sama. Selain itu, data boleh dibahagikan dan dianalisi dalam 3 peringkat untuk memastikan keputusannya adalah sama.
Beberapa prinsip boleh diwujudkan untuk kesahan tetapi bagaimana penyelidik akan mencapainya di dalam kajian? Menurut Whitemor, 2001 memberikan senarai semak yang berguna dapat meningkatan kesahan tetapi ianya bergantung kepada konteks dan tujuan kajian

18 Februari 2012

Fail Meja Setiausaha Sukan Sekolah

PENDAHULUAN
Fail Meja Setiausaha Sukan ini dihasilkan dengan tujuan membantu Setiausaha Sukan Sekolah  untuk merancang, mengurus, menyelaras dan memantau kegiatan sukan  secara cekap dan efisien. Fail Meja ini dihasilkan sebagai pemangkin untuk menjana idea-idea baru yang kreatif dan inovatif di kalangan Setiausaha Sukan berkaitan rancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penyelidikan aktiviti sukan  di sekolah .

            Untuk membantu merealisasikan tujuan yang dimaksudkan di atas, maka kandungan Fail Meja ini dipersembahkan berpandukan kepada Carta Organisasi dan Senarai Tugas Setiausaha Sukan Sekolah serta Pekeliling-Pekeliling yang berkaitan dengan pelaksanaan sukan.
            Akhirnya, diharapkan agar Fail Meja ini benar-benar dapat memberi manfaat kepada guru-guru yang memegang jawatan Setiausaha Sukan Sekolah demi kecemerlangan sukan sekolah.
1.0  VISI SUKAN  SEKOLAH

2.0  MISI SUKAN SEKOLAH
2.1  Sukan  sebagai penjana Generasi  Pelajar yang  cerdas  dan cergas
2.2  Sukan sebagai  suatu aktiviti masa  lapang dan dilaksanakan  sepanjang masa.
2.3  Menjadi Johan sebagai matlamat dan pegangan. 

3.0  DASAR SUKAN SEKOLAH
3.1  Semua pelajar mesti mengambil bahagian dalam Kejohanan merentas Desa dan Kejohanan Olahraga Tahunan di  peringkat sekolah.
3.2  Semua pelajar mesti sekurang-kurangnya mengambil bahagian dalam satu jenis permainan di peringkat  sekolah.
3.3  Semua pelajar mesti menjadikan aktiviti sukan sebagai satu amalan untuk mengisi masa lapang.
                       
4.0  MATLAMAT SUKAN SEKOLAH
4.1  Penyertaan 100% Pelajar dalam aktiviti  Sukan dan Permainan
4.2  Membentuk dan Melatih Pasukan Olahraga dan Permainan bagi  menyertai pertandingan peringkat daerah dan MSSPK.
4.3  Sentiasa  berusaha untuk  Meningkatkan dan Mengekalkan Prestasi Pasukan Dalam Pertandingan yang Disertai
                                                                                                                         
5.0  SENARAI TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
5.1  Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah
5.2  Merancang  takwim dan strategi penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan dan permainan di semua peringkat .
5.3  Membantu pengetua mengagih dan menjayakan tugas dalam olahraga dan perminan.
5.4  Menyediakan perancangan anggaran belanjawan untuk aktiviti sukan dan keperluan   peralatan permainan.
5.5  Menyediakan keperluan perancangan dari aspek prasarana/infrastuktur, kemudahan- kemudahan asas, perkakasan dan peralatan sukan mencukupi untuk kegunaan pelajar.
5.6  Menyediakan perancangan untuk  keperluan sumber tenaga/kepegawaian/kejurulatihan,        bahan-bahan bacaan dan sumber rujukan
5.7  Menyelaras penyertaan dan menyelia pelaksanaan kegiatan sukan dan permainan  Di peringkat MSSDaerah, MSSNegeri,  MSSM dan Sukan jemputan agensi luar.
5.8   Melaksana Sukan Tahunan / Sukantara / Merentas Desa / Road Relay.
5.9   Memantau atau menyelia pengurusan “Sports For Excellence” .
5.10       Menilai setiap kegiatan  sukan dan permainan berdasarkan skema Penilaian Aktivii kokurikulum (untuk individu) dan penilaian kokurikulum mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM )  supaya mencapai matlamatnya
5.11        Memastikan data dan  rekod sukan dan permainan diselenggara dengan    baik.
5.12       Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
5.13       Menyedia dan mempamerkan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
5.14       Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah   
       untuk edaran, rujukan dan rekod.
5.15       Sentiasa berbincang dengan pengetua atau Penolong Kanan Kokurikulum untuk  kepentingan sukan sekolah.
5.16       Merekod pencapaian cemerlang murid-murid dan pasukan sekolah dam Buku Rekod Pencapaian sukan sekolah
5.17       Merancang, mengurus dan melaksana  majlis penghargaan kokurikulum untuk sukan dan
        Permainan.
5.18       Merancang  dan melaksana kajian tindakan dan penyelidikan untuk penambahbaikan .
5.19       Menghadiri kursus berkaitan kokurikulum sukan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran guru.

6.0 SENARAI TUGAS KETUA RUMAH SUKAN DAN PENASIHAT PASUKAN SEKOLAH
1.         Membentuk jawatankuasa pasukan dan rumah sukan.
2.         Merancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam aktiviti
            permainan.
3.         Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
4.         Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
5.         Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
6.         Menganjurkan perlawanan antara ahli rumah sukan/ ahli pasukan sekolah.
7.         Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
8.         Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga dan surat rawatan untuk ke
            pertandingan luar.
9.         Melapor dan merekod keputusan pertandingan yang disertai.
10.       Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk penyediaan dan pemuliharaan peralatan serta pengurusan.
11.       Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
12.       Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
           selamat dan mencukupi.
13.       Merancang aktiviti tahunan dengan guru dan ahli rumah sukan.
14.       Mengambil langkah untuk menilai dan mempertingkatkan prestasi pasukan sekolah dan rumah sukan.
15.       Merekod dan menyimpan prestasi ahli rumah sukan dan pasukan sekolah.
16.       Menghadiri kursus sukan dan permainan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan badan-badan lainatau persatuan yang diluluskan.
17.       Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / Guru Besar dari semasa ke semasa.