Jenis
Gaya Bahasa
|
Huraiannya
|
(a)
Diksi
|
Bermaksud
pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya
Harus
memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar,
watak, dan mesej
|
(b)
Ayat
|
Merujuk
kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat
pendek dan ayat panjang
|
(c)
Personifikasi
|
Dikenal
juga sebagai perorangan atau penginsanan
Membawa
maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi
perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang,
idea, atau hal-hal yang abstrak.
Contohnya:
...matahari pagi bangkit
daripada selimut gunung, benaknya
mendandan sejuta persoalan
|
(d)
Simile
|
Merupakan
perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata
abstrak (tidak boleh dihitung)
Contohnya:
perahu duka, ladang kesabaran
|
(e)
Metafora
|
Merupakan
perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti,
bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
Contohnya:
samudera hampa, lautan fikiran
|
(f)
Hiperbola
|
Merupakan
sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
daripada maksud yang sebenarnya
Contohnya:
serihu lautan sanggup diharungi
|
(g)
Sinkope
|
Bermaksud
penyingkatan perkataan
Contohnya:
"Apa dah jadi ni?"
|
(h)
Rima
|
Bermaksud
bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau
lebih daripada dua baris daiam puisi
Terdiri
daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
|
(i)
Asonansi
|
Merupakan
pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak
Contohnya:
pengulangan vokal “u” dalam baris Kerana
aku penyair kupenuhi hidupku
|
(j)
Aliterasi
|
Bermaksud
pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
Contohnya:
pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan
|
(k)
Pengulangan
|
Berlaku
pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
anafora
- pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah
mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
epifora
- pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
repitisi
- pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia
berbunga
|
(l)
Perlambangan
|
merupakan
kata-kata yang digunakan
untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan,
atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
contohnya:
senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda
|
Pengikut
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM)
( muat turun borang )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan