Guru perlu
bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan sesuatu aksi
yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a-z dan terhenti berlakon. Jika keadaan
ini berlaku, maka guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog murid. Apa
yang penting ialah bagaimana murid dapat mengabungkan idea dengan arahan atau
rangsangan yang diberikan oleh guru secara spontan
2 Tidak perlu pentas yang sempurna
Improvisasi
tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang sempurna atau keperluan teater
yang konvensional kerana kita bukan meminta murid mementaskan sesebuah teater,
tetapi sekadar mewujudkan idea.
3 Menyediakan saranan
Guru selaku
pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan untuk menjana idea murid
dalam improvisasi.
4 Tidak perlu penonton
Murid tidak perlu
disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal. Langkah ini demi membentuk
keyakinan murid. Ini kerana, murid yang belum biasa beraksi dihadapan kelas,
mereka akan mudah gelabah jika aksi atau lakonan mereka dipertontonkan. Setelah
murid benar-benar berasa yakin, barulah dimulai dengan perbincangan atau pasca
nilai. Komen atau teguran yang positif perlu diberikan. Guru juga boleh meminta
murid lain di dalam kelas memberi komen berdasarkan aksi spontan rakan mereka.
5 Aktiviti berkumpulan
Guru hendaklak
menggalakkan muridmurid berkerja secara kumpulan dengan natural. Ahli kumpulan
sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas.
6 Bijak melayani permintaan
6 Bijak melayani permintaan
Guru perlu bijak
dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid tanpa mematahkan minat mereka
untuk beraksi secara spontan.
TUJUAN IMPROVISASI
1
Meningkatkan daya imaginasi
Daya imaginasi
murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencampah daya
pemikiran murid ke tahap yang optimum. Improvisasi ini juga dapat menggalakkan
kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis. meningkatkan daya
kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir
2 Merangsang kemahiran berbahasa
Guru dapat
menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat
membantu murid meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan
murid. Teknik improvisasi terbukti dapat merangsang kemahiran berbahasa murid
kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara spontan. Dengan ini, murid perlu
menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu sebelum berupaya menuturkan
dialog mereka. Murid berupaya menggunakan bahasa secara pragmatik iaitu bahasa
yang bermakna mengikut konteks. Murid juga boleh menggunakan bahasa secara
spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan situasi. Aktiviti seperti ini,
walaupun berjalan seperti dalam keadaan yang tidak formal, pasti dapat
membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid.
3 Mewujudkan suasana menyeronokkan.
Aktiviti
improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam kalangan murid.
Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan berkalaborasi sesama ahli
kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal. Berlakon merupakan satu aktiviti
yang amat digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam bentuk bermain dan
bersukaria. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan
pandangan dan pendapat , bergaya dan beraksi sesama sendiri, berhibur dengan
telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri , bekerja bersama-sama dan
sebagainya.
4. Meningkatkan keyakinan diri
Improvisasi
memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak masing-masing. Ia
juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini
akan membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak
penonton.
AKTIVITI
IMPROVISASI
1 Improvisasi
berdasarkan situasi
Satu situasi
diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid diminta
melakonkan situasi yang diberi secara spontan.teknik ini boleh dijalankan untuk
semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama.
2 Improvisasi berdasarkan gambar
Gambar diberikan
atau dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid menyediakan skrip
secara spontan. Murid dibenarkan berbincang di dalam kumpulan atau secara
individu.
3 Improvisasi berdasarkan petikan cerita
Petikan cerita
atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di mana murid dikehendaki
melakonkan aksi berdasarkan plot. Matlamat menggunakan petikan adalah untuk
menguji kefahaman murid dengan penghayatan isi kandungannya.
4 Improvisasi berdasarkan objek
4 Improvisasi berdasarkan objek
Teknik
menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan melakukan
sesuatu. Contoh objek yang boleh diganakan adalah seperti anak patung, surat
khabar dan kostum.
5
Improvisasi berdasarkan tokoh/watak
Watak cerita
binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau tokoh seperti Hang
Tuah.
6 Improvisasi berdasarkan bunyi
Bunyi-bunyi
seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda, lagu dengan lirik boleh
diadaptasi melalui teknik ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan