Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

26 Disember 2012

WAJ3114_Refleksi Aktiviti Air



Lokasi             : Pusat Kegiatan Kurikulum Negeri , Melanggang Kiulu Tamparuli
Jurulatih air     : Encik Victor P.L Salanggang

Aktiviti air merupakan satu cabaran bagi semua peserta terutamanya kepada rakan-rakan saya yang tidak pandai berenang. Sebelum  memulakan aktiviti ini  kami diberi taklimat tentang keselamatan ketika melakukan aktiviti di dalam sungai dan cara-cara memakai jaket keselamatan. Segala  arahan dan panduan yang disampaikan oleh Jurulatih Air, Encik Victor  perlu dipatuhi. Sesungguhnya aktiviti ini merupakan satu cabaran kepada diri saya dan rakan-rakan yang lain dan memberik satu pengalaman baharu dan bermakna. Aktiviti ini juga dapat  meningkatkan keyakinan diri kepada saya ketika berada di dalam sungai.

Kerjasama dalam kumpulan dan kejujuran dalam diri juga perlu ada pada semua rakan ketika kami menyeberangi sungai Kiulu secara berkumpulan. Kami  diminta berpegang tangan dalam mengharungi arus sungai yang deras. Aktiviti ini mencabar kekuatan fizikal dan mental  serta permuafakatan dalam kumpulan supaya berjaya menyeberangi arus sungai yang deras. Dalam naluri saya terfikir, arus yang dilalui ini merupakan rintangan atau dugaan yang dalam kehidupan kita yang mesti kita hadapinya dengan sabar dan tabah bagi mencapai hasrat dan  impian. Walau  sebesar atau sesukar manapun masalah yang datang dalam kehidupan kita, kita tidak boleh lari daripada masalah tersebut dan kita perlu menyelesaikannya menghadapinya dan menyelesaikan dengan telus.

Setelah aktiviti itu kami diminta berjalan melalui batu-batan yang licin semasa kemudian masuk ke dalam sungai untuk aktiviti menyelam dan mengapungkan diri di atas permukaan air. Aktiviti ini juga memerlukan kecekalan dan keupayaan diri mengapung dan berenang menuju ke kawasan yang ditetapkan. Aktiviti ini sangat menyeronokan walaupun ada dalam kalangan rakan saya yang  merasa takut untuk melakukannya namun mereka terus diberikan semangat supaya berani dan tidak berputus asa untuk melakukannya.

Semangat keyakinan juga  boleh diterapkan dalam diri peserta apabila aktiviti air iaitu mengapung diri mengikut arus sungai yang deras. Aktiviti ini sangat mencabar dan semua peserta diberi semangat untuk melakukan aktiviti ini  berbekalkan jaket keselamatan yang dipakai. Ada dalam kalangan rakan-rakan terutamanya perempuan takut untuk melakukan aktiviti ini namun ianya dapat diatasi dengan bantuan daripada  beberapa orang peserta yang lain dalam  mengharungi aktiviti tersebut. Saya juga terlibat membantu rakan-rakan yang lain terutamanya perempuan yang tidak pandai berenang dan memberikan sedikit kekuatan mental supaya mereka lebih berani.

Aktiviti  air yang terakhir merupakan satu aktiviti yang mencabar dan menguji kekuatan mental iaitu terjun ke dalam sungai dalam lubuk arus yang deras lalu berenang mengikut arus. Aktiviti  ini memerlukan keyakinan yang tinggi pada diri dan peserta perlu berkeyakinan dalam melakukannya dengan  selamat. Peranan jurulatih air yang sentiasa prihatin amat mengagumkan terutamanya mereka yang telah mendapat pengiktirafan dalam aktiviti air.

Secara umumnya aktiviti air ini memberi pengalaman baru kepada semua pelajar PGSR, dan yang jelas semua aktiviti ini menampakkan sikap kerjasama antara kumpulan dan kejujuran yang ada dalam diri pelajar.

Tiada ulasan: